bab 13

1.2K 10 2
                                    

Akim mendekati lelaki yang sedang duduk di salah satu meja di dalam restoran itu.

"maaf buat kau tertunggu-tunggu. Jalan jammed teruk sangat! Thanks sudi jumpa dengan aku" ujar akim sejurus duduk di hadapan lelaki itu.

Danial yang kebosanan itu sekadar mengangguk...

"tak payah nak basa-basi sangatlah! Cepat cakap apa yang penting sangat beria kau nak jumpa aku? Apa si wawa dah mengadu kat kau?"

"kau tahu tak! Disebabkan kau dengan panas baran kau tu?! Bini kau keguguran, lelaki jenis ape kau ni? Langsung tak bertanggungjawap! Kau layan dia tak ubah seperti hamba. Ye memang bini dah cerita semuanya dekat aku! Kau siksa zahir dan batin dia danial.. Apa yang kau nak sebenarnya? Bila kau nak kau ambik bila kau taknak kau buang kau tak layak jadi suami lah danial kau tak layak! Sedangkan anak kau sendiri pun kau boleh bunuh.. Ape yang wawa fikir pun aku tak tahu lah sampaikan tak sanggup report kat polis kes kau nih! Kau ni lelaki jenis apa sanggup merampas kebahagiaan isteri sendiri!"

"dah habis khutbah kau? Baguslah dia keguguran entah anak siapa entah sukahati je nak ngaku tu anak aku! Bukti mana bukti entah-entah tu anak kau tak? Sebab tu kau bengang dengan aku kan? Siapa yang rampas kebahagiaan siapa sebenarnya ni? Cuba kau tanya dulu 'betina' tu!"

Dushh! Tepat ke sasaran. Akim melayangkan sebijik penumbuk ke muka kacak si danial.

"kau jangan nak bersikap kurang ajar dengan aku. Kau belum kenal aku siapa lagi!" ujar akim lalu pergi meninggalkan danial yang menggerang kesakitan.

Malam menjelang, wawa tiba-tiba terasa mahu makan. Nak harapkan si danial tapau dari kedai memang tak lah jawapnya.

Kaki ku atur melangkah laju ke dapur, tangan ku ligat mencari cara-cara membuat sushi. Untung freeze si danial ni lengkap dengan segala bahan masakkan. Setelah berhempas satu jam di dapur sushi yang ku idamkan siap tersedia cantik di atas meja.

Badanku digoncang oleh seseorang menyebabkan aku membuka mata secara mengejut. Terpisat-pisat aku melihat danial yang rapi berseragam juruterbang 'wah kacaknya' tetiba je kan?

"Kenapa kau tidur kat sini? Dapur ni bersepah sangat kenapa?"

Aku melihat keadaan dapur. Takde lah bersepah mana pun. Cuma sinki je yang penuh dengan periuk dan pinggan sebab aku tak basuh lagi lepas buat sushi semalam. Sebab letih sangat boleh pulak aku tertidur dekat meja makan.

"kejap lagi saya kemaskan.. Awak dah nak pergi kerja ke?"

"kau bodoh ke apa! Dah pakai macam ni memang lah jlnak pergi kerja! Ingat ni bersihkan semua sampah yang kau buat ni faham!"

Aku sekadar menggangguk, agak terkilan sebenarnya diherdik sebegitu rupa.

"kau jangan nak pitam-pitam bagai! Jangan nak susahkan aku lagi" laungnya dari depan, laju airmata aku mengalir aku sedar kehadiranku dalam hidup dia hanya menyusahkan.

Aku melangkah longlai ke bilik. masih akan bertahan kah seorang imani najwa untuk mengejar dan mendambakan cinta daripada seorang danial adzwa nadzmi.

Airmata ku seka perlahan, diari ku buka dan ku selak satu persatu isi kandungannya.

Di halaman terakhir aku menulis sebuah warkah buat dia.

warkah buat suamiku

Assalamualaikum abang..
Wawa tahu abang tak suka wawa panggil abang dengan 'abang' tapi di dalam warkah ini wawa lebih suka berbahasakan diri 'wawa' dan jugak 'abang'

Berikan Aku CintaWhere stories live. Discover now