"Hensem jugak kau ni. Tapi nak buat macam mana Allah sayangkan kau. Harap kau reda dengan ajal kau macam ni." Siti menguis kepala manusia di depannya dengan hujung payung. Ajal setiap orang berlainan. Dia sendiri pun tak tahu apa bahagian dia nanti. Hantu tanpa kepala itu gembira kerana kepalanya sudah di temui. Kalaulah yang berdiri di depannya itu bukan hantu bolehlah dia tangkap buat stok adik angkat.
"Terima kasih kak... akak cepatlah telefon polis. Saya nak mak saya tenang lepas jumpa kepala saya."
"Jangan gelak tau... lagi satu mata tu jaga. jangan nak pandang kat sebelah akak ni." sempat lagi Siti beri amaran.
"Polis tolong saya jumpa kepala orang... saya takut... saya takut sangat. Apa patut saya buat ni..." Siti berlakon seolah-olah dia panik. Takkan nak bagitau polis dengan nada suara biasa pulak. Takut nanti pak polisi yang pengsan.
"Hebatlah akak ni. Boleh jadi pelakon..."
"Sudahlah tu tak payah nak puji-puji. Dah jumpa kepala kan... sila hilangkan diri dari depan akak. Sakit jantung akak tengok kau senyum hensem sangat."

YOU ARE READING
SITI DAN POLIS COMEL
Randompercubaan tulis kisah seram bertukar jadi kelakar pulak. cerita siti dan hantu-hantunya. Polis comel ni menyelit je sebagai hero. Teaser sahaja dulu. kalau ada rezeki insya Allah akan buat full. Kisah seram+humor+thriller....