Ikhlas

97 8 0
                                    

Tersenyum Anuar melihat sesuatu melalui tingkapnya.

Sungguh! Dia calon istri solehah.

Dia melihat Lia keluar dari surau pada jam 11:40 malam. Pada awalnya dia melihat Lia berjalan berseorangan di lorong belakang asrama, dia tidak menyangka Lia akan ke surau.

Dengan masa lebih sejam berada di surau, Anuar yakin bahawa Lia bukan sahaja gadis yang pintar dan baik, tetapi seorang hamba yang taat.

Dia naik ke atas katil nya lalu dia tidur dengan nyaman.

********************

Errrrgghhhh..

Puas Lia mengeliat, dia melihat jam di tangan. 4 pagi. Awal lagi.

Allah.. Sejuknya malam nih. Selimut buat alas.

Tiba tiba bunyi dentuman di atas bumbung dengan banyak dan laju membuat kan Lia terkejut. Hujan lebat membuat kan Lia semakin sejuk. Menggigil Lia sambil hujan turun. Dingin yang menggigit tulang nya. Terasa ngilu tulang2 nya yang sejuk. Dia melihat Awin dan Mimi yabg sedang lena. Mereka seperti bertambah nyenyak dengan keadaan hujan yang turun. Mereka tidak kelihatan sejuk.

Krrriiinnnngggggg!!!

Bunyi jam loceng Mimi. Dengan malas dia menekan punat jam loceng. Sungguh berat kelopak matanya untuk dibuka ketika sedang nyenyak tidur dengan kedinginan hujan. Dia duduk dan mengemaskan rambutnya. Pelik. Selalunya Lia yang akan bangkit dulu dan menggerakkan mereka berdua.

Lia bangun dah ke? Kenapa balik bilik tak gerak kitorang. Bukak lampu dulu lah.

Mimi berjalan membuka suis lampu. Dia melihat Lia masih lena dengan wajah yang pucat. Risau dia melihat Lia.

"Lia. Lia."

Tiada sahutan.

"Lia, bangun. Dah 5:45 dah. "

Dia memegang dahi Lia, panas. Bagai renjatan elektrik, Lia terkejut. Terasa dingin di dahi nya. Lia bangkit memicit kepala yang terasa sungguh berat.

"Lia, kau okay? Badan kau panas. Muka kau pucat. Kau demam nih!"

"Emm. Takpe. Aku okay. Jakgi okey la tu. Kau tolong gerak Awin eh? Aku nak mandi dulu "

"Ha ye.. Kau pergi mandi dulu. Kalau kau tak larat pergi la klinik."

"Tengokla dulu macam mana eh?"

*****************************

Lia tidur sahaja di dalam kelas. Tetapi hari ini tiada siapa yang menganggunya. Mereka tahu Lia demam. Terserlah wajahnya yang pucat. Bagi Lia, biarlah dia tidur di dalam kelas daripada tidak menghadiri kelas. Itu lebih baik.

Am yang sedang membaca buku, sekejap2 mengerling ke arah Lia. Timbul rasa kasihan di hati nya.

Dulu, dia pernah tolong aku waktu sakit. Ramai orang sakit dia tolong. Tapi kenapa waktu dia sakit, tak dek sapa pedulikan dia?

"Okay kelas, besok saya mau ini buku atas meja saya. No excuses. Add math penting, jd practise. Class is dismiss"

"Thank you sir."

"Yes.. Off you go."

Lia bangun, lalu pergi ke tandas untuk mencuci mukanya. Kepalanya terasa berat. Terasa ingin sahaja dia baring di situ.

"Lia okay?"

"Awin, okay je. Demam sikit."

"Nak makan pape tak? Aq belikan dekat kantin."

"Takpe2.. Aku tak lalu nak makan. Bye Awin."

******************************

Anuar sengaja berjalan di hadapan kelas Lia. Niat di hati ingin melihat Lia apabila Fael cakap Lia demam. Tapi niat nya terbantut melihat kelas Lia kosong. Dia meneruskan perjalanan sehingga di hujung simpang. Tetapi tiada Lia.

Dia pergi mana nih? Fael kata dia tak larat.

Tiba2 terdengar suara riuh rendah dari dalam tandas sekolah. Dia cuba mengfokuskan telinganya. Terdengar beberapa suara yang memanggil nama Lia.

Liaaa!???







Kahwin Muda : Kerana Kau Cinta MatikuWhere stories live. Discover now