Beberapa bulan kemudian.
Kehidupan danial yang tidak terurus menyebabkan mukanya kelihatan sugul. Penuh dengan jambang, tapi masih dijaga dengan rapi.
danial masih lagi berharap dan mencari keberadaan wawa, tak pernah sedetik pun dia lupakan wawa.
Sedang dia ralit memandu. Dia nampak seakan bayangan wawa di dalam sebuah kereta. Dia laju memotong kenderaan itu. Ye memang betul wawa! Dia memandu secara berbahaya. Menghimpit kenderaan itu!"Berhenti! Woi berhenti aku kata" jerit danial. Langsung tak diendahkan pemandu kereta berkenaan. Mana kau nak bawak bini aku tu!
Tiba-tiba lampu menerangi di hadapan danial..
Zappppp.... Kedebumm!!!!
Mata danial berpinar, seakan ada cecair panas mengalir dari kepalanya. Lama kelamaan dia kabur dan semakin kelam.
"Doktor berapa lama lagi anak saya akan terus begini?"
"maafkan kami puan kami dah cuba sedaya upaya kami tapi disebabkan hentakkan yang terlalu kuat pada kepala mangsa mengalami gegaran otak dan ada sedikit darah beku di kepalanya menyebabkan dia tidak sedarkan diri" terang panjang lebar seorang doktor kepada mummy danial.
Puan halimah memandang sayu terhadap anaknya yang terlantar atas katil di dalam sebuah bilik di hospital swasta itu.
Sudah hampir 3 bulan danial koma, danial hanya mampu bertahan dengan bantuan alat pernafasan dari pihak hospital. Dan sekiranya dalam masa tempoh 6 atau 7 bulan lagi dia tak sedarkan diri maka pihak hospital terpaksa hentikan alat pernafasan itu.
Sudah puas mummy danial mencari di mana keberadaan menantunya itu. Dia berusaha bertanyakan pada sepupu rapat wawa, iaitu feeya.Puan halimah mengatur langkah dengan anggun sekali, dia memerhatikan gelagat si penyambut tetamu yang tergopoh gapah menyambutnya.
"Ya puan, boleh saya bantu?" si penyambut tetamu mengajukan soalan dengan sebuah senyuman.
"Saya nak berjumpa dengan pengarah pentadbiran awak, Cik Sofia Arsya" puan halimah turut menghadiahkan senyuman.
"Okay sebentar ya, puan boleh tunggu sekejap ya"
Tujuan dia ke hotel milik feeya adalah untuk bertanyakan tentang keberadaan wawa, sekali gus memaklumkan yang danial telah koma 3 bulan.
Sedang puan halimah ralit memerhati persekitaran sekeliling hotel itu. Dia ternampak kelibat feeya bersembang dengan seorang wanita yang sedang membelakanginya, tinggi lampai persis model. Mungkin model kot sebab hotel feeya ni antara hotel yang terkenal so tak hairan lah kalau-kalau ada artis or model yang bercheck in disini.
"Okay pape nanti telefon tau" ujar feeya sebaik sahaja wanita misteri itu melangkah pergi. Wanita itu melambai dari kejauhan tanpa menoleh.
Feeya menghampiri puan halimah, sebuah senyuman dihadiahkan untuknya.
"Datin! Dah lama sampai?" sapa feeya memulakan perbualan.
"tak ada lah lama sangat, sape yang berbual dengan kamu tadi tu?" soal puan halimah ingin mengetahui."Ouh tu? Kawan lama, dia baru balik malaysia dulu pindah amsterdam kejap tu yang berborak lama dengan dia tu lepas rindu" feeya cuba Selindungi sesuatu.
Puan halimah pun mula lah menceritakan apa yang terjadi kepada satu-satunya anak lelaki dia.
Feeya mengeluh, dia pun seakan tidak percaya apa yang terjadi kepada danial. Tapi itulah tuhan tu maha adil kan?
"Jadi saya mohon sangat pada kamu feeya, tolong lah beritahu saya kat mana wawa sekarang ni. Kalau taknak beritahu saya takpe tapi tolonglah hubungi wawa dan bagitau kat dia apa yang tlah terjadi pada danial! Wawa kena tahu sebab dia masih lagi isteri danial, danial tak pernah lagi tuturkan perkataan cerai pada dia" puan halimah menghela nafas yang panjang..
Setelah puan halimah beredar pulang, jari jemari feeya ligat menaip sesuatu di screen hp miliknya.
YOU ARE READING
Berikan Aku Cinta
אקראי"hati ini terus mencintai meskipun ditikam belati tanpa henti" Kasih sayang kesetiaan dibalas dengan dendam dan kecurangan akankah mampu si isteri bertahan? Kisah ini memberi pengajaran kepada setiap manusia. Tolong hargai apa yang kau ada. Nak tahu...