bab 15

1.2K 10 1
                                    

Danial membuka diari itu, diselaknya helaian demi helaian dan dia terhenti di satu helaian.

12/11/2015
Hi mr D, harini hari paling bahagia buatku. Sebab? Lelaki yang aku suka tu ngajak aku keluar wah happynya! Lama gila aku tak jumpa dia serius rindu dia.

6:30pm

Hi Mr D, aku taktahu nak luahkan pada siapa lagi. Tadi aku berjumpa dengan si dia untuk membincangkan hal perkahwinan yang diatur oleh keluarga kami. Dia tidak bersetuju aku faham mungkin kerana dia cuma menganggap aku sahabatnya. Tapi perlukah menghina aku sebegitu rupa? Mana danial adzwa nadzmi yang aku kenal dulu. Kenapa dia tiba-tiba berubah? Aku tak ingin melanjutkan perkahwinan ini jika hanya akan menyakiti hatiku sendiri. Aku punya harga diri yang tak boleh dipijak-pijak oleh dia sesuka hati!

'ni hari pertama kami berjumpa lepas berpisah 5tahun' desis hati danial.

26/11/2015
Siapa sangka bukan? Ternyata danial tak lah sejahat yang aku fikirkan. Harini hari dimana aku dan dia secara rasmi menjadi suami isteri, tapi kenapa kelat saja muka dia? Adakah dia terpaksa?

10:09pm

memang betul sangkaanku, danial terpaksa bernikah denganku. Dan dia jugak mulai berkasar denganku.

Danial tak sanggup lagi untuk membaca seterusnya dia melangkau ke helaian terakhir.

7/3/2016

Penderitaan demi penderitaan yang ku terima. Sungguh walaupun aku mencintai lelaki ini tapi aku tak berdaya. Bila hati yang ku beri terus dihancuri. Aku akan mencari penyembuh luka ini, aku akan pulangkan kebahagiaan yang danial inginkan. Aku mungkin tak layak untuk menerima cinta darinya seperti yang dia katakan. Aku maafkan dia sebab rebut kebahagiaan yang baru hendak mekar dihati ini. Aku akan pergi biarlah dia cari pengganti yang lain yang lebih layak seperti eyma mungkin? Airmata ini ku hapus sendirian.

Airmata mula mengalir, Ya Allah aku dah tersalah pilih. Kau berikan aku cinta yang terbaik tapi aku masih lagi mencari yang paling terbaik hinggakan aku buta untuk menilai antara kaca dan permata. Sedang danial menyusun barang dia dalam kotak milik wawa yang ditinggalkannya itu, dia ternampak secebis kertas langsung dia membuka dan membaca kertas itu.

4/2/2016

Mr D, aku tak kuat! Sungguh perih. Ibu pergi tinggalkan aku sendirian tanpa suami disisi, suami yang ku sangka akan membimbing dan melindungi aku. Rasa sakit sangat, aku cuba menangis tapi airmata ni seakan kering. Jiran tetangga bertanya mana suami? Kenapa balik sendiri? Allahu pilunya dihati ni. Ibu.. Pada siapa lagi wawa hendak bermanja? Pada siapa lagi Wawa hendak bergurau senda? Ibu....... Pada siapa lagi wawa nak mengadu... Wawa ingin tidur dipeha ibu.. Ibu.... Bawak lah wawa pergi sekali... Wawa sakit bu sakit sangat dengan sikap suami wawa sendiri dia tak pedulikan wawa bu.. Ibu.... Wawa menangis bu setiap kali melihat gambar perkahwinan kami... Langsung tiada senyuman dibibir danial.. Bu... Wawa ni hinakah bu..

5/2/2016

Anak...

Anak dari benih kau sendiri danial.. Anak kandung kau danial! Benci sangat kah kau terhadap aku sehingga anak yang aku kandungkan ini kau bunuh sehingga mati...

Sayang,

Maafkan mama sayang, mama tak dapat jaga kamu.. Maaf mama sayang sebabkan mama kamu tak sempat melihat dunia ini.. Maaf mama tak tunaikan janji mama pada kamu.. Mama lemah sayang, lemah sebabkan papa kamu ye sayang... Papa kamu lelaki yang mama cintai... Pembunuh kamu sayang... Mama redha mungkin Allah taknak bila kamu dilahirkan kamu pulak yang disakiti papa yang jahat, terus ke syurga.. Tunggu mama di pintu syurga sayang.. Simpankan satu tempat buat mama disisimu sayang...

Berair mata danial membaca kertas tersebut, ada satu tompokkan berwarna coklat keperangan. Eh jap ni bukan darah ke? Tiba-tiba danial tak sedap hati.

Dia cuba call nombor zunnur hakim berulang kali. Langsung takde respon!

Dia semakin cemas! Ya Allah! Bini aku! Maafkan abang wawa abang menyesal sungguh abang menyesal!

Berikan Aku CintaWhere stories live. Discover now