"Lia nak kahwin muda. Hehehehe"
Lia, seorang gadis manja tetapi dari zaman sekolah lagi impian nak kahwin muda.
"Ade ke orang yang nak kahwin dgan kau? Dah lah malu dgan lelaki!"
Haiiii.. Mcam mana nak kahwin kalau dh pemalu kan? Tapi betul kan se...
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Romeo: Sungguh saya terpesona dengan awak.
Juliet menahan malu.. Tersengih.
Romeo: Siapakah nama awak?
Juliet: Juliet..
Romeo tunduk dan mencium tangan Juliet.
Romeo: Semoga kita berjumpa lagi..
************************************
Lia pejam mata menahan malu.. Tidak dapat dia bayangkan bagaimana dia akan berlakon dengan Am. Ini baru babak yang agak ringan, belum lagi masuk babak yang berat. Ahhh!!! Malunya..
"Ok gaisss... Babak Lia."
Lia bangun, masuk ke tengah pentas, dilihatnya Am juga masuk ke tengah pentas. Masing-masing tertunduk melihat bawah.
"Action!!" jerit Iman..
"emmm.. Sungguh saya... terpesona de.. dengan awak.." kata Am yang mulai gugup.
Lia melihat ke dalam anak mata AM. Lia hanya tersenyum. Di dalam skrip seharusnya Lia hanya senyum namun, Lia sangat malu sehinggakan mukanya merah seperti udang yang dibakar. Rasanya seperti mahu saja dia lari ke belakang pentas dan menekup mukanya sambil menjerit. Ingin sekali dia melakukan hal itu. Namun dia sedar, dia tidak boleh..
Melihat muka Lia yang seperti itu, Am memutuskan untuk cepat-cepat menghabiskan dialog mereka. Timbul kasihan di hatinya melihat Lia yang malu seperti itu. Malahan, dia juga malu.. Tidak sangka dia akan berbicara seperti itu dekat perempuan..
"Siapakah nama awk?"
"emmm.. Juliet.." kata Lia menahan malu.
Terus Am memusingkan badannya, dan berjalan meninggalkan Lia.. Tiba2 dia berhenti.
"Semoga jumpa lagi.." Lalu Am berjalan terus ke belakang dewan meninggalkan Lia yang terkejut dan terpinga-pinga.
*****************************
"Lia, okay tak?" tanya Fael.
"Okay je.. Nape tbe2 kau tanya nih?"
"Nampak kau macam tak yakin nak berlakon."
"Tak boleh ke tukar dia, atau tukar aq je? Aku malu.. Kitorang macam tak boleh nak ngam.."
"Lia, mula2 memang akan kekok.. Nanti dah practise banyak kali, mesti korang dah biase."
"Aku tak rse kitorang akan okey. Dengan pendiam dia tuh.. Aku tak paham dia."
"Kau nak tahu tak? Am tu kalau dengan lelaki, dia memang masuk air. Sumpah!! Dia sangat gila.."
"Kenapa dia diam je dalam kelas?"
" Dia sebelum ni sekolah lelaki. Sebab tu dia diam dalam kelas, dia tak biase dengan perempuan."
" Sepatutnya, dari dulu lagi dia kene ubah diri dia.. "
"Sebab tu aku rasa ni je peluang terbaaik untuk dia ubah diri dia. Sebab tu Cikgu Rafiq nk dia yang jadi watak Romeo. Dia nak ubah Am. "
..........
"Sabarlah Lia. Kau cuma tolong dia bercakap je.. Bukan tolong dia bercinta.. Tapi kalau nak, boleh je. Sambil menyelam, minum air."
*********************************
Lia menanti kehadiran Awin dan Mimi di hadapan dewan.. Awin berjanji ingin membelanja Lia di koperasi nanti. Setibanya Awin dan Mimi, mereka berjalan ke koperasi..
"AHAHAHAHAHAHAH!!!" Awin dan Mimi gelakkan Lia.
"Dah2 latu.. Aku malu wei.."
"Lia, betul ape yang Fael cakap. Kau kene lah tolong Am, sampai bila dia nak gugup dengan semua perempuan. Nanti dah masuk alam universiti, takkan masih nak malu lagi kot?"
"Tapi kenapa aku? Itu yang aku tak faham."
"Sebab kau pun kene belajar atasi rasa malu kau tu."
Awin menolak pintu koperasi, sambil memberi salam.
"Mak aii.. Ramai gila!!" Mimi bersuara.
"Macam malas je nak tunggu."
"Sabar Lia, sikit je lagi.."
"Takpelah Awin, tunda esok lahh.. Ramai sangat lahh"
"betul nih?? Haa okey lahh.."
Mereka bertiga berjalan menuju ke pagar asrama perempuan.
"Liaa!! Liaa!!" jerit Anuar.
Lia menoleh ke belakang.
"Eh, Anuar! Ade ape?"
"Ni, ambik lah. Anuar belanja."
Anuar menghulurkan sebatang aiskrim coklat dan sepaket choki-choki..
Awin dan Mimi masing2 memberi pandangan pelik..
"Terima kasih Anuar.. Susah2 je.. Tak payah la membazir belanja Lia."