BAB 10

4.7K 82 1
                                    

Irfad menggeliatkan badan. Segar rasanya bila selesai mandi. Sesudah subuh tadi, dia keluar merokok di anjung rumah. Banyak yang berlegar di kotak fikiran, namun dia biarkan saja. Malahan, dia berterima kasih kepada walidnya kerana mengadakan qiamullail. Dia tahu, sudah jauh dia terpesong, dia kian menongkat dosa. Irfad beralih, bergerak masuk dan terus ke dapur. Umminya sudah siap membancuh kopi, nasi goreng dan karipap. "Walid mana ,mi?"

"Biasalah, jogging."

"Aflah?"

"Ada tidur dibiliknya. Tak sampai hati ummi nak kejutkan dia. Biarlah dia masuk kerja lewat sikit hari ni ya,Ir."

Irfad mengiakan. Biarlah gadis itu lena sebentar. Nanti di IDUM, tahulah dia menyuruh Aflah membuat itu dan ini.

"Amboi tuan puteri, apasal kau lambat hari ni. Membuta sampai matahari pun malu tengok kau tau,"rungut Imah sambil mengemop lantai di hadapan kaunter resepsi itu. Jam baru pukul sebelas, tetemu pun tidak ramai, tapi saja dia mahu mengusik Aflah yang datang berlenggang.

Gadis itu tersengih macam kerang busuk. "Ala...sorilah,sayang. Makcik tak kejutkan aku tadi. Semalam ada qiamuallail. Sampai subuh aku berjaga tau."

Imah menadah tangan. "Alhamdulillah, banyak pahala kawan aku seorang ni. Baguslah, ada baiknya kau ikut sama,Af. Bersihkan hati, lapangkan jiwa. Betul tak?"

"Ha ah...Af rasa tenang, rasa bebas dari belenggu pelbagai rasa. Selama ni Af jahil,Imah. Sekurang-kurangnya sekarang Af belajar,"akuinya tanpa segan.

Imah memeluk bahu Aflah kuat-kuat. "Kau tahu Af...Allah ada perancanganNya yang tersendiri. Imah rasa Dia mahu Af mencari jalan pulang, mencari diri Af yang hilang. Wah...mendalam betul kata-kata aku tu,Af,"katanya dengan tawa.

Aflah turut sama tertawa.

"Semalam aku buat UPT."

Aflah bertepuk tangan. "Kau pregnant, kan?"

Wajah Imah sedikit muram. Dia mengusap-ngusap perutnya perlahan-lahan. "Tak, negative. Aku kecewalah,Af. Aku harap sangat aku hamil tau."

Dipeluknya Imah pula kali ini. Aflah mengusap bahu sahabatnya berkali-kali. "Jangan risaulah...Imah kan muda lagi. Try lagi. Tiap-tiap malam Imah dengan Jazli cuba...sampailah positif,"usiknya nakal.

Meletus tawa di ruang itu. Imah duduk sebentar. "Tapi Imah hairan la,Af. Kenapa makin hari, macam makin besar perut ni. Kadang-kadang ada rasa semacam je. Haid pun tak datang."

Aflah mengerutkan dahi. "Macam ni, petang esok kita off kan. Kita pergi klinik. Af bawa Imah. Kita cakap kita pergi shopping. Boleh?"

"Imah tak sedap hati la kalau nak menipu ni,Af,"katanya penuh risau.

"Jangan risau, bohong sunat tu. Habis tu, kalau Imah nak cakap dengan Jazli, Af tak halang."

Imah termenung seketika. "Kalau petang ni tak bolehkah? Aku off pukul tiga."

"Boleh, tapi lepas Asar. Nanti Af minta Ainun gantikan Af sekejap. Jadi tau,"katanya bersungguh.

Aflah membelek-belek majalah di ruang menunggu klinik itu. Nasib baik klinik swasta itu tidak ramai pesakit. Cepatlah Imah masuk ke dalam. Dia melihat jam. Sudah hampir setengah jam Imah ke dalam, Aflah kian resah.

"Af, temankan Imah kejap." Tiba-tiba saja Imah menjenguk keluar dari bilik doctor. Aflah segera bangun, menuju ke bilik itu. Dia memegang tangan Imah yang sedikit sejuk. Kenapa ni? Hatinya berkompang deras.

Doktor Saleha masih menulis sesuatu. Dia kemudiannya melihat pada sekeping gambar hitam putih. "Puan Imah, saya syak puan ada ketumbuhan yang dipanggil cyst."

Sudi Jadi Isteri Saya?Where stories live. Discover now