Inspektor Aizat memerhatikan Siti makan. Kalau di lihat meja memang punuh dengan makanan seakan-akan untuk sepuluh orang makan. Tapi sebenarnya cuma Siti seorang saja yang makan. Badan kecik tapi kuat makan.
"Inspektor comel makanlah sekali. Apa yang di tengok tu." Siti bercakap dengan mulut yang penuh. Inspektor Aizat geleng kepala. Langsung tak nampak ciri-ciri perempuan melayu yang sopan santun.
"Awak makanlah sorang. Dah macam orang seminggu tak jumpa nasi. Awak kena ingat saya tak suka orang membazir." Inspektor Aizat memberi peringatan. Kenapa dia boleh berkenalan dengan perempuan macam ni. Kalau bawak balik jumpa mak dia confirm kena rejek.
"Tak habis bungkus makan kat rumah."
"Tak ada nak bungkus habiskan je semua."
"Huh... garang betul tak padan dengan muka comel tu. Rasa nak cubit-cubit je pipi yang putih tu." Bebel Siti perlahan.
"Apa awak cakap?" Inspektor Aizat dengar dengan jelas kata-kata Siti. Tapi dia nak pastikan apa Siti tu cakap betul atau hanya andaian dia.
Inspektor Aizat nampak Siti tenang sangat macam tak ada apa-apa. Sedangkan dia sangat terperanjat dan terkejut. Memang dia sudah biasa berdepan dengan kes jenayah tapi bukanlah dia sendiri yang berjumpa dengan mayat tu. Biasanya ada waktu bersedia.
"Apa kata inspektor comel lupakan saje kejadian tadi. Lupakan yang kita jumpa mayat tu."
"Macam mana saya nak lupa... saya pancing beg isi mayat. Beg tu ada mayat perempuan Siti. Keadaan dia pun sadis sangat."
"Bukan Inspektor comel dah biasa ke dengan kes jenayah. Harap nama je inspektor takkan penakut jugak kot?" selamba je siti kutuk. Inspektor Aizat tarik nafas dalam-dalam. Sabar ajelah dengan perempuan ni.
"Siti...biasanya kami dapat laporan sekian, sekian sekian. Baru saya pergi ke lokasi kejadian. Ini awak tak bgtau saya apa-apa. awak suruh pancing je. Tiba-tiba muncul beg ada mayat. Saya manusia jugak siti walaupun Inspektor polis." Aizat cuba membela dirinya. Dia bukan takut tapi terkejut.
"Okey next time saya bagitau. Inspektor Comel kita nak cari mayat ni. Roh dia ada depan mata saya..." Siti buat suara comel. Dia sedar salahnya. Tapi dia pun terkejut tengok mayat basah dengan air macam tu.
"Awak tak nak cerita dengan saya mayat sape tu?"
"Owh perempuan tu mangsa keganasan rumahtangga. Tapi saya bagitau awal-awal polis tak ada bukti nak tahan suami dia. selamat berjaya." kata Siti membuatkan Aizat pening. Kenapa Siti cakap macam tu. Tak ada jenayah sempurna dalam dunia ni.
"Kenapa awak cakap selamat berjaya."
"Selama ni suami dia nampak baik. Isteri dia nampak jahat. Suami dia bawak mulut pasal perempuan ni jahat dan curang. Dan suami dia dah buat report kehilangan dia ni dua hari yang lepas. Suami si mati ni bagitau polis isteri dia ikut lelaki lain. dan ada bukti penggunaan kredit kad di hotel. So Good Luck. Semoga berjaya nak dakwa manusia bertopengkan syaitan tu."
"Takkan tak ada apa-apa yang awak boleh buat."
"Ada... buat bodoh je."

ANDA SEDANG MEMBACA
SITI DAN POLIS COMEL
Sonstigespercubaan tulis kisah seram bertukar jadi kelakar pulak. cerita siti dan hantu-hantunya. Polis comel ni menyelit je sebagai hero. Teaser sahaja dulu. kalau ada rezeki insya Allah akan buat full. Kisah seram+humor+thriller....