Mungkin betul apa yang Adam cakap kat aku semalam.. Mungkin aku patut amik peluang untuk perbaiki diri aku..
"Okey Am, ready..! Lia?? Ready ?"
Mereka berdua mengangguk serentak.
Babak yang sama seperti hari itu.
"Sungguh, saya terpesona dengan awak."
Lia memandang mata Am, kali ini dia nampak bersungguh.
Lia membuat muka malu, mungkin malu nya sudah kurang kerana telah berlatih banyak kali. Benar kata Fael, alah bisa, tegal biasa.
"Siapakah nama awak?"
"Juliet." jawab Lia ringkas.
Am mendekati Lia sehingga dirinya dan Lia sangat rapat, bagaikan mahu terlanggar, dia menundukkan wajahnya sedikit untuk memandang Lia, akhirnya mata mereka bersatu. Am senyum kepada Lia.
Lia kaku, jantungnya laju bagai kan pasukan pancaragam main drum. Sungguh, apakah ini mimpi?
"Semoga bertemu lagi, Juliet."
Am, mengalihkan pandangan, dan perlahan lahan berjalan meninggalkan Lia yang juga kaku. Bukan sahaja Lia yang kaku, malah hampir semua orang yang ada di dalam teater itu juga terkejut. Sungguh mereka tidak sangka yang Am yang akan bertindak sebegitu rupa.
Adam senyum. Itu tandanya kawan nya ingin berubah.
******************************************************
Fael dan beberapa pelajar yang lain sedang mengecat prop ni belakang pentas nampak kelibat Am yang masuk ke belakang pentas. Dilihatnya Am berjalan dengan lemah longlai.. Sperti orang yang tidak berdaya. Semakin dekat, semakin jelas wajah Am. Wajahnya pucat..Semua memerhati Am.
"Am, pahal kau?" tanya Fael.
"Tkdk papelah."
Am teruskan berjalan, Fael tidak melarikan matanya ke Am, mankala yang lain sudah menyambung kembali kerja mereka. Dia tahu, ada yang tak kene dengan Am. Am berjalan semakin jauh dan akhirnya tiba di meja bulat. Dia menarik kerusi itu, namun belum sempat dia duduk, dia telah jatuh ke lantai.
Terkejut Fael melihat Am rebah ke lantai.. Sepantas kilat Fael menerpa ke arah Am.
"Am! Woii.. Am.. Bangun !!.."
Pelajar yang lain juga mula menerpa ke arah Am. Nisa telah berlari ke hadapan ingin memanggil Adam. Belum sampai ke depan, Adam dulu telah memunculkan diri ke belakang pentas.
"Apa yang kecoh ni?"
"Am pengsan!"
Terus Adam lari ke arah Am yang sedang terbaring itu. Lia yang berada di depan bersama beberapa pelajar terpinga-pinga. Tiba-tiba kelihatan Nisa bergegas keluar dewan. Cukup membuat penasaran Lia semakin bertambah.
Baru sahaja Lia ingin pergi ke arah belakang dewan....
"Lia! "
Membuat Lia berhenti berjalan. Dia kenal suara ini. Dilihat nya ke belakang. Ya, itu Anuar.
"Anuar.. Awak buat ape kat sini?"
Dalam kekalutan seperti ini, kenapa mesti Anuar muncul? Membuat Lia rasa bersalah jika dia tidak melayan Anuar dengan baik. Tetapi hati nya kuat menyatakan untuk pergi melihat kekecohan di belakang.
"Saya saje je jalan-jalan kat depan tuh. Tapi ternampak dewan teater ni lampunya terbukak. Tu yang saya datang sini."
Lia diam.
"Awak buat ape kat sini Lia?"
"Ermmm.. Jangan bagitahu sesiapa boleh?"
"In Shaa Allah."
"Kelas kitorang ade buat teater untuk persembahan hari interaksi sekolah."
"Wow. Owhhhh.. patut lah Fael cakap awak sibuk sekarang. Berlakon rupanya."
Lia tersenyum..
"Awak habis latihan pukul brape ni?"
"Dah nak habis sebenarnye ni. Tapi tak tahu ape jadi belakang tu, Kecoh semacam.:"
"Tapi nak habis kan?"
Lia mengangguk.
"Kalau macam tu saya tunggu awak habis latihan la."
"Ermm.. Bukan tak boleh. Tapi teater ni sebenarnya rahsia. Awak tak boleh ada kat sini. Kalau budak kelas saya tahu, habis saya."
"Takpelah kalau macam tu. Awak teman saya sampai hujung tangga tu. Boleh?"
Tanpa bwerfikir panjang..
"Ha yelah2.."
*********************************************
Terasa percikan air di mukanya. Angin juga dapat dia rasa di wajahnya. Nyaman saat ini. Lalu, hidungnya menangkap sebuah bau, seperti minyak angin. Makin lama makin kuat baunya. Tidak lama kemudian, telinganya pula menangkap bunyi suara orang ramai.. Riuh!
"Am!"
"Am! Bangun!"
Ahhhh.. Suara siapa ini.. Pipi Am ditepuk berkali. Lena Am dinganggu. Terus Am mebuka mata.
"Kau okey Am?"
Am angguk perlahan. Perlahan lahan dia berdiri. Dia menggelengkan kepala beberapa kali. Matanya dijegil seketika.
"Aku nak balik."
"Jom balik skali dengan aku."jawab Adam.
Tiba di hadapan pentas, mata Am mencari seseorang. Lia! Tapi tiada. Terasa hampa di hatinya.
"Cari siapa Am?"
Am menggeleng kepala dan terus berjalan.
Mana Lia pergi?
YOU ARE READING
Kahwin Muda : Kerana Kau Cinta Matiku
Novela Juvenil"Lia nak kahwin muda. Hehehehe" Lia, seorang gadis manja tetapi dari zaman sekolah lagi impian nak kahwin muda. "Ade ke orang yang nak kahwin dgan kau? Dah lah malu dgan lelaki!" Haiiii.. Mcam mana nak kahwin kalau dh pemalu kan? Tapi betul kan se...