Siti melangkah dengan hati yang girang. Akhirnya selepas lebih setahun tanam jagung di rumah dia dapat kerja. Tak perlulah dia bergantung hidup pada makhluk-makhluk yang datang bertandang mengganggu hidupnya. Ada di kalangan makhluk yang dia bantu berstatus jutewan jadi dapatlah dia habuan sikit. Dah mati tak guna sorok harta kan. Baik bagi orang yang memerlukan. Siti sengih sorang-sorang.
"Siti Haida."
Siti berpaling. Tak ada orang lain ke yang patut muncul di hari bahgia ni. Kenapa muka inspektor comel ni sentiasa sahaja muncul depan dia. Dah terkena sumpahan ke apa. Atau ada magnet yang menarik Inspektor comel tu kacau dia.
"Tak ada kerja ke tunggu orang kat sini pagi-pagi buta ni?" tanya Siti. Mana pulak Alan ni. Saat dia memerlukan tak ada pulak setan kenit ni.
"Siapa kata saya tunggu awak. Saya tengah kerja ni. Tak nampak tu balai polis tempat saya bertugas." Inspektor comel menunjukkan balai polis yang berhadapan dengan kedai kek tempat dia bakal bekerja. Siti tunduk malu. Alamak perasannya dia. Siti lajukan langkah menuju kedai kek.
"Malu ke... merahnya muka tu." Inspektor Aizat galak mengusik. Kakinya turut melangkah mengikut rentak langkah Siti. Seronok pulak mengusik gadis kecil molek ni.
"Janganlah ikut-ikut orang. Kang saya panggil Alan baru tau." ugut Siti. Malunya dia pada Inspektor comel tu. Kalaulah dia boleh kecikkan badan. Dia nak menyorok dalam tong surat berwarna merah yang ada di depan kedai ni.
"Kalau Alan ada dah lama tengkuk saya rasa sejuk. Kan... kan.. kan" Inspektor Aizat angkat kening berkali-kali sambil tersengih. Siti muncungkan bibir. Tak habis-habis nak usik.
"Saya nak masuk kerja ni. Jangan kacau saya..."
"Kita jumpa lepas awak habis kerja nanti. Ada banyak perkara yang saya nak tanya."
Siti jeling Inspektor comel. Jangan harap dia nak jumpa lepas kerja nanti. Balik nanti dia lebih rela lalu jalan belakang dan lari sekuat-kuat hatinya. Tak nak jumpa inspektor comel ni lagi.

ANDA SEDANG MEMBACA
SITI DAN POLIS COMEL
Acakpercubaan tulis kisah seram bertukar jadi kelakar pulak. cerita siti dan hantu-hantunya. Polis comel ni menyelit je sebagai hero. Teaser sahaja dulu. kalau ada rezeki insya Allah akan buat full. Kisah seram+humor+thriller....