Setelah berpenat lelah, bertungkus lumus berlatih teater romeo dan juliet, akhirnya pada hujung minggu itu, tiada latihan dilakukan. Malah, cikgu Rafiq membawa satu kelas untuk pergi ke air terjun berdekatan. Demi menghargai tungkus lumus pelajar kelasnya yang berlakon. Lebih membahagiakan apabila usaha cikgu Rafiq yang ingin mengubah Am membuahkan hasil. Walaupun Am sekadar bercakap dengan perempuan hanya dalam lakonan, tidak pula dalam dunia sebenar, namun baginya itu sudah cukup memberangsangkan. Baginya akan ade hari yang lebih memberangsangkan lagi.. Kawan-kawan Am juga ada bagi membantu Am.
Seawal jam 7:30 pagi pelajar kelas 5 Sikun telah berkumpul di hadapan koperasi. Fael telah memulakan tugasnya iaitu mengira jumlah pelajar kelasnya. Kemudian, Cikgu Rafiq tiba bersama istri dan anaknya. Mereka berbual sambil bergelak ketawa sambil menanti kehadiran bas. Tidak terkecuali Am, Bukan main seronok Am apabila dia dapat keluar dari asrama itu buat sementara waktu. Dalam pada Am yang sedang gembira dia tidak sedar ada mata yang memerhatinya. Ya, Lia. Suka Lia melihat nya dalam keadaan gembira.
"Haa.. Lia.. Pandang mana tu??" tegur Iman.
Segera Lia mengalihkan pandangan. Teguran Iman membuat kan Am juga perasan. Malah, ramai yang mendengar suara Iman.
"Kau ni, pandai je.. Mana ade..." Lia membela dirinya.
"Ye ye je kau Lia, takpelah.. Pandang je la kalau kau nak pandang.. Pakwe kau kan? Am, Tak nak pandang Lia ke?" Adam pula menyakat Lia dan Am.
"Diamlah kau." Am bersuara sahaja. Dijegilkan matanya ke arah Adam. Memberi signal amaran kepada Adam 'siap kau nanti'.
Adam yang sekaan memahami, terus mengangkat kedua tangannya, tanda mengalah..
"Dah2 la korang ni.. Tu bas sampai dah." kata Fael, menyelamatkan keadaan.
"Lia, kau nak duduk sebelah siapa? Ha? Am?" kali ini giliran Syu pula yang menyakat Lia.
haihhh.. Apelah nasib kau pagi ini Lia.
"Lia!" laung Anuar dari dalam koperasi.
Lia toleh dengan hati yang berat. Dia risau jika budak kelas nya nampak dia dengan Anuar berhubungan. Takot di bahan dengan lebih teruk. Mujur Fael ni jenis menyimpan rahsia juga.
"Ya?" tanya Lia.
"Nak pergi mana ni?"
Beberapa pelajar telah mula perasan adegan Lia dan Anuar, telah menarik perhatian untuk dilihat. Lia perasan dengan keadaan itu, cuba berlagak biasa seperti tidak ada ape2.
"Owh, kitorang nak keluar satu kelas." jawab Lia masih lembut.
"Bestnya. So pergi berapa hari ni?"
"Balik....."
"Lia cepatlah naik!" Fael mula bersuara.
"Bye Anuar." Segera dia melangkah masuk kedalam bas. Meninggalkan Anuar di luar bas. Anuar tersenyum dan melambai ke arah Lia. Lia mencari tempat kosong yang ada. Mujur nia menyimpan satu tempat untuk nya.
"Kenapa tadi? Siapa tu?"
"Anuar, budak koperasi. Dia tanya nak pergi mana je.."
"Macam mana kau kenal dia?"
