BAB 7

5.8K 109 2
                                    

IMAH terbatuk-batuk kecil. Nasib baik kuih koci itu tidak tersekat dikerongkongnya. Aflah menepuk-nepuk belakang Imah cepat-cepat.

"Mana kau tahu nama tu? Huiiiihh...jangan kau sebut depan bos,Af. Gunung berapi meletup la jawabnya!" Imah mencapai gelas yang berisi air limau nipis sejuk.

Nadya.

Aflah bertanyakan tentang Nadya. Bertahun nama itu tidak disebut dihadapan Irfad. Jangankan sebut, mengejakan atau menulis nama itu pun mereka tidak berani. Hari ini, tiba-tiba saja Aflah menyebutnya. Nasiblah Irfad tiada dipejabatnya, kalau tidak...entah apa kan jadi.

Aflah mengerutkan kening. Sampai begitu sekali hebatnya perempuan yang bernama Nadya ini. Dia merenung langit yang cerah. Merasa angin bertiup di pipi. Mop yang dipegangnya dipeluk kemas.

"Hoi puteri, berangan pula dia..."

Aflah terkejut, dia menongkat dagu pada hujung batang mop itu. "Siapa dia,Imah?"

Imah menarik nafas, memandang kiri dan kanan. "Okay. Aku cakap sikit saja. Lepas ni, dah. No way aku nak ceritakan apa-apa pasal Miss N tu, faham?"

Aflah mengerutkan dahi.

"Kau faham ke tidak?" Imah menunding jari telunjuknya ke bahu Aflah.

"Iya, faham cik puan."

Imah mengangkat tangan, gayanya seperti mahu bertai-chi. "Miss N tu bekas kekasih bos."

Aflah menadah telinga. Menunggu kata-kata seterusnya.

Imah melepaskan nafas. Dia kembali mengelap lantai di lounge itu. Dia menyanyi-nyanyi kecil.

"Imah!"

Imah mengangkat muka. "Apa?"

"Itu saja ke?"

Imah kembali mengelap lantai. "Yalah."

Aflah menepuk dahi. Dia mahu ketawa. "Imah..."

"Apa lagi?"

"Sambungan cerita tadi lah, apa laginya."

Imah bercekak pinggang. "No way, no say. Aku lebih rela diam daripada kena buang kerja. Hisssshhhh...minta jauh. Dah, nak tahu...kau tanya bos sendiri, habis cerita."

Aflah mengeluh, kecewa berbuku di hati. Tanya Irfad. Ha, eloklah tu. Tanya Irfad macam serah diri pada harimau luka. Nantilah, mungkin boleh tanya Aisha.

Hujan.

Tadi langit cerah, tiba-tiba saja hujan. Irfad mengeluh. Nasib baik dia sempat sampai dirumah, kalau tidak pasti tersekat dengan lalulintas sewaktu hujan begini. Dia memeluk tubuh, tempias mula terlempar ke muka. Irfad berlari masuk. Sanggam yang meliuk lentuk membuka mulut di hadapan gerbang pintu.

"Cuba kau tutup mulut tu,Sam. Dah la kucing, tak hensem pula tu."

Kucing itu tidak mengerti. Sanggam menggesel badan pada betis Irfad. Kucing itu mengiau kuat.

"Mak aih...macam kucing miang aje. Kau gatal nak kahwin eh?" Irfad menggosok bawah tengkuk Sanggam, terbaring kucing itu. Seronok dibelai.

"Cuba kamu carikan pasangan untuk si Sanggam tu, kesian walid tengok dia."

Irfad mengangkat muka. Walidnya muncul dari ruang dapur yang bersebelahan dengan ruang tamu yang luas itu. Ditangannya ada kitab lama milik tuk aki.

"Aik, dia nak kahwin, dia cari sendiri la,walid. Tu ha...bersepah kucing betina kat IDUM. Si Sanggam ni yang memilih." Irfad menarik ekor kucing itu kuat-kuat. Kucing itu buat bodoh.

Sudi Jadi Isteri Saya?Where stories live. Discover now