Part 7

205 10 0
                                    

Siti toleh kiri kanan. Alhamdulillah hari ini tiada gangguan. Bolehlah dia merayau-rayau sambil cari kerja. Interview tempoh hari gagal sebab hantu boleng kacau. Hantu tanpa kepala dah menghilang. Dia bersyukur kerana dikurniakan anugerah untuk menolong sesama makhluk Allah.

"Siti Haida!"

Dari kejauhan Siti mendengar nama dia di teriak. Siapa pula insan bertuah yang panggil nama dia. Nasib baik bukan nama penuh. Siti menoleh mencari siapakah gerangan insan yang memanggilnya.

Oh mummy...inspektor comel di belakang dia lengkap dengan pakaian polis. Siti berkira-kira nak lari tapi dia akan nampak macam pesalah tegar kalau polis comel ni kejar. Kalau dia tak lari mesti banyak soalan yang polis comel ni akan tanya. Lama sangat fikir Siti tak sedar polis comel sudah berdiri di sebelahnya.

"Siti Haida... pertama kali kita jumpa tanpa melibatkan mayat. Hari ni tak ada hantu mintak tolong ke?"

Siti sepetkan mata. Ini sindir atau tanya. Inspektor Aizat senyum. Dia sendiri teruja dengan gadis misteri bernama Siti Haida. Bertubuh kecil tapi sangat berani. Kalau betul gadis ini boleh melihat apa yang tak boleh dia lihat memang gadis ini unik.

"Pihak polis dah jumpa mayat perempun yang awak cakap tu. Memang mangsa perogol bersiri yang kami buru. Macam mana awak tahu?" tanya Inspektor Aizat.

"Dah hantu tu datang boleng je tak pakai apa-apa cuma ada bunga ros warna merah kat tangan dia. Dah tentu saya tau dia mangsa perogol bersiri tu. Bukan kali pertama hantu macam tu datang cari saya."

"So betullah ni awak boleh nampak alam ghaib."

Siti diam. Dia terlanjur cakap lagi. kenapalah mulutnya cabul sangat. Tak boleh ke nakal-nakal sikit. Mummy dah pesan jangan beritahu sesiapa anugerah kita ni nanti orang anggap kita gila. Siti tak tau nak jawab apa.

"Akak dating dengan Inspektor comel. Cayalah..."

"Astagafirullah hal azim... kau ni buat akak terkejut je." langkah Siti terhenti. Hantu budak kecik yang selalu mengekori dia tiba-tiba muncul dengan tersengih-sengih.

Langkah Inspektor Aizat turut terhenti. Dia toleh kiri kanan depan belakang tapi tak ada sesiapa. Tiba-tiba inspektor Aizat rasa seram. Tapak tangannya menjadi sejuk.

"Alan...jangan kacau abang inspektor." Siti menarik tangan Alan. Inspektor Aizat kaget. Dia cuma nampak Siti menarik sesuatu tapi tak nampak apa yang Siti tarik. Suhu tapak tangannya pulih seperti biasa.

"Alan ni nakal sikit. Kesian dia mayat dia tak ada orang jumpa lagi. Dah lebih setahun dia dok mengekor saya. Dah reput agaknya," ujar Siti selamba.

Inspektor Aizat telan air liur.

SITI DAN POLIS COMELWhere stories live. Discover now