Tania kaku disitu, papa yang disangkanya meninggal tiba-tiba muncul setelah lebih 10 tahun menghilang tanpa khabar berita.
Tengku Arsyad memeluk anak yang dirinduinya hampir 10 tahun tidak bertemu.
"Papa? Betul ke ni papa?" soal tania masih kebingungan.
"Ya sayang ni papa! Maafkan papa sebab meninggalkan kamu dengan ibu kamu."
"Tapi? Macam mana? Bukan kah kapal papa naiki meletup? Bukan kah papa? Argh saya tak faham apa maksud semua ni?"
Tengku arsyad melepaskan keluhan panjang.
"Iqbal awak tolong keluar sekejap ye saya nak berbincang secara peribadi dengan puteri saya"
Lelaki yang hampir dilenyek tania itu mengangguk laju lalu ia berlalu meninggalkan tania yang masih terkebil-kebil.
"Apa semua ni papa? Permainan apa kah ini? Papa tinggalkan mama dan saya hampir 10 tahun pa kenapa! Papa tahu betapa peritnya kami tanpa papa? Papa tahu tak apa yang saya pernah lalui dulu? Semuanya sakit pa sakit"
Iqbal memegang pipinya yang lebam. 'Ganas betul anak tengku arsyad nih malang nasib siapa jadi laki dia'
"Kau dah kenapa berlebam ni bal?" soal hariz
"Baru habis bertinju dengan maya ke?" soal nizam buatkan ketawa hariz meledak hahaha
Iqbal menumbuk bahu rakannya itu, "kepala bana kau bertinju dengan maya! Maya tu kucing apa ke gila nak bertinju dengan kucing!"
Bertambah ledakan ketawa mereka berdua.
"Kang ada jugak yang mati tercekik kuali kat sini kang?!"
"Alah kau ni emosi lebih lah orang gurau sikit pun tak boleh" hariz masih lagi dalam sisa ketawanya.
"Yelah kalau bukan dengan maya dengan siapa lagi? Kau tu bukannya ada makwe pun ke kau bergaduh dengan acik sebelah rumah sewa kita tu? Kau jangan buat hal acik tu sedara owner rumah sewa kita bhai"
Kepala acik kau takde mase lah aku nak bergaduh dengan makcik bawang tu! Buang masa dan jugak air liur berharga aku je lah! Malas aku layan korang bagus aku balik office!
Situasi dirumah agam itu agak tegang, tengku arsyad masih tidak menyangka bahawa puteri kesayangannya begitu tersiksa. Dan dia turut berdukacita atas pemergian isteri, menantu dan jugak bahkan cucunya yang belum sempat melihat dunia.
"Ujianmu sungguh berat sayang! Kamu hilang segalanya sekelip mata"
"Maafkan papa sayang, bukan niat papa untuk tinggalkan kamu! Tak mungkin papa nak tinggalkan keluarga papa! Semuanya takdir!" tengku arsyad cuba memeluk tania.
"Takdir? Hahaha takdir jugak yang telah menghancurkan hidup saya!" tania menepis tangan tengku arsyad sambil tersenyum sinis.
"Biar papa jelaskan"
"Tak! Tak perlu anda jelaskan! Saya taknak dengar apa apa lagi penipuan dari anda! Tolong ya! Saya nak balik sekarang!"
Tengku Arsyad merasakan yang tania mungkin masih tak dapat nak memaafkan dirinya, atau mungkin masih lagi keliru.
"Baiklah kalau itu yang kamu nak. Kamu pulang lah dahulu tenangkan fikiran kamu, rumah ini sentiasa menunggu kehadiran kamu sayang" mata Tengku arsyad mengekori kereta yang membawa anaknya itu pergi.
Luluh hati seorang bapa apabila anak yang dirinduinya itu masih tidak dapat menerimanya. Segera dia mendial nombor seseorang.
"Saya nak kamu perhatikan setiap gerak-geri dan awasi anak saya dari jarak jauh! Jangan sampai terbongkar! Apa-apa terjadi terus call saya ya!"
Iqbal menepuk dahi 'bala apa yang kau berikan kepada ku ya tohan'
"Bala saja yang timbul! Apa lah nasib kau bal" gumam iqbal sendirian.
Hariz yang perasan akan muka monyok si iqbal terus menerjahnya "harghhh"
"Opocot kapal terbang turun eh turun naik bumbum tamtam eh adoi!"
Hahaha' hariz ketawa sambil memegang perutnya yang bersixpack barangkali.
"Kau nih kan riz tak habis-habis nak kerjakan aku! Nasib tak terkeluar jantung ni tau tak" aku menyusun kembali fail yang berterabur atas meja dasar cemong! Asal nampak aku menggelamun je mula lah nak sakat.
"Ala sorry lah bhai dah kau ni pun termenung jauh kenapa? Macam ada problem besar je?" hariz menarik kerusi lalu duduk di hadapan mejaku.
"Memang pun! Masalah terbesar engko tahu tak!" aku bangun lalu mundar mandir dalam bilik.
"Chill ah bro kenapa? Cuba cerita?" hariz cuba untuk tenangkan kau yang dah memang macam mati bini! Eh wait aku masih teruna mati bini apanya author ni aku cepuk jugak baru ada akal nak menaip kasi elok sikit *apa salah author u.u *
YOU ARE READING
Berikan Aku Cinta
Random"hati ini terus mencintai meskipun ditikam belati tanpa henti" Kasih sayang kesetiaan dibalas dengan dendam dan kecurangan akankah mampu si isteri bertahan? Kisah ini memberi pengajaran kepada setiap manusia. Tolong hargai apa yang kau ada. Nak tahu...