Part 2

86.8K 799 31
                                    

AKU menuruni tangga dengan berseluar jean pendek paras paha berserta baju putih bertali halus menuju ke dapur untuk makan tengah hari. Kebiasaan, sarapan pagi dijamakkan terus dengan makan tengah hari.

"Hai, ma." Aku mengucup lembut pipinya.

"Anak dara apa la ni, tengah hari menegak baru bangkit!" Marah mama sambil menggeleng kepala.

"Masak apa, ma?" Aku cuba mengubah topik perbualan. Tidak mahu berterusan telinga disapa bebelan mama yang tak akan berpenghujung.

"Asam pedas. Dhia, malam ni ada orang nak datang!"

"So? Let them be," bahu dijongketkan seperti tidak berminat untuk tahu.

"Dhiana! Mama ada benda nak beritahu dengan you ni," wajah mama berubah jadi serius.

Kata-kata mama menarik perhatianku untuk terus mendengar dengan lebih lanjut. Lantas, wajah mereka berdua kupandang silih berganti. Terakhir, wajah adikku yang masih bersekolah di tingkatan lima dipandang.

"Mama nak cakap apa? Cakap je lah. I dengar je." Aku menyendukkan nasi ke dalam pinggan.

"Pa, hulur air basuh tangan tu," pintaku sambil memandang papa.

"Mama nak you kahwin!" Tegas suara mama seperti memberi arahan yang tak boleh aku mungkiri.

Tersembur nasi yang kumasukkan setengah ke dalam mulut. Wajah mama kupandang tidak percaya. "Are you being serious, ma? I baru umur 20 tahun dan mama nak suruh I kahwin?"

"Mama tak nak you liar macam ni. Keluar malam balik entah macam tak balik. Bangun lewat senja. Oh no! Mama malu tahu tak?" Mama menggeleng bersama wajah tidak setuju.

"No!!! Siapa juga yang tunjuk I macam ni? You both keluar masuk pub, minum arak sejak I kecil lagi. So kenapa nak pertikaikan sikap I?" Nada suaraku berubah tinggi, tanda tidak setuju.

Bengang pula aku bila mama dan papa menggunakan alasan perangai burukku ni untuk mengahwinkan aku. Tapi dengan siapa?

"You tak terlambat untuk berubah, Dhia. Kami dah tua dan rasanya..."

"No! Nonsense! Sepatutnya you both yang berubah. I masih muda and I nak enjoy myself. I cuma tak boleh faham apa yang korang fikirkan. No! I tak akan kahwin!" Bentakku dengan wajah mencuka.

Aku faham memang sekarang terlalu banyak trend kahwin muda. Tetapi untuk perempuan seperti aku, terlalu banyak dunia yang belum aku teroka. Lagipun sikapku yang liar tidak melayakkan aku untuk berkahwin dengan mana-mana lelaki.

"Pa...Please don't force me! I masih muda lagi." Aku memandang wajah papa pula, mengharapkan pengertian.

"Dhia, Papa dah bincang dengan mama. Kami bersepakat untuk kahwinkan you. And... It's final decision." Papa memandang tepat wajahku. Bagaikan tiada peluang untuk aku membela diri lagi.

Mulutku melongo sedikit. Mereka berdua membuat keputusan tanpa berbincang denganku terlebih dahulu? Jadi apa guna perasaan yang Allah anugerahkan buat aku? Hanya sekadar perhiasan?

"I... I tergamam! Speechless... I nak kahwin dengan siapa?"

"Actually I met a young man last month. Mama dan papa berkenan dengan dia. Mama yakin you pun akan suka dengan dia." Mata mama tunak memandang ke arah aku.

"Apa benda ni, ma? You baru jumpa sekali, dan you terus nak nikahkan dengan I? Dia kenal ke I macam ni? I tak rasa yang dia boleh terima I. You know our life better, ma. You sendiri pun tak boleh kawal mabuk you. I sendiri pun tak boleh nak tinggal rokok sehari. Impossible!" Aku mencebik sambil menggeleng kepala.

DHIANA ✔Where stories live. Discover now