BAB 14

4.9K 97 7
                                    

"Af nak cuti,boleh?"

Aisha yang sedang memandu memalingkan muka.

"Kenapa? Nak ke mana?"soalnya serius. Singgah menghantar Imran, mereka meneruskan perjalanan.

"Af ingat nak balik KL kejap. Lama tak jumpa mama dan papa. Boleh hantar Af ke airport tak?"

Aisha ketawa dalam hati. Pagi tadi tanya cakap dah okay, tak ada apa-apa. Ini lain benar jadinya, siap nak balik KL lagi.

"Sha, boleh tak?"tanya Aflah gusar. Dia tidak mahu mengadap muka Irfad. Hatinya masih sakit.

"Tak boleh. Kalau nak cuti minta dengan abang Ir,"tegas Aisha. Matanya tak lepas memandang ke depan. Mahu diusiknya gadis yang pagi tadi riang benar. Okay konon, sekarang macam nak melalak.

Aflah memggigit bibir. "Sha..."

"Yelah,yelah. Habis tu nak pergi airport dah ada tiket ke?"

"Dah, Af online semalam." Dia tersipu-sipu. Jeans Levis Slight Curve dan blouse oren samar MNG dibetulkannya.

"Oooo..ingatkan jiwang karat dengan iPhone semalam. Cepat sungguh Af buat kerja ya. Flight pukul berapa?"

"Tiga empat puluh lima nanti."

Aisha memandang jam pada dashboard kereta. Baru nak masuk Zuhur,awal lagi. "Balik rumah dululah,"pintanya pada Aflah.

Aflah memberi senyuman. Kepala digeleng perlahan. "Tak nak lah. Ala...jangan risau, Af okay. Af cuti dua hari kot. Tolong cakap dengan Ir ya."

"Habis tu, baju pakai?"

"La...Af nak balik rumah, dah berlambak baju pakai kat sana. Kalau Af ambik semua baju Af kat rumah mak cik, sah-sah Af tak balik Terengganu dah,"ugutnya sambil ketawa. Kalaulah aku mampu, aku tak akan kembali,bisik hatinya sendiri.

"Af janji balik ke Terengganu tau."

Aflah tergelak, dia memegang tangan Aisha kuat-kuat. "Ya, Af balik." Kalaulah aku punya kekuatan, aku kembali.

Hampir lima belas minit, kereta itu meluncur ke Lapangan Terbang Sultan Mahmud. Aflah membetulkan lipstick, rambutnya diikat kemas. "Sampaikan salam pada ummi dan walid Sha ya. Cakap maaf sebab balik tergesa-gesa." Dia mencium pipi Aisha.

"Orang lain?"

Aflah tergelak. "Yelah, sampaikan salam Af pada semua kat IDUM tau,"sambungya lagi.

Aisha mempamer gigi. Kau tak nak sebut nama abang aku ya, marah benar.

"Af..."

"Ya."

"Jangan lupa datang balik tau," Aisha mengingatkan lagi.

Aflah mengenyit mata. "Ya, Af janji."

"See you on Tuesday."

Gadis itu tertawa. "Pandai-pandai aje Sha ni, tengoklah, maybe Tuesday, maybe Wednesday. Tengoklah dulu. Terima kasih,Sha."

Aisha melambaikan tangan. No, thanks to you. Kau yang banyak menceriakan hidup abang aku, cuma dia saja yang tolol.

Irfad mundar-mandir di halaman rumah. Kereta Aisha yang mulai masuk ke perkarangan banglo itu makin membuat dia gementar.

"Irfad, boleh tak kamu duduk. Apa kena dengan kamu ni, nak kena langgar dengan adik kamu ke?"soal Hajah Wook sedikit hairan. Dari tadi macam kucing hilang anak, monyet hilang pisang. Lepas duduk, bangun. Lepas bangun, jalan sana sini. Naik pening dia melihat. Sudahlah pagi tadi balik seorang diri, bila ditanya mana Aflah, katanya balik dengan Aisha.

Sudi Jadi Isteri Saya?Where stories live. Discover now