Lia mengangkat bahunya kepada Nia. Entah, perlu ke dia menceritakan perkara itu kepada Nia. Satu keluhan berat dilepaskan. Hampir setiap hari Anuar akan jumpa dia dan bertanya khabar atau belanja dia makan. Mungkin benar apa yang Mimi katakan. Mungkin anura telah jatuh hati padanya, dan sekarang adalah proses dimana Anuar ingin menarik hatinya. Namun, entah Lia berasa agak tidak selesa diperlakukan sebegitu.
**********************************************************
"Wahhhhhh!!!! Cantiknya.. Subhanallah.."
"Sekali sekala dapat keluar macam ni best jugak." kata Nisa.
"haah kan? keluar pulak ramai2.. seronok sangat. " sokong Lia.
Beberapa budak lelaki telah pun masuk ke dalam sungai tersebut bagi membasahkan diri mereka. Ada yang melompat, percik2 air. Seronok bukan kepalang.
Lia yang tolong membawa tikar mula membentangkan tikar, manakala Fael,Adam dan Am pula tolong mengangkat makanan yang dibawa oleh Cikgu Rafiq. Katanya Cikgu Rafiq yang belanja mereka.
Pelajar perempuan juga ada yang telah masuk kedalam air yang dingin itu. Lia hanya memerhati kawan-kawannya mandi didalam sungai itu. Bagi Lia, dia lebih suka menikmati keindahan alam dengan memerhati sekeliling berbanding mandi di dalam sungai itu.
"Kamu tak mandi Lia?" tanya cikgu Rafiq.
"Tak lagi cikgu. tengok la kejap lagi macam mana." kata Lia sambil merendam kakinya ke dalam air sungai itu.
"Ha.. Tu Si Am pun tak nak mandi jugak ke?"
"Entahlah.."
Lia memerhati gelagat kawan2nya.
"Am, turunlahh. Mandi sekali.. Kau ni tak sporting la.."
"Tah Am, kau bukannya takot air pun.."
"aishh.. Jakgi aku masuklah. Mandi je la dulu.."jawab Am
"Kau nak dating dengan Lia eh? Lia pun tak mandi aku tengok." Syu mula buat andaian.
Am sekadar medengar pernyataan Syu, dia tidak minat nak berbalah dengan Syu.
Setelah agak lama mereka berendam di dalam air yang dingin itu. Cikgu Rafiq naik ke atas dan mengambil kamera. Dia ingin mengambil gambar pelajar kelasnya.
"Ok gaiss.. Rapat-rapat.."
Semua pelajar nya telah mula merapatkan diri antara satu sama lain di dalam air kecuali Lia dan Am. Mereka masih lagi kering. Cikgu Rafiq mula memikirkan dan melihat sekeliling.. Teradapat satu batu besar. Diarahkan Lia dan Am ke arah batu itu dan pelajar yang berganjak ke arah mereka.
Usai mengambil gambar, mereka kembalikan aktiviti mereka bermandi . Tetapi Lia dan Am masih lagi membatu di atas batu itu. Perasaan segan mula menguasai diri. Tapi Lia tidak dapat menahan dirinya dari tidak memandang Am. Lalu, Lia menggerakkan kepala perlahan -lahan ke arah Am.
Terkejut Lia dibuatnya apabila dia mendapati Am juga memandangnya. Am memberi senyuman sekilas. Lalu, mengalih kan pandangannya ke arah rakan-rakannya yang lain. Kemudian, Am mengalihkan pandangannya semula ke arah Lia.
Am memulakan langkahnya dan bangun.. Dia mengalihkan pendangan ke Lia.
"Hati-hati." ucap Am sebelum melangkah ke tebing semula.
YOU ARE READING
Kahwin Muda : Kerana Kau Cinta Matiku
Teen Fiction"Lia nak kahwin muda. Hehehehe" Lia, seorang gadis manja tetapi dari zaman sekolah lagi impian nak kahwin muda. "Ade ke orang yang nak kahwin dgan kau? Dah lah malu dgan lelaki!" Haiiii.. Mcam mana nak kahwin kalau dh pemalu kan? Tapi betul kan se...