A? Am? Takkan lah Am nak bg aq roti dengan air. Siap dengan surat lagi. Dah tu spe je lagi? A? Anuar? Aik? Mana dia tahu aq sakit? Siapa lagi yang rapat dengan aq?
Tidak berhenti dia membelek surat tersebut. Masih bingung kepalanya memikirkan siapa yang bagi surat itu. Dia bukannye ade kawan rapat yang banyak sehingga nak dapat surat bagai. Pelik kali ini..
"Surat ape tu?"
"Tak dk papelah. Syu, kau rasa....."
"Assalamualaikum." Laung seorang perempuan dari luar bilik prep mereka.
"Walaikumusalam. Masuklah." Jawab Lia. Mereka dah biase terima tetamu dari form 4, kerana ingin bertanya soalan.
"Kak,nak tanya. Kak lia yang mana satu?" Ingin kepastian.
"Kenapa awak?" Lia semakin hairan.
"Ni haa.. Ade satu akak pass kat saya mintak saya bagi dekat akk. Amik lah." Katanya sambil menyuakan sebuah kotak.
"Tapi siapa yang bagi?"
"Tak tahulah. Saya pergi dulu."
"Terima kasih."
Dahinya berkerut. Lagi la tak masuk akal. Semalam surat. Hari ni kotak ape benda nih. Semakin hairan.
Lia jalan menghampiri mejanya. Lalu diletakkan kotak itu di atas meja. Dia mengemas beg nya. Dia ingin menjalan kan tugas nya sebagai peneman Am.
"Syu, gerak lu. Kunci jela pintu. Aq tidur dengan Awin dengan Mimi."
"Yelaa.."
**************************
Setibanya di surau, seperti biasa, dia menunaikan solat isyak, dan solat sunat. Sudah menjadi rutin hariannya untuk datang ke surau pada waktu lewat malam kerana ingin menemani am mengaji.
Tetapi malam itu, tiada org pun di surau. Lia menanti sehingga pukul sebelas malam. Namun, penantian nya tidak membuahkan hasil. Akhirnya Lia mengemas kan telekung nya dan melipat sejadah. Ditutup nya lampu dan menutup pintu....
Malam nk tak dapat dengar suara am.
Rintih nya di dalam hati. Dia kembali ke bilik prep awin dan mimi."Assalamualaikum." Lia melangkah dengan lemah. Sedih rasannya tak dapat mendengar suara Am pada malam ini.
"Walaikumusalam. Haa, dah kenapa kau muka cemberut je tuh?" tanya Mimi.
"Tak dk ape lah. Penat je." Lia tersenyum lemah.
" Kau dari mana ni? kebelakangan nih kau asyik datang sini lambat, tapi keluar bilik cepat. Mana yang kau oergi tak bagitahu kitorang ni?" tanya Mimi lagi.
"Eh, mana ade aku pergi mana-mana. Aku pergi surau je lah. Pergi mana lagi?"
"hmmmm... Pelik... Ade ape2 ke yang kau sembunyikan dari kitorang ni?" giliran awin pula yang bertanya.
Sambil membuka beg sekolahnya, Lia mengeluarkan buku kimia nya untuk mengulangkaji. "Dah lah! Jangan cakap benda2 pelik. Mengarut je.."
"Eleh kau, saje la tu tukar topik.." Mereke kembali mengulangkaji pelajaran.
****************************************************
"Banyak plak kerja aku malam nih. Nak pergi surau ke tak ni?" gumam Am di dalam hati nya.. Kerja nya masih banyak lagi yang perlu di disiapkan. Semua gara-gara dia bersukan dan melepak bersama rakan-rakannya siang tadi. Akibatnya dia keletihan petang itu, dan terus tidur tanpa membuat kerja yang tergendala.
"Nampaknya malam ni aku tak pergi la surau."
Am kembali menyambung kerja nya. Tiba2 datang seorang pelajar mengetuk pintu bilik prep nya.
"Bang, cikgu Rafiq panggil pergi jumpa dia dekat bilik warden. "
"ha okay." jawab am.
Setelah mengemas buku buku nya, Am berjalan menuju ke bilik warden untuk berjumpa dengan cikgu Rafiq.
Tiba di katilnya Am terus baring sambil memikirkan apelah nasib nya nanti. Patutkah cikgu Rafiq ingin membuat drama kelas dan menyuruhnya menjadi watak utama. Dia sudah dapat bayangkan dirinya pasti akan diejek oleh rakan-rakannya. Malah, dia semakin rungsing apabila memikirkan siapalah heroinnya nanti..Ahhhhhh!!!! Serabut bukan kepalang.. Malu nya bertubi-tubi.
Akhirnya, Am lena tanpa dia sedar bnila dia berhenti berfikir tentang hal itu.
****************************************************
"Mimi, kau nak tahu tak? " tanya Lia. Mimi yang hampir terlelap kembali membuka matanya.
"Tahu ape?"
"Tadi, dalam pukul 10 lebih, aku dapat satu kotak, ade satu junior bg kat aku. dye kata ade org pass kat dye sruh pass kat aku. "
" Ape isi dalam kotak tu? "
"Aku tak bukak lagi. Aku terus datang sini."
"Kau tak tanya dia ke sapa yang pass kat dia?"
"Aku dah tanya dah. Tapi dia tak kenal pun spa yang bagi kat dye."
"Hmmm.. Pelik ni Lia. Hari tu roti dgan air, siap dengan surat lagi. Tak sampai seminggu kau dapat kotak pulak. Sayang kau tak bukak kotak tu Lia. "
"Tapi aku memang pelik siapa yang bagi aku barang2 barang tu. Alu cuma rapat dengan korang, Nia dan Syu. Takkan antara korang yang bg aku kotak tuh. Ape tak boleh bagi sendiri ke? "
"Kau takkan tak dek syak spe2 kot?"
" Aku memang tak dapat nak agak siapa yang bagi. Tapi satu je clue yang aku dapat."
"Ape cluenye?" tanya mimi.
"Dekat surat tu ada tulisan A. Maksudnya mesti nama org tu A kan?"
"Entahlah. Tapi kan kalau kau dh ade peminat, best jugakkan? hahahaha... Ape yang kau nk buat dekat dia?"
"Buat ape? buat je lah ape yang patut."
" Cerita kau ni, lebih kurang macam dalam tv tau? Cerita ape tah tajuk nya.. Alaaaaa.. yang dalam tv3 tu?? Yang pompuan tu ade secret admire tuh.."
Lia diam... Tiada sahutan dari Lia.
"Bertuah punye budak. Tidur dah. Tadi kacau aku sangat, haih Lia2..."
Dalam kepala Mimi, masih ligat memikirkan siapa lah yang memberi barang-barang tersebut kepada Lia.
"hmmmm... Siapa lah ???"
YOU ARE READING
Kahwin Muda : Kerana Kau Cinta Matiku
Teen Fiction"Lia nak kahwin muda. Hehehehe" Lia, seorang gadis manja tetapi dari zaman sekolah lagi impian nak kahwin muda. "Ade ke orang yang nak kahwin dgan kau? Dah lah malu dgan lelaki!" Haiiii.. Mcam mana nak kahwin kalau dh pemalu kan? Tapi betul kan se...