"Kita nak pancing apa ni Siti. Awak paksa saya pinjam pancing kemudian paksa saya ikut awak. Awak tau tak saya tengah kerja." Inspektor Aizat turut dari skuter. Siti senyap saja sejak tadi. Segala pertanyaan tak berjawab.
Inspektor Aizat terpaksa meminjam pancing dari kawannya di rumah sewa setelah di desak Siti. Bila di tanya Siti tak mau menjawab tapi sibuk nak guna pancing.
"Awak ikut ajelah. Jom..." Siti mencari-cari sesuatu di tebing tasik Titiwangsa. Inspektor Aizat mengikut sahaja ke mana langkah Siti. Pasti ada sesuatu yang tak dapat Siti jelaskan. begitulah tekaan Inspektor Aizat.
"Dah jumpa dah... awak buat-buat memancing," ujar Siti. Bagaikan lembu di cucuk hidung Inspektor Aizat mengikut arahan Siti. Sementara Siti merapati tebing dan mengambil sebuah beg yang terletak di dalam air. Siti menarik beg berwarna coklat ke atas.
"Apa tu Siti?" tanya Inspektor Aizat. Kalau Siti menemui sesuatu pasti bukan benda yang dia suka. Siti biasanya dia kaitkan dengan mayat.
"Kamu buat apa tu!" seorang pengawal menjerit ke arah mereka. Inspektor Aizat menarik pancingnya. Siti buat muka selamba duduk membuka beg yang ditariknya tadi.
"Siti awak saja kenakan saya ke?" Inspektor Aizat kecut perut kena tempik macam tu. Selama ni dia je yang bertempik kepada penjenayah.
"Saya jumpa beg ni encik. Cuba encik tengok..." Siti membuka zip beg tersebut. Sengaja dia biarkan beg tidak di buka. Dia menunggu pengawal tadi datang mendekat.
"Beg apa?" tanya pengawal tadi sambil mendekati Siti. Beg di buka perlahan-lahan. Inspektor Aizat mencuri pandang isi dalam beg sambil dia mengemaskan pancingnya.
"Ma...ma...mayat!" pengawal itu menjerit. Inspektor Aizat terkejut melihat isi kandungan beg itu.
"Sekarang masanya kita lari dari sini." Siti menarik tangan Inspektor Aizat yang masih lagi terpinga-pinga. Siti faham kalau Inspektor Aizat terkejut. Mereka berdua segera meninggalkan tempat itu. membiarkan pengawal itu terjerit-jerit seorang diri. Siti harap pengawal itu tak trauma.

YOU ARE READING
SITI DAN POLIS COMEL
Randompercubaan tulis kisah seram bertukar jadi kelakar pulak. cerita siti dan hantu-hantunya. Polis comel ni menyelit je sebagai hero. Teaser sahaja dulu. kalau ada rezeki insya Allah akan buat full. Kisah seram+humor+thriller....