"Tengah malam semalam ada eksiden motor dengan lori. Dengar cerita penunggang motor tu mati kat tempat kejadian. Tapi yang ngerinya akak dengar kepala dia terputus. Sampai sekarang polis tak jumpa lagi kepala tu..."
"Entah-entah kepala tu bergolek kot. Maklumlah kawasan tu kan tempat berbukit."
Siti mendengar perbulan dua orang makcik yang sedang berjalan di hadapannya. Info yang datang tanpa perlu dia cari. Ini bermakna makhluk tanpa kepala yang datang menemui dia mati dalam kemalangan.
"Kak mayat aku macam mana?"
Siti jeling hantu di sebelah kanannya. Hantu seorang perempuan yang cukup jelita yang terdedah auratnya dari hujung rambut sampai hujung kaki. Dia dapat simpulkan mungkin hantu itu mangsa rogol. Mujur juga hantu di sebelah kirinya tak ada kepala. jadi secara automatiknya tak nampak. Siti berjalan dengan di apit dua hantu. Kalau orang biasa ternampak mungkin dah kena serangan jantung.
"Sabar tau... kita go through satu-satu. Kau hantu takde kepala tak boleh kesan ke mana kepala kau. Akak tak pandai teori matematik dan graviti untuk teka kat mana kepala kau ni."
"Kita dah dekat ni kak..." hantu tanpa kepala berlari meninggalkan Siti. Siti masih lagi berjalan lenggang kangkung dengan hantu perempuan di sebelahnya. Apa pulak kata orang kalau dia berlari bagai nak gila di tanah lapang ni. Bukan dia tak nampak hantu tu pergi mana.

YOU ARE READING
SITI DAN POLIS COMEL
Randompercubaan tulis kisah seram bertukar jadi kelakar pulak. cerita siti dan hantu-hantunya. Polis comel ni menyelit je sebagai hero. Teaser sahaja dulu. kalau ada rezeki insya Allah akan buat full. Kisah seram+humor+thriller....