Apakah?

80 8 2
                                    

Macam mana aku nak hadap dia ni? Malunya...

Omel Lia sebelum masuk ke dalam kelas. Walaupun dalam kelas dia tidak jarang bercakap dengan Am, namun malunya masih menebal memandangkan pada sebelah petang dia juga yang akan berlakon dengan Am sebagai pasangan kekasih.

Seperti biasa Lia duduk di tempatnya, dia meletakkan beg dan melihat di sekeliling kelasnya. Tiba-tiba dia nampak Am yang baru melangkah masuk ke dalam kelas. Am memandangnya dengan pandangan kosong. Lia cuba untuk melarikan pandangannya dengan bangun dan pergi ke belakang kelas. Dicapainya penyapu dan penyodok lalu dia menutup kipas. 

"Alaaaa.... Panas la Lia."Fael bersuara.

"Kejap je lah. Aku nak sapu je. Nanti aku bukak la balik."

Segera Lia menyapu kelas bermula dengan pintu hadapan. Fael yang telah mula rasa panas mula mengibaskan dirinya menggunakan buku. Terasa lama benar Lia menyapu. Mungkin kerana dia seorang sahaja yang menyapu. 

"Iman, Nia, Syu korang ni tak nak tolong Lia ke? Lambat la dia sapu sorang. Dah panas nih." Fael bersuara.

"Heiii.. Anak dara ape korang nih.??" Adam pula bersuara.

"Dasar putera lilin betul la kau ni Fael. Bukannya sejam pun aku tutup kipas ni." 

kali ini giliran Lia  pula yang bersuara. Jika diikutkan hati, dia turut juga berasa panas, malah lebih panas berbanding yang lain. Bukannya mereka ada yang membantunya.

Nia bangun dan menuju ke rak buku belakang, lalu dia mengemas buku-buku yang bersepah di belakang. Satu per satu disusun mengikut tajuk dan ketinggian buku itu. 

"Kalau kau nak cepat, apa kata kau yang tolong sapu. Lagi cepat siap sebab dua orang sapu." Syu membantah.

Geram mendengar jawapan Syu, Fael bingkas bangun dan mengambil satu lagi penyapu. Dia juga turut membantu Lia menyapu bermula dari pintu belakang. 

"Macam ni ke nak buat menantu? eee... Memang tak lah." tambah naim dari belakang. 

Mendengar ejekan naim, Lia juga turut berasa malu. Kenapalah mesti Syu membantah mereka. Bukankah lebih baik berdiam diri? Nia yang hampir siap mengemas buku juga menggelengkan kepala. Ape nak jadi dengan sahabat mereka yang seorang itu.. 

"Eh, fael. Asal kau rajin sangat nak menyapu nih?" tanya Nia. 

"Harap orang lain nak menyapu? Tunggu lah aku beranak pinak dulu,"perli Fael sambil menjeling Syu.

"Pandai pulak kau menyapu nih.. Kemas.." puji Nia.

"Alaaa.. Ni semua basic je nih.. Nanti dah kahwin takkan bini aku je yang nak kemas rumah. Mesti lah aku tolong dia. Buat sama-sama. Baru lah manis kan?"

Nia mengangguk tanda faham.. Sampai lah buku yang terakhir. Kulit buku itu terbuka. Nia ingin membetulkan, namun benda lain yang dia terperasan. Dia tahu ini buku siapa. Ini buku Lia. 

"Lia!! Sini jap!"

Lia terus ke belakang dengan muka yang aneh. Fael yang berada di belakang juga merasa aneh. Apabila lia telah sampai dekat NIa, terus Nia menunjukkan buku itu kepada Lia. Berkerut dahinya. Terus Lia memandang Nia, memberi signal mata. Seperti memahami Lia, Nia menggeleng tanda tidak tahu.

Melihat keadaan itu, sepantas kilat Syu bangun dan menghampiri Lia. 

"Ape benda tu weh? nak tengok.."

Segera Lia menyorokkan buku itu dan melarikan diri ke tempatnya.

"Kau jangan sibuk lah." jawab Nia.


"Bangun semua!" jerit Fael. 

Berlari semua pelajar ke tempat masing-masing. Cikgu Rafiq menggantikan kelas matematik mereka. Berjimba lah mereka kerana tidak perlu belajar matematik. 

" Lusa, saya nak datang latihan korang ye? Harap dah ade perubahan positif, dan tak ada masalah lagi ye?"

" Baik cikgu." jawab Iman selaku pengarah mereka. 

Lia kembali merenung bukunya. Satu keluhan dilepaskan. 


Anuar!!

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Anuar!!






Ok gais.. Hahaha.. Cerita makin boringkan? Yeah, I can feel it. 

Jangan lupa tekan butang bintang. 

Kahwin Muda : Kerana Kau Cinta MatikuWhere stories live. Discover now