"Fael, lama tak dengar cerita Lia. Boleh kau kirim salam kat Lia lagi? aku pun dah lama tak nampak dia."
"haa.. Boleh jer.. Dia sibuk kot. Al-maklumlah dah jadi watak Juliet kan?"
"Julia?? Julia ape plak nih?"
"Eh,. tak dk ape lah.." jawab Fael selamba. Dia lupa bahawa pementasan drama itu adalah rahsia.
Lalu Anuar berjalan meninggalkan fael yang masih berdiri. Fael masih berdiri memikirkan sesuatu. Akhirnya Fael bersuara.
"Anuar.."
"Ye?"
" Kau memang betul betul suakan Lia ke?"
Anuar tersnyum dan tergelak sedikit. Lalu, dia berpaling dan teruskan berjalan.
******************************************
"am, dah dah la tu.. ape lagi yang kau termenungkan tu?? Letih aq nengok kau gini."
"Ah kau, diam lah.. Kau tak tahu ape yang aku rasa."
"Okey skrang aku tanya kau, ape yang kau rasa?"
" kau ingat aq suke, nak berdepan depan dengan si Lia tuh? Watak sweet bagai. "
"Dulu kau nk cakap dengan dia pun susah kan? Ni dah dapat watak mcm nih.. Gunakanlah sebaiknya. Setidak tidaknya kau boleh rapat dengan dia."
"Tak nak aq rapat dengan dia. Buat ape?"
"Tak boleh macam tu Am. Kau kene ubah sikit perangai kau tu. Sampai bila nak mcm ni?"
"Baik aq tidur je."
"Kau sebenarnya ade sebab lain ke tak nak cakap dengan dia? Dah dekat dua tahun korang sekelas, dan dah dekat dua tahun kau kene ejek bersama dengan dia, kau tak membantah, dan kau senyum je. Mesti ade something kan??"
"Tak dklah!!... "
Satu bantal singgah di muka Adam. Padah berbicara sesedap mulut.
"woii.. Ko.. Tak baik tau buat gini kat aq.. Kau.. nanti kau."
Adam bangkit dan naik ke atas katil Am. Mereka berlawan di atas katil tu.. Terdengar hilai tawa mereka. Setelah penat bergaduh, akhirnya dua dua mengalah. Dalam keadaan yang penat, mereka mengambil nafas..
"Kau ni kan Am, boleh tahan jugak kuatnya. Penat aq.."
"Baru kau tahu aq sape. Ape ingat aku ni CAP AYAM AYAM ke?"
"Tapi kan Am, kau still tak nak jawab ke kenapa kau tak nak cakap dengan Lia?"
Sekali lagi bantal dipukul di muka Adam.
"Bukan sebab dia sorang lah. Semua pompuan dalam kelas tu aku tak pernah bercakap lah.. Tak guna betullah kau nih.."
"hahahahahaha.. Okey2.. Aku angkat bendera putih.. yela2.."
*********************************************************
"Lia nak pergi mana tu?"
"Eh, Syu.. Aku nak naik bilik prep. Kenapa?"
"Tak dk apelah.. Semalam Nia datang, aku tolong sorokkan kotak kau tu kat dalam loker kau. Tapi jangan risau aku tak bukak pun tau?"
"Laaaa... Nasib baik kau ingat kan aq wei.. Terima kasih.. Nanti aku bukak lah.."
"haaa.. Okay.."
Lia berjalan menuju ke tangga bilik prep nya.. Ligat dalam kepala nya memikirkan ape yang ada dalam kotak itu. Tibanya di dalam bilik prepnya, dia menuju ke loker nya. Mencari kotak pemberian seorang gadis semalam.
"Mana pulak la Syu sorok kotak nih?"
.........
"haaa.. Jumpa pun."
Kotak nya biasa sahaja. Tapi isinya masih belum diketahui lagi..
"Bismillah."
Lia bukak kotak itu.. Terkejut Lia, namun perasaannya sedikit gembira melihat isi di dalam kotak itu. Lia mengeluarkan Isinya.. Dibelek nya dengan cermat.. Lia sukakan hadiah yang diterimanya pada hari itu. Namun dia masih musykil, siapakah yang memberi nya hadiah ini.. Adakah orang yang sama yang memberi nya surat serta makanan itu..
Lalu Lia membelek lagi kotak itu, barangkali ada surat yang tertinggal di dalam itu. Namun, Tiada.. Lia hampa.. Kenapa mesti tuan hadiah ini tidak mahu mendedahkan dirinya. Membuatkan Lia tertanya-tanya.
Tetapi apa yang pasti, niat orang yang memberi hadiah itu pasti mempunyai niat yang baik. Lia meletakkan hadiah itu di atas mejanya.
Terima Kasih Sang Pemberi...
************************************************************
YOU ARE READING
Kahwin Muda : Kerana Kau Cinta Matiku
Tienerfictie"Lia nak kahwin muda. Hehehehe" Lia, seorang gadis manja tetapi dari zaman sekolah lagi impian nak kahwin muda. "Ade ke orang yang nak kahwin dgan kau? Dah lah malu dgan lelaki!" Haiiii.. Mcam mana nak kahwin kalau dh pemalu kan? Tapi betul kan se...