Petang itu, Lia baring di atas katilnya. Rambutnya dilepaskan, membiarkan rambutnya dilibas angin dari kipas. Lebih cepat rambut itu akan kering. Entah kenapa, petang itu dia rasa seperti sesuatu yang aneh. Sedih bukan, marah juga bukan, risau? bukan juga. Tidak dapat dia tafsirkan perasaan nya pada saat itu. Matanya tidak beralih dr melihat siling yang dekat sahaja dengan nya.
"Jangan tidur petang la makcik!" Syu menarik rambutnya yang berjurai.
"Aduiii.. Sakitlah nenek. Bila masa aku tidur?" sambil mengusapkan kepalanya.
"Dah, kalau terbaring lama2, berangan.. lama2 nanti mesti kau tertidur punye kan?"
"Mana ade.." Lia mencebik mulutnya.
Lia bangun dari baring. Duduk bersimpuh di atas katilnya. Dilihatnya Syu sedang duduk di atas katilnya. Lalu, Lia menunduk ke bawah katilnya. Dilihat Nia juga sedang dudk di atas katil sambil menyanggul tinggi rambutnya. Panas barangkali.
"Nia, Syu. kenapa korang balik lambat?"
"Patutnya kitorang yang tanya kau, asal kau blah awal sangat.?"
"Aku keluar sekejap je. Aku datang balik, pintu dh kunci."
"Korang pergi mana?"
"Bilik warden."jawab syu bersahaja.
"Bilik warden? Semua?"
Nia mengangguk.
"Kenapa semua pergi bilik warden. Tadi ape yang kecoh2 kat blakang."
"Am pengsan."
"hah!! Kenapa dia pengsan?"
Nia dan Syu menahan gelak melihat reaksi Lia seperti itu.
"Kau tanya lah dia sendiri nanti." Nia dan Syu bangun meninggalkan Lia.
************************************************
Di bilik prep, Lia memerhati impiannya di dalam diary nya.
"Kenapa kau teringin sangat nak kahwin muda?" tanya Nia.
"Banyak sebab.." Lia senyum.
Nia masih memerhati Lia. Lia mengambil satu kertas kosong dan sebatang pen warna pink.
"Ok, meh sini aku bagitahu kau."
"Satu, sebab aku rasa rugi kahwin tua2. kena kutuk.
Dua, sebab aku tak payah nak berhadapan dengan banyak lagi lelaki lepas nih. Dah ade suami kan?
Tiga, aku tak nak anak aku malu bila aku keluar dengan dia, aku nampak tua.
Empat......
Sebab aku sunyi kot. "Sambil bercakap, dia menulis di atas kertas kosong itu. Lalu, diserahkan kepada Nia.
"Nahh.. Buat kenangan. hahahaha!"
Nia menggelengkan kepalanya. Ape ape jelah Lia ni..
************************************
"HAHAHAHAHAHAH!!!!! Apelah kau ni Am! Ade ke pengsan sebab debor sangat dengan Lia. Padahal act dah macho dah.. "
"Aku dah cuba kawal malu aku kan? ape kau nak lagi?"
"Aku bangga dengan kau.. Kau memang gempak la tadi. Bukan setakat Lia je yuang terkejut dengan tindakan kau tu, semua orang yang ada kat situ nganga tengok kau buat mcm tu."
"Kau boleh diam tak?"
"Kau okey tak nih? Ke nak rehat dulu?"
"Aku okey je lahh.. "
"hmmm.. okay.. Aku suka kau dah nak mula berubah.. "
Am melepaskan pandangan sinis kepada Adam. Bilalah mulut dia ni nak diam?Mereka menyambung kerja sekolah mereka.
Am melihat seketika di sekitar bilik prep nya. Ramai yang sedang menyiapkan kerja sekolah, ada yang berborak, ada yang main henfon secara senyap, ada yang melukis.. Bermacam ragam yang dilihatnya. Dan matanya tertangkap sesorang yang pelik..
"woii Anuar, kau buat ape tu?"
"Tak dk ape lahh.." jawab Anuar sambil tersengih.
Lalu, Anuar menyambung kerja nya sambil tersenyum.. Kelihatan Anuar, seperti menulios sesuatu, namun Am tidak pasti menulis atas ape. Ape yang pasti, Anuar menulis bukan di atas buku latihan..
"Tulis surat cinta la tu.. Dah kalau tersengih macam kerang busuk, tulis surat kat makwe latu.." kata Fael.
"Eh, korang ni pandai-pandai eh? Ade2 jelahh.. Dah aku nak pergi surau nih. Jangan kunci pintu bilik k?"
"yela..."jawab Adam ringkas.
***************************************************
Malam itu, Lia pergi ke suaru awal. Seperti biasa, dia ingin menjalankan tugasnya sebagai peneman Am yang mengaji sendirian di malam hari. Sedang asyik dia berjalan, Anuar terlihat Lia yang berjalan ke arah surau. Malam itu, di dalam surau seperti biasa, Lia akan menanti kehadiran Am. Tetapi orang lain yang muncul. Namun, dia tak tahu siapa. Lia duduk di belakang almari, dia mengambil kalam Allah untuk dibaca. Alang-alang berada di surau ape slaah nya mengisi masa lapang dengan benda yang berfaedah.
Tanpa disedari telah sejam Lia duduk di situ, tetapi Am masih belum muncul. Terdetik di dalam hati Lia, penat sangat kah dia? Sebab dia opengsankah dia tidak datang ke surau?
Melihat jam di tangan, telah pun jam 11 malam. Lia memutuskan untuk mengemas barang barangnya dan kembali ke bilik nya. Rehal dilipat dan diletakkan ke dalam almari, telekung dilipat dan digantung di dalam almari yang telah disediakan. Dia menutup semua suis kipas yang ada di bahagian perempuan, dan akhirnya dia ingin menutup lampu.
Apabila tangan nya ingin mencapai suis lampu, tangannya ligat pergi ke arah langsir bahagian lelaki. Diselaknya perlahan. Niat di hati hanya ingin melihat masih adakah lelaki di hadapan. Sebaik sahaja langsir diselak, dia melihat Am sedang berdiri menghadap ke arah nya. Am mendiamkan diri. Pandangannya kosong. Lia terkejut. Dugaan apakah ini?? Am dah lama ke ada dekat situ? kenapa aku tak dengar dia mengaji tadi?
Dengan segera dia menutup kembali langsir nya dan kembali kerah suis lampu. Dengan perlahan dia berkata,
"Lia, nak tutup lampu."
"Aku baru sampai, nanti aku tutup."
"okey"
YOU ARE READING
Kahwin Muda : Kerana Kau Cinta Matiku
Teen Fiction"Lia nak kahwin muda. Hehehehe" Lia, seorang gadis manja tetapi dari zaman sekolah lagi impian nak kahwin muda. "Ade ke orang yang nak kahwin dgan kau? Dah lah malu dgan lelaki!" Haiiii.. Mcam mana nak kahwin kalau dh pemalu kan? Tapi betul kan se...