Usai solat isyak, Lia melakukan solat sunat. Sungguh, dia tenang pada malam itu. Bersendirian menghadap tuhannya yang Maha Esa. Dalam keadaan surau yang sepi, tiba tiba lampu bahagian lelaki menyala. Lia mendengar bunyi tapak kaki yang berjalan di hadapannya. Dia masih kekal sepi di belakang tirai.
Lelaki itu juga senyap tidak mengeluarkan bunyi. Lalu, Lia menadah tangan untuk membaca doa.
Sedang membaca doa,
"Bismillahirahmanirahim"
Tergamam Lia sebentar. Terasa tersekat sekat suara nya untuk membaca doa. Jantungnya berdegup laju. Matanya tidak berkelip. Telinganya mendengar bacaan lelaki tersebut dengan sangat peka. Lunak sungguh bacaan nya. Lia terasa seperti di dalam mimpi. Tenang dan damai rasanya.
Tiba tiba Lia tersedar, dan memejamkan matanya bagi mendapat khusyuk untuk meneruskan bacaan doanya. Dia masih dduk di situ setelah doa nya selesai dibacakan. Dia suka mendengar suara lelaki tersebut. Dia melihat jam. 11:15pm dan dia masih belum berganjak.
************************
"Awin, mana Lia? Dah lambat nak g makan malam ni. Nanti makanan habis pulak."
"Ke dia dah pergi dulu eh? Dr td aq tak nampak dia pun. Mimi, dia tak cakap pape ke kat kau. Mana tahu doa nak tido bilik dia ke?"
"Ermmm. Tak dk la plak. Takpelah. Kita pergi je lah dulu. Mana tahu ternampak dia ke? "
"Ermmmmm... Okay jugak. Jom lahh"
"Tadi kan, aq bengang btol la dengan budak kelas aq. Ade ke patut dyerg bayar lambat duit kelas? Sakit pulak hati kita nih!!"
"Dah tu ape yang kau buat? Cikgu marah tak?"
"Tunggu lagi.. Memang kene la jawabnya. Aq pun......."
"Syu! Syu!"
" Haa.. Ape dye?"
"Nampak Lia tak? Ke dia kat dalam bilik prep lagi?"
"Eh, pukul 10 lebih td dia dah keluar bilik prep bawak beg siap2, kata nak g solat isyak pastu terus nak tidur bilik prep korang."
"Aik? Tapi dia tak datang2 pun. Dh dekat 11:30 ni. Lambatnye. "
"Cuba la cari dia dekat surau. Mungkin dia dekat situ lagi. "
"Jom Awin."
***********************
Lia memerhati jam setelah lelaki itu menghabiskan bacaan.
11:35?!!!!
Sepantas kilat Lia bangun dan membuka telekungnya. Lampu di bahagian lelaki telah pun tutup. Lalu, lelaki itu menyelak tirai untuk menutup lampu bahagian perempuan. Terkejut Lia.
Am? Dia yang mengaji tadi? Masya Allah.
Melihat Lia yang terkejut, Am segera menutup kembali tirai tersebut.
"Tutup lampu." Kata Am.
Lia yang terkejut menghabiskan lipatan telekungnya. Dan berjalan ke arah almari untuk meletakkan telekungnya.
"Lia!"
Tersentak Lia, dia menoleh kebelakang.
"Aku dah agak dah kau kat sini. Ape kau buat lama sangat? Kitorang tunggu kau tau? "
"Sorry lahh. Dah jom."
Dia mengambil beg nya, lalu menutup lampu. Tersenyum Lia. Setelah merapat kan pintu, Lia berjalan bersama Awin dan Mimi menuju ke bilik prep mereka.
"Kau tak lapar ke?"
"Ermmm... Tak. Aku dah kenyang malam nih."
Mengenangkan ape yang berlaku tadi, membuatkan Lia tersenyum. Tak perlu makan malam.
**********************
Pukul 3 pagi.
Huaaarrrgggghhhhhhhh!!!!!
Lia menguap sambil menutup mulutnya yang ternganga luas.
"Tido jom." kata Lia lemah.
"Ermmm jap. Aku bersihkan tikar. "
Mimi membersihkan tikar. Buku2 disusun bertingkat diletakkan di tepi tikar. Segala pen dan highlighter di simpan di dalam bekas pensil. Lia membentang kan selimut sebagai alas.
"Awin, awin.. Jom tidur kat bawah. "
Awin telah lena di atas meja. Dengan hanya berbantalkan beg sekolah, mereka bertiga tidur.
Lia memejam matanya.
Am, setiap hari ke kau mengaji? Kalau setiap hari macam nih, tak makan pun aku sanggop asalkan dapat dengar suara kau. Takpe, aku akan jadi teman kau dalam sunyi. Aq akan teman kau mengaji di surau.
Akhirnya Lia terlelap.
YOU ARE READING
Kahwin Muda : Kerana Kau Cinta Matiku
Teen Fiction"Lia nak kahwin muda. Hehehehe" Lia, seorang gadis manja tetapi dari zaman sekolah lagi impian nak kahwin muda. "Ade ke orang yang nak kahwin dgan kau? Dah lah malu dgan lelaki!" Haiiii.. Mcam mana nak kahwin kalau dh pemalu kan? Tapi betul kan se...