BAB 15

4.9K 97 15
                                    

DIA tersenyum lebar sewaktu teksi itu memulakan perjalanan. Sewaktu di lapangan terbang tadi, mahu saja dia mendail nombor Aisha, mahu meminta menjemput dia di sini, namun dia mahu bersendirian sebentar. Azan asar sudah lama berkemundang, mungkin ada baiknya dia merehatkan diri. Laut yang membiru membuat dia rasa tenang. Aflah menanggalkan kaca mata hitamnya. "Pakcik, boleh hantarkan saya ke pantai Teluk Ketapang tak?"

"Boleh. Anak nak ke mana, ke gerai ikan celap tepung kat situ ke?"soal pemandu teksi itu mesra. Matanya tak lepas memandang lampu trafik yang masih merah.

"Boleh juga. Pakcik makanlah sekali, saya belanja."

Pemandu teksi itu ketawa. "Terima kasih, tapi pakcik terpaksa tolak. Pakcik puasa hari ni. Anak makanlah dulu, pakcik tunggu.

Aflah menggigit bibir. "Macam nilah, pakcik terus hantar saya ke Inap Desa Ulik Mayang. Kesian pakcik, tak kan nak tengok saja kan,"tuturnya sambil memakai kembali kacamata hitamnya.

"Betul ni? Anak makanlah, jangan risaukan pakcik,"pujuk lelaki tua itu lagi.

Aflah tersenyum. "Jangan risau pakcik, saya bukannya lapar sangat...nanti saya makan kat rumah saja."

Teksi itu meluncur laju.

Nadya tersenyum manis. Dia gembira melihat Irfad yang rancak meratah ikan pari celup tepung bersama dengan sotong. Sudah lama mereka tidak makan di sini bersama. Mujur pelawaannya hari ini tidak ditolak Irfad. Mulanya dia keberatan mahu berjumpa, namun dia menguatkan hati. Rindunya pada lelaki itu tidak dapat ditahan-tahan. Cukuplah sekadar menatap wajah, dia sudah bahagia. Dia mahu memadamkan wajah Uzair dari pandangan. Dia mahu bebas dari segala rasa kelamnya. Dia mahukan Irfad kembali memayungi kasihnya.

"Kenapa tak makan, banyak lagi tu?"

Nadya tergelak kecil. Dia menyedut air kelapa muda itu, sejuk dan menyegarkan. "Nad suka tengok Ir makan, macam dah seminggu tak makan gayanya."

Irfad tersengih. Dia menjilat jari. Dia sedikit terkejut apabila Nadya menghubunginya selepas zuhur tadi. Mulanya dia yang mahu mencari Nadya di pejabat, namun gadis itu lebih pantas darinya. "Sedap, dah lama tak makan kat sini. Kalau makan pun, makan yang Mak Yam buat, lagi sedap.'

"Ir...kalau kita jumpa lagi selepas ini, bolehkah?"tanyanya dengan suara kecil.

Suapan Irfad terhenti. "Tak ada orang marahkah?"soalnya kembali. Macam mana dengan Uzair, benarkah sudah berpisah, soal hati Irfad lagi.

"Nad tak ada hal. Ir tu,"balasnya pula.

"Kenapa dengan Ir?"

"Siapa nama that girl yang Ir bawa malam tu, Aslah,Aflah?"

Hati Irfad terhenti seketika. Wajah Aflah tersenyum dan menangis mengisi ruang mata. "Aflah. Dia sekadar rakan, rakan sekerja. Why?" Ringkas sahaja jawapannya. Dia malas untuk mengulas panjang.

Mata bening Nadya melirik tajam. Benarkah sekadar rakan? "Dia tinggal kat mana, orang mana?" Dia langsung tidak tahu menahu tentang Aflah. Malam itu, hatinya gelisah apabila mendapat tahu Irfad membawa teman. Bukan sebarang teman, teman yang jelita. Dari mulut Shafiq, itu teman baru Irfad selepasnya.

"Orang Malaysialah, tak kan orang bunian kot." Irfad menyedut air. Lega tekaknya dibasahi air kepala muda. Dia memandang Nadya yang kian kelat. Cemburukah gadis ini? Kalau benar cemburu, patutkah dia merasa teruja?

Gadis itu melarikan pandangan. Shawl polka dot warna putih dan merah itu bergerak sedikit ditiup bayu dari pantai. "Dia sesiapakah di hati Ir?"

"Kalau ya, kenapa?"soal Irfad kembali. Hatinya serasa berbunga. Kau cemburukah Nadya? Masih ada sayangmu pada aku?

Sudi Jadi Isteri Saya?Where stories live. Discover now