Part 1

305 15 0
                                    

Malam kian larut. Siti masih lagi berjaga di atas katil. Rasa mengantuk sudah lama muncul tapi mata langsung tak mahu pejam. Rasa seram sejuk mula menyerang. Bulu romanya tegak berdiri. Siti pejam mata. Dia tahu kalau rasa itu muncul pasti ada makhluk yang mendekatinya. Tiba-tiba dia rasa lengan bajunya di tarik. Siti buka mata.

"Tolong cari kepala saya..." makhluk tanpa kepala berbaring di sebelahnya. Suara makluk itu bergema di fikirannya. Siti terkejut. Dia lupa mahkluk tu tak boleh bercakap sebab tak ada kepala.

"Besok aku cari... aku dah mengantuk nak tidur." Siti tarik selimut.

"Tolonglah kak..." makhluk itu tarik selimut Siti. Siti cuba untuk tak marah. Lebih menyeramkan kalau makhluk tu yang marah.

"Akak penatlah... besok boleh tak." Siti cuba berdiplomasi. Nak tolak dia susah. Kalau di tolong dia pun akan susah. Besok dia ada interview.

"Tapi kak..."

"Oleh kerana kau tak ada mata nak tengok dan tak ada mulut nak cakap. Kau masuk je dalam mimpi akak. tunjuk kat mana tempat terakhir kau nampak kepala kau sendiri. Besok akak tolong cari..."

SITI DAN POLIS COMELWhere stories live. Discover now