Part 5

205 9 0
                                    

"Siti Haida... rasanya dalam minggu ni dah kali ke tiga kita jumpa. Setiap kali kita jumpa mesti sebab mayat."

Siti tak jadi buat muka takut. Sudahnya dia buat muka selamba je. Semasa mula-mula kereta peronda polis sampai dia buat-buat nangis dan ketakutan. Depan Inspektor comel ala-ala Soong Joong Ki ni dia tak boleh berlakon.

"Sekurang-kurangnya saya dah senangkan kerja pihak polis," jawab Siti. Enggan bersoal jawab lebih lanjut dia berkira-kira hendak cabut.

"Siti kalau nak reka cerita pun biar yang logik sikit. Awak cakap awak kejar anjing yang bawak lari selipar awak tapi saya tengok awak pakai kasut. Macam mana tu?"

Siti pandang kakinya. Aisehmen... salah reka cerita pulak. Dia pandang pulak inspektor comel depannya. Nak tak nak terpaksalah dia buat-buat tersipu-sipu malu.

"Gediknya akak... taulah polis tu hensem. Nak mengoratlah tu." Sempat pulak hantu seksi tadi mengusik Siti. Siti tepuk dahi. Dia terlupa ada satu hantu lagi yang perlu di tolong.

"Dah mati tu buat cara dah mati. Jangan masuk campur urusan manusia. Nasib baiklah akak ni perempuan. Tak berkenan betul tengok kau boleng macam ni."

Siti kelihatan seperti bercakap seorang diri. Inspektor Aizat yang sedang mencatat sesuatu hanya memerhatikan Siti. Siti nampak seperti gadis biasa tapi keberanian Siti buat dia kagum. Kalau orang lain nampak kepala manusia mungkin sudah berkali-kali pengsan.

"Borak dengan siapa?" Inspektor Aizat duduk di sebelah Siti. Siti bergerak sedikit. Dia lebih rela rapat dengan hantu dari duduk dekat-dekat dengan manusia. Duduk dekat dengan manusia boleh menimbulkan fitnah. Apa lagi dengan lelaki hensem seperti Inspektor comel ni.

"Tak ada apa-apa. Cuma borak-borak dengan mangsa terbaru Perogol Budak Sekolah tu. Ni tengah fikir nak reka cerita apa bila jumpa mayat tu. Kalau silap reka cerita nanti saya pulak kena tahan polis."

"Owh..." Inspektor Aizat kerut dahi. Siti memang seorang perempuan yang menarik.

SITI DAN POLIS COMELWhere stories live. Discover now