"Hari ni cuti...yeay. Seronoknya..." Siti melompat kegembiraan. Dia sudah bersedia di hadapan rumah dengan pakaian sukan. Dah lama dia tak jogging.
"Macam budak-budak. Saya pun tak lompat-lopat macam tu."
Siti sepetkan mata. Bila pulak budak kecik ni muncul. Dah sehari semalam hilang entah ke mana tanpa khabar berita.
"Baru ingat nak balik ke? Tak fikir akak risau ke apa. Kakak ingat ada orang dah jumpa mayat Alan. Dah tak ingat nak ucap selamat tinggal kat akak." Siti membebel. Nasib baik tak ada orang nampak Siti membebel ke arah pintu pagar.
"Akak jangan risau kalau Alan nak pergi Alan pasti jumpa akak. Alan saaaaaaaaaaaaaaaayang akak sangat-sangat." Alan tergelak. Panjang sangat sayang tu. Siti jeling. Pandai budak kecik ni ambik hati dia.
"Oh Mummy.." Siti termelompat dan terkena pintu pagar. Habis bergegar pintu pagar di rempuh Siti. Tangan Siti menggenggam erat pintu pagar. Matanya terkebil-kebil melihat objek yang tiba-tiba muncul di hadapannya.
"Oh my... Apa benda ni kak?" Alan merenung objek di hadapannya tanpa berkelip. Siti sudah pucat. Dia mencari-cari kunci di poketnya tapi tak jumpa. Dia takut. Dia nak masuk dalam rumah.
"Kak tengok tu...."
"Tak nak tengok... ngeri." Siti tutup mata dengan tangan.
"Akak ni. Dia datang sini sebab nak mintak tolong kat akak." Alan mengelilingi objek tersebut. Dia kehairanan melihat fizikal objek tersebut. Dia menggaru kepalanya. Pertama kali dalam hidupnya perkara ini terjadi.
"Dia bukan nak mintak tolong tu. Dia sesatlah. Dia tak nampak akak pun." Tangan Siti masih lagi menutup matanya.
"Akak... tengoklah dia ni lompat-lompat." Alan menarik tangan Siti. Siti geleng kepala. Tak mahu layan Alan. Dia takut nak tengok.
"Akak... kesiankan dia."
"Tak mo... dia sesat aje tu."
"Akak dia tak sesatlah... dia tau akak boleh nampak dia." Alan menarik tangan Siti sekuat hati. Siti terdorong ke hadapan dan jatuh tertiarap.
Siti buka mata. Sepasang kaki lelaki dewasa sedang melompat-lompat di depannya. Siti dongak kepala untuk lihat lebih jelas. Pinggang ada, senyawa ada, paha, betis dan kaki. Tapi mana bahagian atas dia. Badan dia tak lengkap. Pertama kali Siti melihat roh tak sempurna.
"Mummy... Siti takut." Siti tutup mata lagi.
"Akak ni tak rock lah takut. Kata Siti yang hebat." Alan menggiat Siti.
Siti bangun dan duduk bersila. Alan memang pandai bab nak bagi dia segan. Siti tak pernah takut pada hantu. Siti takut manusia yang berhati jahat.
"Pandai eh. Tapi kenapa dia muncul macam ni. Mana bahagian dia yang lain. Akak tak pernah dapat ke macam ni." Persoalan mana badan hantu tu berlegar-legar di kepalanya. Apa sudah jadi dengan bahagian lain hantu ni.
"Mesti bahagian atas dia dah kena tanam kat tanah. Kaki je tinggal kat dunia ni." Jawab Alan. Kaki tadi melompat-lompat seakan mengiyakan kata-kata Alan.
"Ngerilah tengok dia..." Siti berpaling.
"Akak ni. Tak baik tau. Jom kita tolong dia."
"Tapi macam mana nak tolong. Akak takleh nak cakap dengan dia."
"Kaki tu dah lari...Kita ikut ajelah."
Alan menarik tangan Siti. Siti terpaksa dalam rela berlari mengikut Alan. Hasrat nak berjogging dengan tenang pagi ni musnah dek kerana hantu bahagian bawah ni. Sebut hantu bahagian bawah kang orang lain fikir lain. Hantu kepala lutut ok kot.

YOU ARE READING
SITI DAN POLIS COMEL
Randompercubaan tulis kisah seram bertukar jadi kelakar pulak. cerita siti dan hantu-hantunya. Polis comel ni menyelit je sebagai hero. Teaser sahaja dulu. kalau ada rezeki insya Allah akan buat full. Kisah seram+humor+thriller....