BAB 8

5.3K 111 8
                                    

SUDAH beberapa hari sang matahari dan bulan bersilih ganti. Baru saja dia mahu merehatkan otak, panggilan tadi buat dia mengeluh panjang. Aduh...perlukah dia menurut. Malasnya mahu melayan permintaan yang bukan-bukan.

Hajah Wook mengecilkan mata. Irfad dilihatnya menggaru-garu kepala. "Apa kena dengan kamu? Siapa yang telefon tadi?"tanyanya bertubi-tubi.

"Sha."

Dia meletakkan kitab ke meja. "Apa kena adik kamu? Jarang dia telefon pagi-pagi begini."

"Bukan apa pun,mi. Hal kecil aje,"balasnya malas. Aduh, perlukah dia turut serta. "Kek yang Aflah bawa balik tu ada lagi,mi?"

"Ada kalau walid kamu tak habiskan. Sedap sungguh, tak puas ummi makan. Kalau diikutkan hati, nak saja ummi habiskan. Berapa umur Aflah sekarang?"

Irfad bangun, menuju ke dapur. "Nanti Ir check nombor IC dia."

Hajah Wook tersenyum simpul. "Amboi, takkan sampai kena check IC, takkan kamu tak tahu?"

Kek yang masih berbaki dua hirisan itu disuapnya ke mulut. Irfad mengunyahnya lambat-lambat. "Tak kuasa Ir nak ambil tahu,mi."

"Eh, adik kamu nak apa tadi?"

Irfad mengeluh berat. "Dia nak buat surprise picnic untuk Af. Dia nak ajak kita pergi Sekayu pagi esok."

"Ha...bolehlah tu. Ummi masakkan nasi dan lauk pauk. Kamu budak-budak yang pergi aje. Tak kuasa ummi nak mendaki batu kat situ."

Jarinya dijilat satu persatu. "Kalau tak buat tak bolehkah? Anak sendiri pun tak layan macam tu,"tukas Irfad.

Umminya memulas telinga kuat-kuat. "Ha...macam mana nak sambut hari lahir anak sendiri. Ummi ni masak sedap-sedap...dia alih-alih pergi dinner dengan siapa entah. Macam tu nak suruh ummi raikan, baik tak payah,"rajuk umminya lagi.

Irfad menepuk dahi. Dia sendiri kadang-kadang lupa bila hari lahirnya. Namun yang dia ingat, tahun ini dia meraikannya dengan Bibiana, gadis manis dari negeri selatan yang bekerja di syarikat telekomunikasi di sini. Malam itu bukan setakat kek, dapat pula hadiah istimewa. Dia tersenyum sendiri. "Ala...jangan macam tu,mi. Tahun depan kita buat ya,"pujuknya lembut.

Hajah Wook memasamkan muka. "Dah, tahun depan ummi nak cucu. Tak mahu ummi mati dulu sebelum tengok cucu. Kamu dengan Aisha sama saja,"bebelnya lagi.

Adoiii...bab cucu pulak. Irfad mengangkat punggung.

"Nak ke mana tu?"

"Masuk ofislah,sana best,sedap...ada aircond. Sini panas..."katanya sambil cepat-cepat melangkah.

Hajah Wook menyandar pada sofa. Agaknya sampai matilah dia tak bercucu kalau macam ini rupanya. "Hai Sanggam, kamulah yang kahwin. Bawa balik anak kamu ke sini. Cucu kucing pun jadilah,"tuturnya putus harapan.

Kucing itu mengiau panjang, seakan mengiakan.

Bulat mata Aflah mendengarnya. "Habis, kau dah test belum?"

Imah menepuk-nepuk dagu. Dia membetulkan tudung yang sedikit kelepet dihujungnya. "Nak test macam mana?"

Aflah menepuk dahi. "Susah apanya, beli pregnant test kit la minah oiii...kita pergi farmasi. Tak pun pergi klinik swasta,"cadangnya galak. Kalau benarlah seperti yang dijangka, Imah dan Jazli bakal menimang cahayamata pertama.

"Yang kau lebih-lebih ni apasal?"tanya Imah hairan.

"Kalau kau dapat anak, kira macam anak saudara Af lah. Af kan tak ada adik-beradik, kaulah kakak Af sekarang, tempat aku menumpang kasih,"balasnya sayu.

Sudi Jadi Isteri Saya?Where stories live. Discover now