Part 10

225 11 0
                                    

Jam sudah pukul sembilan malam. Masa kerja Siti sudah habis. Dia gembira kerana melalui satu minggu yang indah tanpa hantu-hantu mengganggunya. Cuma ada Alan yang rajin mengusik dia. Kesian Alan entah di mana mayat dia sampai setahun masih lagi terperangkap di sini.

"Oh Mummy... Ya Allah. Innalillahiwainnahilairajiun." Siti menutup mulutnya yang terbuka luas. Dia berdiri tegak di hadapan kedai kek. Siti tak mampu meneruskan langkahnya.

"Kakak... kesian makcik ni. Kakak tolonglah dia." Alan menangis. Siti turut berasa belas. Melihat lembaga yang berdiri di hadapnnya naluri kemanusiannya terusik.

"Macam mana kita nak tolong. Akak tak tau macam mana nak tolong dia." Siti bersuara lemah. Inilah saat yang paling dia tak suka. Tak berdaya nak menolong orang-orang yang memerlukannya. Siti mula hendak menangis.

"Abang inspektor comel kan ada. Dia belum balik lagi. Alan panggil dia datang sini." Alan segera berlari menuju ke balai polis tanpa sempat Siti menahan. Kalau Inspektor comel tu termasuk campur haru jadinya nanti.

Di balai polis Inspektor Aizat sedang sibuk meneliti fail kes. Tiba-tiba dia terasa tengkuknya sejuk yang teramat sangat. Inspektor Aizat menggosok batang tengkuknya tapi rasa sejuk tak mau hilang. Dia segera teringatkan sesuatu.

"Alan jangan kacau abang buat kerja. Abang sibuk ni..." Aizat bersuara. Kenapa pulak adik angkat Siti ni mengusik dia. Rasa sejuk menjalar lagi. Kali ini di tangannya pula.

"Alan!" Inspektor Aizat sudah hilang sabar. Dia harus mencari Siti untuk memberi amaran. Adik angkat Siti sudah melampau. Inspektor Aizat bergegas keluar dari balai untuk mencari Siti.

Inspektor Aizat terlihat Siti berdiri tegak menghadap jalan. Tapi Siti kelihatan sangat sedih. Inspektor Aizat hairan melihat Siti. Selama dia kenal gadis misteri ni tak pernah pulak dia lihat Siti bersedih. Inspektor Aizat mendekati Siti.

"Siti Haida."

Siti berpaling.

"Awak ada pancing tak?"

SITI DAN POLIS COMELWhere stories live. Discover now