Siti melangkah laju-laju. Inspektor comel ni tetap juga nak ekori dia. terlanjur cakap pulak tadi. Sekarang kena menjawab pulak.
"Kak jangan laju sangat penat." Hantu boleng tercungap-cungap mengekori Siti.
"Kau kan dah jadi hantu terbang ajelah. Baik sangat lari dengan aku kenapa." Siti toleh kanan. kesian pulak hantu boleng ni terpaksa ikut dia lari. semua ni gara-gara mulut celupar dia tadi.
"Saya baru jadi hantu kak... tak tau pun hantu boleh terbang."
"Dah jangan banyak cakap. Kau toleh belakang tengok Inspektor comel tu kejar kita lagi tak?" Siti memberi arahan. Dia diserang kelelahan sebab berjalan begitu laju. Kalau ada pertandingan jalan kaki mungkin dia sudah menang.
"Tak ada kak... Dia dah tak kejar kita."
Siti menarik nafas lega. Dia berhenti berjalan. Dia duduk di bus stop untuk merehatkan badan. LRT terdekat jauh lagi. baik dia rehat dulu kumpul kekuatan. Perut pun dah berkeroncong.
"Siti Haida boleh nampak hantu ke?"
"Oh Mummy..." hampir melompat Siti bila tiba-tiba Inspektor Aizat duduk di sebelahnya. Takkan Inspektor ni spesis hantu kot. Kejap hilang kejap muncul.
"Saya nak tau pasal mangsa terbaru Perogol Budak Sekolah tu. terlanjur awak cakap tadi lebih baik awak cerita semuanya. Kalau tak saya boleh tahan awak sebab menganggu siasatan." ugut Inspektor Aizat. Kes Perogol Budak Sekolah cukup memeningkan dia kerana tak ada bukti yang boleh pihak polis temui. Sekarang Siti mendakwa ada mangsa baharu.
"Mayat dia ada dekat semak sana. Carilah..." Siti tujukkan tempat yang dimaksudkan hantu di sebelahnya. Siti sudah pun berdiri. Dia nampak teksi kebetulan berhenti di depannya. Dia terus melompat masuk ke dalam teksi.
"Kat mana tempat tu."
"Cari sendiri... bai."

ANDA SEDANG MEMBACA
SITI DAN POLIS COMEL
Aléatoirepercubaan tulis kisah seram bertukar jadi kelakar pulak. cerita siti dan hantu-hantunya. Polis comel ni menyelit je sebagai hero. Teaser sahaja dulu. kalau ada rezeki insya Allah akan buat full. Kisah seram+humor+thriller....