"Bangun semua!!!" jerit Fael.
Semua di dalam kelas itu bangun dengan gembira, barangkali tidak sabar mahu belajar pada hari itu. Masing-masing tidak sabar akan tajuk cerita drama yang akan dilakonkan oleh mereka. Tetapi, satu pelajar yang nampak ketidakpuasan hatinya apabila cikgu Rafiq melangkah ke dalam kelas berikut.
Setelah memberi salam dan mengaminkan doa, mereka kembali duduk dan Am segera bangun dan mengedarkan skrip lakonan ke pada semua pelajar di dalam kelas itu. Masing2, memerhati dengan penuh tanda tanya.
"Baiklah, tajuk lakonan drama yang akan kalian semua lakonkan adalah Romeo dan Juliet. Kemudian saya telah pilih watak Romeo nya dan tiada bantahan ye?" Dia memandang murid murid nya satu persatu. " Romeo adalah Am."
Satu kelas ternganga mulutnya. Ada yang gelak terbahak bahak, ada yang senyum malah ada yang masam mukanya. Riuh kelas pada waktu itu. Barangkali, mereka tidak sabar ingin mendengar suara emas Am yang jarang didengari.. Am menahan malu. Dia tunduk kebisuan.
"Okay, sekarang ni bagi Juliet pulak, saya nak volunteer dulu dari perempuan." Cikgu Rafiq memerhati anak murid perempuannya. Hampir separuh dari mereka ingin menjadi heroin.
"Eh ika, kenapa tiba2 kau nak jadi Juliet plak nih? Selalu nya bukan main malas nak jadi ape2."
"Biarlah, mana tahu berlakon bercinta dengan Am, nanti Am suke aku btol2."
"Kau jangan nak perasan eh? Am tu memang bukan kaki layan pompuan."
Melihat keadaan menjadi semakin rumit dan sukar membuat pilihan, akhirnya Fael bersuara.
"Korang ni dah kenapa? Am kan pakwe Lia, biar lah Lia yang jadi Juliet."
Lia yang mendengarnya menjadi terkejut.
"Betul!!"
"Sokong cikgu!!"
Satu kelas riuh dengan sahutan itu..
Am dan Lia masing masing menahan malu dan menahan muka yang sedang merah seperti udang bakar.
"Alaaa... Malu lah tuh? Suka cakap jela suka Lia..."
"dah2!! Semua setuju ya Lia menjadi Juliet?" tanya Cikgu Rafiq.
"Setuju!!"
"Baiklah! Sekarang saya akan agihkan watak yang lain.."
Dalam pada itu, mata LIa tak lepas dari memandang Am. Ape yang difikirkan oleh Am? Kenapa dia boleh berdiam diri sahaja walaupun dia boleh mengubah pilihannya. Am yang sentiasa berdiam diri, tidak bersuara, namun lagaknya gaya seorang yang gila2. Setiap gerak gerinya diperhatikan oleh Lia, dan langsung tidak disedari oleh Am.
Am yang sekejap memusingkan pennya, kemudian memandang papan putih, kemudian kembali memandang ke buku nya. Lalu, bermain dengan pen nya semula. Sungguh Lia tidak memahami ape yang lelaki ini sedang buat, namun matanya tidak boleh lepas dari nya.
Masih dia ingat malam2 yang dia menemani Am di surau. Sungguh dia sangat berbeza dari dalam kelas.
"Liaa!!!!" jerit Nia.
"Ye? Nia?"
" Dengar tak kitorang cakap ape?"
"errrmm sorry.. Ape dia?? ulang balik boleh?"
"dalam babak ni ade part korang rapat gila. Pastu romeo tu kiss Juliet, haa.. nk tukar camna? ke kau tak nak tukar?"
"heii.. Kau gila ke apa? Kiss? Tukar laahh.. " muka Lia kembali merah.
"Itu yang aku tanya kau nak tukar ape? Babak korang berdua nih."
"Alaaa... Aku tak tahu lahh. Kau tanya Am lah dia nak buat ape?"
Am hanya memerhati..
"Buat Am gigit bunga jelah. Nanti Lia sambut bunga tu."
"Atau kita buat, Am buat2 pegang tangan Lia."
"Alaaaa... aku malu lahhh.. Takkan Am nak buat mcm tu kan??" tanya lia.
Am yang dari tadi mendengar, senyum sekilas dan bangun meninggalkan mereka. Barangkali ketandas fikir Lia.
"Okey kelas, masa dah tamat. Korang bincang dulu nak buat ape? No need to rush. Hari persembahan tu lambat lagi. Waktu hari interaksi ibu bapa selepas trial korang."
"Terima kasih cikgu!"
"Eh, Fael bila lagi nak buat perjumpaan nih? dua minggu depan aq tak nak sibuk sangat nk trial kan? "
"Malam ni jumpa kat dewan makan."
************************************
"AHAHAHAHAHAHAHAHA!!!!!" Gelak mimi dan Awin.
Mulut Lia muncung sedepa.
"Like seriously, kau ?? Kene berlakon dengan Am?? Bercinta? hahahahahahahahaa... Romeo dan juliet??? hahahahaahhahahaha.."
"dah la korang. Aku punye malu tak habis lgi ni.."
"Okey2.. Aku stop." kata mimi sambil mengelap air matanya.
"Tapi kenapa kau?"tanya Awin.
"Aku pun dah tak paham la skrang. Nama kau dah makin naik Lia. Ape yang kau dah buat??" tambah mimi.
"Aku tak buat pape lah. aku kan sentiasa dengan korang."
"takpe Lia kitorang sokong kau dr belakang okay? "
"Mungkin ni satu permulaan untuk kau tunjukkan kan di samping tunjukkan perasaan."kata mimi.
"mungkin.."
Semuanya bermula dengan pemilihan watak..
YOU ARE READING
Kahwin Muda : Kerana Kau Cinta Matiku
Teen Fiction"Lia nak kahwin muda. Hehehehe" Lia, seorang gadis manja tetapi dari zaman sekolah lagi impian nak kahwin muda. "Ade ke orang yang nak kahwin dgan kau? Dah lah malu dgan lelaki!" Haiiii.. Mcam mana nak kahwin kalau dh pemalu kan? Tapi betul kan se...