KALAU bintang pada langit itu boleh dia capai, pastinya dicampak jauh-jauh ke kutub utara. Biar hilang cahaya. Biar gelap seluruh dunia segelap hatinya. Asap yang keluar bergulung-gulung dari bibirnya dibiarkan. Bunyi ombak yang tidak henti-henti umpama mahu memecahkan hati. Bagaikan lagu cinta yang tidak kesampaian, deru ombak itu mengulit diri.
Irfad menggosok dagu.
Bodoh.
Kerana cinta dia bodoh. Irfad tersenyum sendiri. Mengejek diri. Entah kenapa telefon bimbitnya berbunyi. Irfad menggaru kepala. Kenapa masa dia mahu bermelankolik, mahu melayan jiwa...ada saja gangguannya. Hadui...harap-harap bukan umminya. Sempat dia melihat ke skrin , melihat siapa sang pemanggil. Dia menekan punat, menyambut panggilan itu.
"Kau kat mana ,bro?" suara Imran kedengaran.
"Pantai."
"Kau buat apa?"
Irfad mengeluh kecil. "Aku nak pancing ikan duyung la...kau kenapa,kucing kau beranak ke?" Aduhhh...setiap kali tarikh ini tiba, manusia inilah yang selalu mengganggunya.
Berdekah-dekah ketawa Imran di hujung talian. Irfad menggelengkan kepala. Biarlah makhluk itu ketawa. Dia tahu sepupunya itu bukan makan saman.
"Bro,takkan kerana Nadya... kau cari duyung . Punya la ramai manusia bernama perempuan kat dunia ni...kau pilih je..."pujuk Imran. Dia tahu, tiap kali ulang tahun pernikahan Nadya tiba, Irfad akan menghilang. Tahun ini tahun ketiga Irfad kehilangan Nadya. Kehilangan sang ratu pada lelaki lain. Imran mengeluh dihujung talian.
Irfad menggaru kepala. Nasib baik Imran. Kalau orang lain, mampus dicampaknya telefon itu ke laut. Biar tenggelam, biar hanyut dalam kepekatan malam. Dia hanya diam.
"Yelah,yelah...aku tau aku mengganggu. Anyway bro...see you tomorrow."
Irfad hanya mendengus kecil. Dimatikan telefon. Bodoh punya Imran. Nanti kau jatuh cinta dan dikecewakan, tahulah macam mana dia nak ajar mamat seorang itu. Sudah tiga tahun dia dan Nadya berpisah, namun tiap kali mata dipejam, hanya senyum manis gadis itu yang mengusik jiwanya. Irfad menarik nafas, merenung ombak yang berdebur di pantai. Pergilah jauh-jauh cinta. Jauhlah wanita darinya. Dia memejamkan mata, menyedut udara segar yang mengulit selimut rasa.
Entah bila dia terlena,Irfad tidak pasti. Namun bunyi brek kereta yang kuat menyedarkan dirinya. Bunyi perempuan menangis,mengongoi panjang menangkap telinga. Irfad menutup mata. Mungkin mimpi, mungkin khayalannya. Suara itu makin dekat, namun matanya masih lagi terpejam.
Biarlah.
Malas dia nak ambil tahu. Mungkin mimpi, mungkin halunisasi.
Bunyi tapak kaki berlari ke arah pantai semakin kuat. Bawah cahaya rembulan dan lampu jalan, susuk tubuh seorang wanita sedang berjalan keluar dari kereta yang tersadai di tepi pondok rehat itu berbalam-balam. Kereta itu masih belum dimatikan enjinnya.
Irfad mengeluh. Apa kejadahnya tinggalkan kereta macam tu? Dan apa hal pula perempuan sorang-sorang tengah malam buta ni? Takkan buang anak kot? Kalau hantu tak kan pandu kereta. Aduhhhh...dia membatukan diri. Baru saja dia mahu kembali memejamkan mata, bunyi sesuatu terjun ke air berdebur dengan kuat.
Biar betul!
Dia bingkas bangun.
Perempuan tadi. Mana pergi perempuan tadi?
Hatinya gusar. Pantas Irfad berkejar ke arah laut. Ada sepasang sepatu stiletto putih di sisi air. Takkan mandi kot? Dia mendengus kecil.
Baru saja dia ingin berpatah balik, kelihatan seperti sepasang tangan tergapai-gapai di muka laut. Kalau dibiarkan,dia rasa berdosa. Mujur malam bulan mengambang,nampak juga dia batang tubuh itu yang terkapai-kapai dilambung ombak yang jinak. Entah si bodoh mana yang gatal-gatal terjun ke laut tatkala ini. Irfad tekad. Kalau sibodoh itu mati, tak pasal-pasal dia jadi saksi. Aduh...nak rehat sikit pun tak boleh. Dia lantas bangun, mencari batang tubuh si bodoh yang sedang tenggelam.
YOU ARE READING
Sudi Jadi Isteri Saya?
RomanceKata Irfad, dia sudah buang perasaan cinta (wekkk..menyebutnya langsung buat dia benci) jauh-jauh. Perempuan semuanya dusta! Dia pernah agungkan cinta. Dulu. Sekarang ini, maaf, boleh blah! Aflah, gadis yang serba ada. Rupa, harta mahupun nama...