Aku cuba berlagak seolah-olah aku gembira dengan Berita ini. Tapi bagaimana aku boleh sampai ke sini.
"Doktor, boleh saya tahu siapa yang menghantar saya ke sini tadi?" ujarku masih lagi lemah.
"saya kurang pasti tapi apa yang saya tahu lelaki itu agak berusia dan memanggil awak puan" terang doktor itu
Sah lah! Driver si danial tu yang hantar aku, sampaikan aku pengsan pun dia tak mahu ambil kisah, Ya Allah remuknya hati ini. Begitunya sekali dia benci aku
"puan, boleh saya tahu pada siapa saya harus menghubungi untuk memaklumkan berita ini?"
"begini lah doktor, saya taknak sesiapa tahu sebab saya nak bagi suprise dekat family saya" ujarku, biarlah danial tak tahu pasal hal ni, biarlah aku taknak dia apa-apakan kandungan aku pula nanti.
Setelah semuanya selesai, aku pulang kerumah dengan menaiki teksi.
"kejap ye encik, saya ambil duit di dalam" mujur driver teksi ni baik hati dan percayakan aku, yela aku dibawa ke hospital sehelai sepinggang je ish geram pulak dengan si danial ni.
Aku menapak ke ruang tamu, aku lihat danial tengah asyik menonton filem kegemarannya. Langsung tak di endahkan nya aku.
"Hoi, masak untuk aku. Aku lapar, setan betul lama sia kau kat sepital ingatkan taknak balik rumah dah" ujar danial.
dia hoi kan aku je? Haih la hati bawak bersabar lah jiwa.
Aku merangkak eh merangkak menipu sangat author ni, aku melangkah longlai ke dapur.
Aku masakkan sambal sotong kegemaran danial, aku harap dia suka lah lagipun dah lama dia tak makan masakan aku.
"Awak, makanan dah siap saya hidang atas meja tu" ujarku pada danial.
YOU ARE READING
Berikan Aku Cinta
Acak"hati ini terus mencintai meskipun ditikam belati tanpa henti" Kasih sayang kesetiaan dibalas dengan dendam dan kecurangan akankah mampu si isteri bertahan? Kisah ini memberi pengajaran kepada setiap manusia. Tolong hargai apa yang kau ada. Nak tahu...