Kaki diatur perlahan memasuki sebuah cafe mewah . Dia langsung membetulkan tudung yang dipakainya , cafe itu sunyi seperti tiada langsung seorang pelanggan pun yang datang .
" Cik tania " sapa seseorang buatkan dia terkedu .
" Ye , saya "
Pelayan lelaki itu tersenyum , lalu dia memberikan isyarat supaya mengikutnya ke meja yang disediakan khas untuk blind date . Eh jap ? Tania ? Date ? Lawak apakah ini ya tohan .
Dia menarik ganas kerusi lalu meletakkan beg sandangnya di kerusi sebelah . Pelayan itu meninggalkan sementara menunggu seseorang yang ingin dia berjumpa . Tania mengeluarkan sekeping nota yang dia terima pagi tadi .
' Aku tahu kau yang langgar artis tu . Kalau taknak masuk penjara , kau jumpa aku dekat cafe hard rock sebelah 7E petang ni pukul 5.00 '
" Selamat datang , Ye dia sudah menanti tua disana " suara si pelayan itu , Tania segera menoleh untuk melihat siapakah gerangan yang sebegitu beraninya mengugut dia .
Lelaki misteri , berhoodie , berkaca mata , bertopeng menutup hidung serta mulutnya .
Lelaki itu tergesa ke arah tania , lelaki misteri itu terus mengambil tempat di hadapan tania . Lelaki itu menanggalkan topengnya .
" Maaf sebab lewat sikit , jalan jem tadi . Kau dah tunggu lama ke ? "
Dia terkedu , eh ni bukan artis yang aku terlanggar hari tu ke ? Desis hati kecil tania .
" kenapa ? Oh ya terkejut ? Maaf lah aku terpaksa buat temujanji kat tempat yang sepi macam ni . Bytheway kau tak payah risau kat sini semuanya selamat . " ujar lelaki tersebut .
" Permainan apa yang sedang awak mainkan Encik Azrul Haikal bin Othman ? Apa motif awak buat surat ugutan ni ! " bentak tania lalu meletakkan nota itu di meja . Tania bangun ingin beredar dari situ .
" Nur Imani Najwa ! " Tania terkedu , macam mana mamat biol ni boleh tahu nama sebenar dia .
Tania menoleh perlahan . Kelihatan mamat biol itu laju menghampirinya .
Erul merapatkan mukanya ke muka tania . Dia meletakkan kedua tangannya di bahu gadis naif itu .
Bayangkan lah jejaka kacak muka ada sedikit kacukkan korean maybe ? Tengah tenung kau sambil tersenyum sinis . Like signal kau aku punya .
' ish psiko gila , eh jangan buat dia nak bunuh aku sudah lah eeiii tak sanggup mati awal . Aku tak kawen lagi lah ' tania merapatkan kedua belah matanya .
" Aku tak kahwin lagi . Aku taknak mati muda , lepaskan aku "
" Hoi ape kau meroyan ni syaiton ! Siapa je tang nak bunuh kau " satu tamparan hinggap di muka tania menyebabkan dia tersedar kembali dari angannya tadi .
" Bukan aku yang mulakan permainan ni tapi kau ! Nak tak nak kau kena teruskan . Esok pukul 8.00 pagi kau datang ke rumah aku . Tugas kau sekarang adalah menjaga aku " Arah lelaki bernama azrul itu lalu dia memakai kacamata hitamnya dan menolak kuat daun pintu cafe tersebut .
Bapak kerek sia mamat ni . Baru jadi artis , belum lagi ganti pak najib .
' wait ! Macam mana dia tahu nama aku ? Eh dia ni siapa ? '
Tania mengejar mamat sombong , bongkak lagi angkuh itu semahunya . Kerana dia pasti segala rahsia berkaitan dia lelaki tak guna itu tahu .
Tania menarik kasar lengan azrul menyebabkan keduanya jatuh ke belakang dalam posisi azrul tertiarap di atas tubuh kecil milik tania . Dan ya azrul pitam .
" Hoi "
Takde respon daripada azrul , membuatkan tania nekad menolak tubuh sasa itu . Tapi hanyalah sia kerana apalah daya kudrat seorang wanita . Gigih dia menolak , tapi tak berkesan
' Makan batu-bata ke apa budak ni ? Berat sia . Badan takde lah sesado aaron aziz mahupun adi putra , biasa je macam shukri yahya , muka tu kalau elok macam nazim othman takpe lah jugak nak jatuh atas aku . Ni dah macam pian kpop yang tak berapa nak kpop tapi perasan dirinya acah artis kpop ' tania memukul perlahan kepalanya , sempat pulak kau mengutuk orang eh .
" Tolong ! "
Muncul seorang jejaka memghulurkan bantuan , jejaka tersebut memakai hoodie persis si mamat biol bernama azrul ni . Tania mengucapkan terima kasih . Dan jejaka itu hanya memgangguk tanda sama-sama barangkali , wah memandai author eh tah mamat tu angguk sebab lain ke apa ke . Aduh ! Dibalingnya pulak aku dengan tin kosong oh siap kau malam ni author *mata ke atas*
Jejaka itu merenung tania seketika dan seakan kenal dengan tania . Lalu belum sempat tania berbicara jejaka itu terus berlalu pergi . Tania langsung melihat mamat annoying yang sedap landing di pangkuan ribanya , Tania menampar pipi azrul berkali-kali hingga lelaki itu tersedar .
" i kat mana ni ? Aduh hey you kenapa tampar pipi i . Tak boleh kejut elok sikit ke " bebel azrul .
Tania mencebik , bagus aku tampar kalau buatnya aku sepak terajang tadi . Ewah kejut elok ? Kau pun perangai dua kali lagi kejam dari syaiton . Syaiton pun tak sekejam kau , astagfirullahalazim tak baik mengata orang tapi memang fakta pun . Muka saja helok perangai kalah syaiton dari first jumpa pun dah rasa dia ni bala untuk aku .
" Eh si cantik ! You buatpe kat sini ? Eh kejap macam mana i boleh ade kat sini ? Aduh peningnya " adu azrul keliru .
Sah ! Mamat ni biol . Sayang muka kacak tapi gila !
" Maaf lah encik azrul saya takde masa nak berdrama disini , apa pun soalan yang saya nak tanya tadi pun saya dah lupa . Jadi jumpa esok jelah , jangan risau saya takkan lari . Saya akan bertanggungjawap atas apa yang terjadi " Tania nekad , dia perlu menjaga si mamat biol ni sampai sembuh . Teruk pulak biol dia ni , harap-harap dia sembuh dengan cepat . Takdelah aku nak kena ugut .
Tania kerling jam jenama bonia di tangannya , sudah hampir maghrib . Dia memgangkat bontotnya lalu meninggalkan si biol yang terpinga-pinga kehairanan .
" sayang cantik tapi gila ! Tak kenal tetiba nak bertanggungjawap bagai eh eh kesian " luah azrul yang dalam tak sedar dia sebenarnya yang gila .
YOU ARE READING
Berikan Aku Cinta
De Todo"hati ini terus mencintai meskipun ditikam belati tanpa henti" Kasih sayang kesetiaan dibalas dengan dendam dan kecurangan akankah mampu si isteri bertahan? Kisah ini memberi pengajaran kepada setiap manusia. Tolong hargai apa yang kau ada. Nak tahu...