BAB 4

6.4K 109 7
                                    

DIA menelan liur. Aduhhh...inikah kerja yang perlu dilaluinya setiap hari. Kalau diikutkan kata hati, mahu saja dia menghempas mop ke lantai jubin. Jangankan mengelap lantai, mengemas rumah pun jarang sekali. Selama ini hanya mama yang membuat semuanya. Mama dalam leternya, tetap buat semuanya. Ada amah dipecatnya. Bimbang mahu mengurat papa. Dia ketawa sendiri. Mama, mama...lelaki sebaik papa pun dicurigai. Lainlah si hidung belang macam Eddy. Aflah memandang bilik itu. Harapannya tinggi, mahu membina istana impian. Mahu anak-anak yang comel untuk dijadikan teman dan warisan. Dia selalu berangan-angan menjadi ibu, menjadi suri kepada lelaki itu. Dia menarik nafas serasa lengan gagah Eddy yang memeluknya selama ini masih hangat dan melingkar dipinggangnya.

"Hoi! Kau nak buat kerja ke nak berangan?!"jerkah suara itu dari belakang.

Nasib baik mop ditangannya tidak terhempas jatuh. Ultraman itu lagi.

"Nak kerjalah, tak kan nak shopping kot." Gatal mulutnya menjawab soalan itu. Dia menoleh, bertentang mata dengan si ultraman serabai. Meh, aku mopkan kau dulu,getus hatinya. Dia tersenyum kecil.

"Aik...kena marah pun senyum. Gila eh?"

Bodoh punya jantan. Takkan senyum pun gila, lain kalau aku mengilai macam pontianak. Boleh dituduhnya perempuan cantik macam dia ini gila. "Senyum tu kan sedekah, Encik Irfad."

Hah, menjawab lagi. Memang kalau anak orang kaya, mulut memang tak insurans. Irfad maju ke depan, melangkah hampir ke muka Aflah yang sedikit terkejut. "Ni Cik Aflah, saya mahu awak kemaskan rumah tamu ni sampai berkilat, wangi, cemerlang, gemilang dan terbilang. Kalau saya tak puas hati, saya mahu awak jilat satu rumah tamu ni sampai bersih. Spotless.Can you understand me?"soalnya keras. Mahu diajar sedikit anak orang kaya yang baru mahu kenal dunia ini. Perempuan, bukan boleh diberi muka, kena tengking sekali sekala baru dia tahu siapa yang berkuasa.

"Yes, master. You wish is my command." Dia malas mahu bertekak, buang tenaga. Baik dia mulakan kerja. Nanti boleh dia bermanja dengan Mak Yam di dapur IDUM. Mana tahu Mak Yam masakkan bubur kacang merah macam semalam, sedap juga. Dia bergerak ke bilik air. Mahu saja dia muntah di situ. Pampers yang tidak terbungkus rapi bertaburan di lantai marmar bilik air tersebut. Tandasnya pula tidak dipam sebaik mungkin. Palitan ubat gigi bak lukisan di lantai. Aflah terkedu. Tangannya menutup mulut.

"Hmmm...kenapa tengok saja? Buatlah kerja kau." Dia tersenyum sinis. Perempuan macam ini pasti langsung tidak tahu apa-apa. Dia kenal perangai snobbish girl macam Aflah. Gadis begini hanya tahu shopping, clubbing dan relaxing. Kerja jangan harap, pakai duit mak bapak, joli tunggang langgang sampai pagi.

Aflah menggelengkan kepala. Dia tidak sanggup. Bau tengik dari pampers dan tandas itu membuat dia pening.

"Aku tak kira. Kau bersihkan sekarang atau aku kurung kau dalam ni. Kau nak ke?!"jerkah Irfad lagi. Geram dia melihat Aflah yang seakan mahu pengsan disitu. Manja sangat.

Aflah menggigit bibir. Dia perlu lakukannya. Go Aflah, you can do it!

Terbahak-bahak dia ketawa sewaktu bercerita pada Jazli. Jazli juga menyambung tawa. Kasihan dia pada gadis itu, namun umpama kata Irfad, biar tahu langit itu rendah. Selama ini, ada guests yang menginap di IDUM terdiri daripada golongan si hidung tinggi, orang kaya berada macam Aflah. Kadang-kadang dia dan yang lain ditengking sesuka hati. Jangankan mahu memberi tip, dimarah pula adalah. Silap sedikit saja, dimaki bagai peminta sedekah.

"Kau tahu Jaz, siap meleleh-leleh air mata. Agaknya aku rasa, kalau kat rumah dia...buang air pun ada yang tolong basuhkan."

Berderai lagi tawa mereka berdua.

"Amboi...kalau mengata orang sedap saja ye. Ni Encik Jazli, Villa Kuala dah siap bersih belum? Seronok berbual nampak. Encik Irfad ni tak apalah, dia kan bos. Orang kaya juga,"sindir Imah yang bercekak pinggang di belekang mereka. Geram benar dia mendengar umpatan dua si bahlul. Kalau tak kerana Jazli itu suaminya, Irfad itu bosnya...pasti dia bambu dua sitolol.

Sudi Jadi Isteri Saya?Where stories live. Discover now