AZAN Asar berkumandang kuat dari masjid. Aflah terpisat-pisat bangun dari katil. Sedap benar dia melelapkan mata. Dia pulang sebentar. Lagipun ramai yang sudah check-out. Ada kertas kerja yang dia mahu tunjukkan pada Irfad. Ketukan pada daun pintu membuat dia bingkas membukanya.
"Kamu dah solat,Af?" Hajah Wook yang siap bertelekung menjengukkan muka.
Aflah menggigit bibir. Mukanya seperti terbakar perlahan-lahan.
"Af...Af tak pandai, mak cik. Af dah tak ingat bacaan dalam solat. Dah lama Af tinggal solat,"akuinya perlahan. Ya Allah, malunya dia. Mesti Hajah Wook halau dia keluar dari rumah ini sekarang juga.
Hajah Wook perlahan duduk dibirai katil. Dia menggosok bahu Aflah perlahan-lahan. "Af, kalau kita tinggalkan solat, tiada apa yang dapat tolong kita diakhirat nanti tau. Tak apa, mak cik ajar Af. Bacaan untuk solat Af ingat tak langsungkah?"
Aflah mengangguk. Sungguh dia malu. "Ingat sikit-sikit, mak cik. Dulu masa tinggal di asrama, Af solat. Bila dah belajar di luar negara, balik ke Malaysia...Af langsung tak endah." Mungkin kerana itu Allah tidak mengendahkannya. Kerana dia sendiri yang lupa. Papa selalu menyuruhnya solat, tapi dia buat tidak tahu. Mama jarang-jarang sekali. Aflah mengeluh berat.
"Dah, jom...kita pergi wuduk. Nanti ikut mak cik solat. Lepas tu, mak cik ajarkan Af satu persatu,"pujuk Hajah Wook lembut. Tuhan sayangkan budak ni, sebab itu dihantarnya kepadaku, telah Hajah Wook sendiri. Dia mengusap rambut Aflah.
Irfad mencium Sanggam yang sedang enak tidur. Kucing itu menggeliat sebentar. "Kau ni, tidur aje pandai, cubalah tangkap tikus ke, burung ke, biawak ke...ada la juga faedahnya,"bebelnya. Dia melihat rumahnya yang sedikit sunyi. Cuma sayup-sayup bunyi suara mengaji Al-Quran dari tingkat atas. Irfad perlahan meniti tangga. Suara itu semakin kuat. Dari bilik yang dihuni Aflah, kelihatan umminya sedang memperbetulkan bacaan gadis itu. Irfad mahu pecah tawa, namun dia menahan. Huh! Merangkak-rangkak bacaan gadis itu. Itu baru muqaddam, kalah dengan budak kecil. Dia cepat-cepat beredar ke bilik. Lebih baik dia mandi, bersihkan diri. Nanti dia mahu berjumpa dengan Imran, sepupunya di tempat biasa.
"Irfad, kamu ke tu?"soal umminya tiba-tiba. Irfad menepuk dahi. Umminya ada cctv kah? Rasanya dia sehabis perlahan mendaki tangga.
"Bukan, ini posmen hantar surat."
Bunyi Hajah Wook mendengus nafas membuat Irfad tergelak sendiri. Sedarinya, umminya sudah tercatuk di muka pintu.
"Main-main, ummi ketuk dengan rehal ni baru kamu tahu."
Irfad tersengih-sengih. "Buat apa,mi. Anak murid baru ke tu?"soalnya sambil memuncungkan mulut ke arah Aflah yang sedang melipat telengkung.
"Saja ummi betulkan bacaan Af. Kamu tu, dah lama tak pergi masjid. Pergilah...azan sesekali di sana."
"Isshh ummi ni, masjid tu kan dah ada bilalnya, buat apa saya nak rampas kerja dia,"gurau Irfad. Kelat saja wajah ummi.
"Menjawab selalu. Pergi mandi...nanti pergi rumah mak tuk. Tuk aki suruh kamu ambil durian."
Irfad tersenyum. Sah, mesti ada pulut durian. Puhhh...dia kena beritahu Imran ni.
Hajah Wook menuang kopi panas. Tinggal dia dan Aflah saja. Haji Muzir dan Irfad sudah ke Kuala Telemong, ke rumah mertuanya.
Aflah sudah siap memakai kebaya, seragam kerja IDUM.
"Eh, Af nak pergi kerja lagi kah? Dah petang ni, duduklah kat rumah. Lagipun minggu ni hanya dua chalet saja yang ada tetamu. Biarlah yang lain tengok-tengokkan."
"Tak baiklah mak cik. Rina tak ada petang ni, dia cuti dua hari. Af nak tolong Imah jaga kaunter depan,"balasnya dengan senyuman.
Hajah Wook tersenyum. Mekar hatinya mendengar jawapan itu. Budak ni budak baik, Cuma hilang pegangan seketika. "Kalau ya pun, marilah minum petang dengan mak cik. Kesian mak cik sorang-sorang ni Af."
YOU ARE READING
Sudi Jadi Isteri Saya?
RomanceKata Irfad, dia sudah buang perasaan cinta (wekkk..menyebutnya langsung buat dia benci) jauh-jauh. Perempuan semuanya dusta! Dia pernah agungkan cinta. Dulu. Sekarang ini, maaf, boleh blah! Aflah, gadis yang serba ada. Rupa, harta mahupun nama...