SELESAI sahaja sesi persekolahan, aku terus memandu ke pasaraya untuk membeli barang dapur. Nak harapkan Danial, memang tak lah! Kalau takde flight, kerjanya tengok tv memanjang. Mengalahkan perempuan!
Sedang aku memilih barangan dapur, aku terlihat satu susuk tubuh yang sangat aku kenal sedang berjalan bersama seorang gadis. Bukan main mesra lagi. Tak mungkin aku salah orang. Mereka berdua menghampiriku.
"Sayang... Ni lah kawan I yang paling baik, Nur Imani najwa, " Danial memperkenalkan aku kepada wanita yang sedang tersenyum itu. Kawan baik? Aku kawan baik kau?
Huluran tangan gadis itu ku sambut mesra dengan senyuman yang pura-pura. Tangan gadis itu ku genggam sekuat hati hingga berkerut wajahnya menahan kesakitan. Padan muka perempuan miang pengganggu rumah tangga orang! Gadis bertudung biru itu melepaskan tangannya dari tanganku.
"Apa masalah kau?! Kenapa kasar sangat ni? Kalau patah tangan Eyma ni macam mana? Boleh kau ganti? Tangan kau tu belum tentu layak tau nak ganti tangan Eyma!" Herdik Danial tiba-tiba apabila melihat gadis kesayangannya seperti sedang menahan kesakitan.
Berkaca mataku mendengar herdikan Danial. Apalagi semua mata mula menjeling ke arah kami.
"It's okay lah Biy. I tak sakit pun! Awak, sorry okay. Mood danial tak berapa baik hari ni," ujar gadis yang bernama eyma itu dengan nada memujuk.
Danial merenungku seakan ingin aku beredar dari situ. Tak ada yang lebih menyakitkan daripada diherdik suami sendiri dikhalayak umum. Ya Allah kuatkah aku menghadapi semua dugaan ini.
"Saya mintak diri dulu," pamitku laju lalu dengan pantas menolak troli menjauhi pasangan sejoli itu. Duhai hati, bertabahlah...
Aku menangis semahu-mahunya apabila tiba di rumah. Sampai hati Danial buat aku macam ni. Apa salah aku? Kenapa dia benci sangat dengan aku? Kenapa tak habis-habis dia nak sakitkan hati aku? Kalau dia marah aku sebab perkahwinan ni kenapa dia tak ceraikan aku?
YOU ARE READING
Berikan Aku Cinta
De Todo"hati ini terus mencintai meskipun ditikam belati tanpa henti" Kasih sayang kesetiaan dibalas dengan dendam dan kecurangan akankah mampu si isteri bertahan? Kisah ini memberi pengajaran kepada setiap manusia. Tolong hargai apa yang kau ada. Nak tahu...