"Oh Mummy..."
Siti terperanjat dan hilang keseimbangan. Akibatnya langkah jadi sumbang dan dia jatuh bergolek di siarkaki. Siti duduk bersila di tepi skuternya sambil urut dada. Siti susun nafasnya yang turun naik akibat terperanjat.
"Kakak okey ke?" hantu di hadapannya pandai pulak bertanya.
"Alan...sejak bila akak boleh nampak makhluk halus?" Siti bertanya kepada Alan yang mencangkung di sebelahnya.
"Dia bukan makhluk halus kak." jawab Alan.
"Habis tu apa makhluk kasar." Siti menilik hantu yang berdiri di depannya. Mati-mati dia ingat dia boleh nampak puntianak. Rambut panjang sampai pinggang. Muka putih melepak. Mulut merah macam baru lepas telan darah. Seramnya.
"Nasib baik dah habis kerja." Siti tengok jam sudah pukul enam petang. Hari ni dia kerja shift pagi jadi boleh balik awal. Baru sahaja dia nak masukkan kunci pada skuter boleh pulak Cik Punti ni muncul depan dia.
"Cer Cite apa masalah kamu ni. Outfit macam Cik Pun tapi akak yakin kamu bukan Cik Pun sebab akak tak boleh nampak makhluk halus. Akak boleh nampak roh yang mayatnya orang takkan jumpa je." Siti sudah mampu bertenang. Dia cuba slowtalk dengan Cik Punti di depannya.
"Betul cakap akak... memang orang takkan jumpa mayat saya. Saya tiba-tiba kena heart attack kak masa saya nak pergi audition watak puntianak. Mayat saya ada kat tangga kecemasan kat bangunan sana. Tangga tu orang jarang pakai memang takkan jumpa mayat saya."
"Owh... " Siti faham sekarang kenapa dia boleh nampak puntianak. Alan geleng kepala. Kesian dengan nasib hantu tu.
"Kenapa kamu pergi tangga tu... apa sebabnya kamu lepak tempat tak ada orang lalu."
"Saya nerves kak... tapi nerves saya jadi heart attack pulak."
Siti mengusap dagunya sambil berfikir. macam mana pulak nak tolong hantu ni. Takkan nak buat prank pulak. Sape pulak yang bakal dia jadikan mangsa.
"Siti!"
"Inspektor Aizat yang comel macam Jongki." Siti melatah. Inspektor Aizat ketawa. Siti tarik muka masam. Kenapalah dia mesti kenal polis yang sangat menyibuk dalam hidup dia. Kan dah terlepas puji-pujian buat inspektor comel ni.
"Ada apa ni. Bila saya tengok awak cakap sorang-sorang mesti ada hantu mintak tolong."
Siti sengetkan kepala. Hamboi sudah hilang takut ka... Ini macam boleh jadi partner in crime.
YOU ARE READING
SITI DAN POLIS COMEL
Randompercubaan tulis kisah seram bertukar jadi kelakar pulak. cerita siti dan hantu-hantunya. Polis comel ni menyelit je sebagai hero. Teaser sahaja dulu. kalau ada rezeki insya Allah akan buat full. Kisah seram+humor+thriller....