"Siti dah malam ni besok ajelah kita datang.Hantu tu tak boleh tunggu besok ke?" Inspektor Aizat ragu-ragu. Dia pun tak pasti kenapa dia boleh setuju untuk tolong Siti. Sudahnya dia membonceng Siti menuju destinasi yang dia tak tahu. Skuter di letakkan agak jauh dari bangunan.
"Inspektor comel tak baik tau lengah-lengahkan perkara ni. Kesian hantu tu. Lagipun kita kena kesian keluarga hantu tu risau. Inspektor comel takut eh." Siti sengih. Inspektor Aizat tarik muka. Siti dah beritahu awal-awal jadi dia dah buang rasa takut. Lagipun dia seorang polis. Tak rock la takut dengan mayat. Kalau nampak hantu mungkin dia akan pengsan. Lagi-lagi kalau hantu tu Cik Punti terbang.
"So macam mana nak lepas pengawal keselamatan tu. Ada idea ke?" tanya Inspektor Aizat. Dia tertanya sendiri bagaimana Siti melalui semua ini setiap hari. Hantu-hantu datang meminta tolong. Siti tak ada rasa takut ke.
"Kejap eh..." Siti membetulkan bajunya. Shawl yang dah senget dia rapikan. Siti menghulurkan cap kepada Inspektor Aizat. sementara dia memakai cermin mata tanpa power. Nampak perunabah pada muka Siti.
"Kena menyamar sikit. Awak ikut je tau. Jangan bukak mulut. Jangan pulak gatal kenalkan diri awak tu polis."
"Tapi Siti..."
"Kalau nak ikut diam."
Inspektor Aizat buat isyarat zip mulut. Siti dah beri arahan jadi dia kena ikut. Kalau tak memang dia kena tinggal bawah pokok ni. Mereka berdua bergerak menuju pondok pengawal.
"Tuan saya nak masuk dalam bangunan ni nak cari kakak saya boleh tak? Kakak saya cakap dia ada audition kat tingkat lima. Sampai sekarang dia tak balik lagi." Siti bersuara sayu. Riak wajahnya menunjukkan dia sangat risau. Inspektor Aizat hanya memandang Siti tanpa bersuara.
"Kamu tak boleh masuk dalam bangunan tu. Tapi saya akan mintak kawan saya cari kakak kamu." pengawal yang berusia separuh abad itu berasa belas kepada Siti. Siti mula menangis.
"Kakak saya suka duduk sorang-sorang kat tangga kalau dia rasa cemas. Mintak tolong cari dia kat tangga ya. Manalah tau dia tertidur ke apa." ujar Siti dengan diiringi tangisan. timbul rasa kagum dalam diri inspektor Aizat. Siti berlakon sangat hebat.
"Ok nanti saya maklumkan kawan saya. Adik tunggu sekejap ye."
Siti menunggu dengan penuh sabar. Siti lihat pengawal tadi bercakap dengan seseorang melalui walkie talkie. Siti yakin tak lama lagi mayat hantu Cik Pun akan di temui. Bila itu terjadi tugasnya selesai.
"Puntianak!"
Siti terdengar jeritan dari walkie talkie. Dia tahu pasti mayat Cik Punti sudah ditemui. Secara automatik hantu Cik Ponti hilang bersama kabus.
"Bukan puntianak tapi mayat!"
Siti senyum. Bibirnya menyebut alhamdulillah perlahan. Sekarang masa untuk dia pergi dari situ.
"Tuan saya balik dulu. kakak saya baru mesej." Siti menarik tangan Inspektor Aizat dan berlalu dari siti secepat mungkin.
"Itu aje ke"
"Itu ajelah. Habis tu nak buat apa takkan nak tunggu sampai polis datang. Nak bagitau polis hantu tu suruh kita cari mayat dia. macam tu ke... Awak nak bagi tau balaimate awak yang kita jumpa mayat bedasarkan keterangan hantu tu sendiri. Awak nak kena gelak ke wahai inspektor comel."
Inspektor Aizat diam. Siti kalau bercakap tak ada penapis langsung. Main sebut je. Inspektor Aizat garu kepala. Kalau bercakap dengan Siti memang dia akan sentiasa kelu lidah. Ada saja jawapan Siti.
"Hah jawablah... tau pun tak ada idea. Ini dunia saya so saya yang pakar. awak partner in crime saya kena ikut je cakap saya. Kalau hal kepolisan awak pakar tapi saya tak nak campur. Sekarang masa untuk isi perut. Awak belanja..."

ANDA SEDANG MEMBACA
SITI DAN POLIS COMEL
Randompercubaan tulis kisah seram bertukar jadi kelakar pulak. cerita siti dan hantu-hantunya. Polis comel ni menyelit je sebagai hero. Teaser sahaja dulu. kalau ada rezeki insya Allah akan buat full. Kisah seram+humor+thriller....