BAB 3

6.7K 123 12
                                    

ASAP rokok dihembusnya ke atas. Malam itu, sengaja Lia memakai mini dress yang menampakkan pangkal dadanya yang montok dan pahanya yang mulus. Gadis yang masih menuntut di kolej itu enth temnnya yang ke berapa. Irfad hanya menjeling.

"Honey, you tak makan ke?"rengek Lia manja sambil menyelak spaghetti yang terhidang di hadapan mereka. Batang tubuh gadis itu yang munggil ditenungnya Irfad dengan tajam. Memang betina sial. Spaghetti bukan seleranya. Lebih baik dia makan rebus air tangan ummi.

"Kenapa sayang?" Lemak merdu sura gadis itu bertanya.

" I nak balik. Esok I nak kerja,"jawabnya sambil bangun membetulkan jeans Levisnya.

Lia mencebik bibir, menggeliatkan tubuh bagai kucing miang. Dia lantas meletakkan sudu dan garfu, mahu menunjukkan protes pada Irfad yang kian acuh tak acuh.

"Ala honey,jangan tinggalkan baby. Kesian baby lapar. Malam ni you datang nak borak aje ke?" Lirih saja suara itu menggoda. Irfad tersenyum sinis.

"Sorry dear, banyak kerja I perlu siapkan. Baby makan ya. I dah bayar semua." Diselitnya beberapa not ungu di meja solek. Dia bangun, melempar senyuman lalu restoran itu ditinggalkan tanpa sebarang rasa.

Gadis genit itu hanya mencebikkan bibir.

Perlahan dia menutup daun pintu. Jam di ruang tamu menunjukkan hampir pukul empat pagi. Irfad mengeluh. Janganlah ummi atau walidnya terjaga. Memang selama ini, jarang dia pulang terlampu lewat. Paling lewat pun, jam dua setengah pagi. Kali ini dia terlajak, ralit melayan perasaan yang bercampur baur di tepi pantai. Gadis itu pastinya sudah kenyang tatkala ditinggalkan di restoran tadi. Duit sejumlah tiga ratus diletaknya di bawah handphone Lia. Biarlah. Dia tidak berkira. Pintalah apa saja, dia berikan. Jangan dimohon cinta dan kasih darinya, sudah lama perasaan itu berkubur. Dipandang ruang tamu yang sedikit malap dengan cahaya lampu yang terhad.

Sepi.

Sesepi hatinya. Irfad bingkas bangun. Panas pula malam ini, mungkin panas dengan dosa yang dicarinya sendiri. Daun pintu banglo dua tingkat itu dibukanya kembali. Baik dia mengambil angin diluar. Kalau dia menyambung tidur, mungkin subuhnya entah ke mana.

Aflah berteleku di luar beranda chalet. Entah kenapa malam ini dia tidak dapat melelapkan mata. Bunyi ombak yang menghempas ke pantai cukup mengasyikkan. Mungkin betul keputusan yang dibuatnya hari ini. Mungkin dia perlukan sesuatu yang baru untuk mula kembali bersemangat dalam hidup. Bulan entah ke mana malam itu, mungkin bersembunyi di balik dedaun kelapa,detik hatinya. Aflah tersenyum sendiri, mengetawakan diri yang tiba-tiba puitis macam sasterawan negara.

"Gila eh?"

Hampir terjatuh Aflah dari kerusi rotan itu. Dibawanya tangan ke dadanya yang berdegup kencang.

Irfad ketawa terkekeh-kekeh. Entah macam mana dia mengambil angin sehingga sampai ke sini. Mulanya dia berniat mahu mandi di kolam mandi di hadapan sana, tapi sewaktu berlalu di tepi pantai, dia perasan si duyung sedang ralit tersenyum sendiri diluar chalet itu, berangan-angan entah ke bintang mana.

"Awak buat kat sini?" soal Aflah gementar. Biar betul si ultraman ni. Setahu dia, hanya Pak Manaf jaga sahaja yang ada di inap desa pada waktu malam sebegini. Yang lain pulang ke rumah masing-masing. Tak kan si ultraman ni jaga juga, jaga merangkap tukang kebun kot?

"Aku tengah praktis nak jadi orang minyak. Engkau pulak kenapa? Bertapa nak jadi duyung balik?" Irfad duduk melangut di tepi beranda.

Aflah ketawa sambil menutup mulut. Kesian. Muda-muda dah mereng. Ada ke nak jadi orang minyak. Gila betul.

Sudi Jadi Isteri Saya?Where stories live. Discover now