"Harap badan sado muka comel tapi hati kecik... jangan risaulah Alan tak akan kacau lagi." Siti tersengih melihat muka pucat inspektor comel. Kulit putih ditambah dengan muka pucat dah sama spesis macam vampire. Bibir merah delima macam pompuan memang nampak macam penghisap darah paling hensem di dunia.
"Kita bukan cakap pasal penjenayah yang boleh saya tembak. Kita ni bercakap pasal makhluk alam lain yang awak seorang je nampak Siti Haida. Saya tak tau macam mana rupa atau keadaan makhluk tu. Jadi wajarlah kalau saya takut." Inspektor Aizat membela diri. Kalau penjenayah atau penjahat dia tak takut. Sebab memang kerja dia untuk menghapuskan anasir-anasir jahat dari muka bumi ini.
"Punyalah panjang lebar terang kat kita... cakap ajelah awak takut inspektor comel." Siti tak dapat nak tahan gelak sebenarnya. Muka Insektor comel dah macam apa tah bila tengok dia tarik tangan Alan tadi. Nampak saja berani tadi masa tanya dia nampak hantu atau tak.
"Okey saya mengaku... benda halus ni bukan bidang kuasa saya... eh kenapa leher saya sejuk sangat ni." Inspektor Aizat terasa lehernya sejuk semacam. Dia meraba-raba lehernya. Rasa sejuk itu tak nak hilang. Takkanlah ada mahkluk lain bergayut dekat leher dia.
"Alan mintak gendong. Dia tengah panjat badan awak Inspektor Comel." bisik Siti di telinga Inspektor Aizat. Alan sedang elok di belakang badan Inspektor Aizat.
"Siti... tolong suruh kawan awak ni jauhkan diri dari saya." Inpektor Aizat sudah separuh menggigil. Tapi dia sembunyikan sebaik mungkin sebab dia dalam uniform polis. Takkan polis berkaliber macam dia nak jerit takut sebab hantu. Jatuh saham nanti.
"Okey... Alan turun. Jangan kacau abang ni." Siti memberi arahan sambil bercekak pinggang. Alan tanpa banyak bunyi terus turun. Inspektor Aizat lega kerana rasa sejuk itu hilang.
"Eh ada kerja kosong kat kedai kek tu. Saya nak pergi sana sekejap. Inspektor comel tolong jaga Alan tau. Jangan biar dia merayap pergi mana-mana."
Inspektor Aizat pandang kiri kanan. Macam mana dia nak jaga budak kecik yang dia tak nampak. Inspektor Aizat rasa sejuk di tangan kirinya. Itu pasti Alan. Apa nak buat. Pasrah ajelah.
YOU ARE READING
SITI DAN POLIS COMEL
Randompercubaan tulis kisah seram bertukar jadi kelakar pulak. cerita siti dan hantu-hantunya. Polis comel ni menyelit je sebagai hero. Teaser sahaja dulu. kalau ada rezeki insya Allah akan buat full. Kisah seram+humor+thriller....