Siti dan Alan sama-sama melopong. Hampir lima minit mereka melihat lembaga berwarna biru berjalan-jalan tak tentu arah. nak kata manusia boleh pulak tembus badan manusia lain. tapi dia tak pernah nampak hantu kaler-kaler sebelum ni. Kenapalah sejak akhir-akhir ni dia asyik jumpa hantu pelik-pelik. Aiskrim Padlepop Rainbow di tangan Siti sudah menitik dan mencair. penat berfikir punya pasal.
"Hantu ke?" tanya Siti. Mindanya tak boleh menghadam apa yang matanya nampak
"Pastilah hantu kak. Sebab kita dua orang je nampak." jawab Alan.
"Pembetulan seorang je orang yang nampak , satu lagi hantu jugak. sebab tu boleh nampak."
"Akak nih..." Alan merajuk. Alan peluk tubuh tanda protes. Siti tergelak. Comel pulak bila hantu merajuk.
"Betul apa. Part mana yang akak salah."
"Tak nak kawan akak. Saya nak pergi kawan hantu biru tu... Huh." Alan berlari-lari anak menuju ke arah hantu warna biru tu.
Siti pun pelik. Kenapa hantu tu boleh jadi warna biru. Kematian macam mana yang boleh buat badan jadi warna biru. Kena cari ilmu forensik ni.
"Siti Haida!"
Kalau dah panggil nama separa penuh tu siapa lagi kalau bukan Inspektor Comel. Kenapa dia ditakdirkan asyik bertemu dengan isnpektor comel ni. Tadi dah bersarang-sarang. Nyaris jugak nak terjatuh hati pada inspektor comel ni. Dia dengan Inspektor Comel akan jadi pasangan palik pelik kalau bercinta.
"Kenapa awak lari tadi?"
"Awak mengintip saya ke?" Siti jawab soalan dengan soalan. Rasanya tak perlu jawab sebab Inspektor comel tahu apa jawapan dia. Orang lepak kat taman dia pun kejar sampai ke taman.
"Macam mana awak tau pasal rumah tu?" soalan lagi. Inspektor comel pun pandai. Soalan saja yang di lemparkan tak menjawab soalan Siti.
Siti diam. Malas nak menjawab. Matanya tertumpu kepada alan yang sedang berborak-borak dengan hantu berwarna biru. persoalan kenapa mayat berwarna biru tak ada jawapan lagi.
"Kenapa mayat boleh jadi warna biru?"
"Hah..." Inspektor Aizat bingung. Semua yang keluar cuma soalan dan tiada jawapan,

YOU ARE READING
SITI DAN POLIS COMEL
Aléatoirepercubaan tulis kisah seram bertukar jadi kelakar pulak. cerita siti dan hantu-hantunya. Polis comel ni menyelit je sebagai hero. Teaser sahaja dulu. kalau ada rezeki insya Allah akan buat full. Kisah seram+humor+thriller....