Part 12

212 11 1
                                    

"Awak fikir kalau saya terus report polis semuanya jadi mudah ke. Lebih susah dan bertambah susah adalah. Banyak soal jawab nanti." Siti mempertahankan tindakan dia. Ini bukan kali pertama dia melakukan helah sedemikian tapi kali ini dia terpaksa melibatkan orang lain.

Selamba saja mereka bertengkar di depan balai polis. Nasib baik Inspektor Aizat berpakaian biasa. Siti awal-awal lagi minta Inspektor Aizat tukar baju sebelum mereka pergi 'memancing' tadi.

"Macam mana kalau pengawal tadi cam saya."

"Dia tak akan cam jangan risau. Malam gelap lagipun saya pasti dia tengah trauma sekarang ni. Dia tak akan ingat pun muka awak yang comel ni." Siti tersengih. Pertama kali dia tengok muka Inspektor comel ni risau. Baru tau apa yang dia alami selama ini. Inilah dia dunia Siti dan hantu-hantunya.

"Saya harap awak betul Siti Haida. Sekarang beritahu saya mayat siapa tu. Dan siapa yang kejam sangat sumbat perempuan tu dalam beg lepas tu campak kat Tasik Titiwangsa tu?" Inspektor Aizat mengawal dirinya sendiri. Terkejut melihat mayat satu hal. Lari mengikut Siti pun satu hal lain. Dia pegawai polis tak pernah lari dari sesiapapun. Penjenayah atau penjahat sahaja yang lari dari dia.

"Banyaknya soalan. Apa kita minum dulu lagipun saya lapar sangat ni. Awak belanja saya makan eh. Saya lapar sangat ni." Siti kelip-kelip mata buat muka comel. Dia lapar sangat tapi tak ada duit nak makan. Uncang kecil berisi duit jatuh semasa dia lari tadi. Harap-harap inspektor comel ni kesian pada dia.

"Awak ni... tadi paksa saya pancing mayat. Sekarang mintak saya belanja lepas ni apa pulak awak nak mintak saya buat."

"Alah kedekut cakap ajelah kedekut. Tak nak belanja sudah. Nanti saya suruh Alan kacau awak. Huh..." Siti tarik muka masam dan berpaling. Harap muka comel tapi kedekut. Siti bebel sorang-sorang. Entah apa yang Siti sebut Inspektor Aizat tak dengar.

"Tarik muka pulak... Jomlah."

Siti melonjak girang. Sempat lagi ber high five dengan Alan. Inspektor Aizat geleng kepala. Sedikit demi sedikit dia mula faham kebolehan Siti Haida. Sedikit demi sedikit dia termasuk ke dalam dunia Siti dan hantu-hantunya.

SITI DAN POLIS COMELWhere stories live. Discover now