Part 7

52.3K 1K 59
                                    

Bergelar isteri kepada Nik Fatah selama dua minggu umpama mimpi ngeri buatku. Segala perbuatanku terbatas malah untuk bertemu dengan Ed pun susah.

Ah! Rindu rasanya dengan Ed setelah lama tidak berjumpa dengannya.

Aku memandang keadaan rumah yang disewa Nik. Biasa-biasa sahaja namun masih kemas. Bosan berada di ruang tamu, aku melangkah masuk ke dalam bilik.

Tombol pintu dipulas dan daun pintu ditolak. Pandangan mataku terhenti pada Nik yang sedang memegang beg dan barang-barangku. Tiba-tiba perasaan marah datang menyerbu di hati.

Aku terus menerpa ke arah Nik Fatah dan merampas beg serta barang di tangannya. Salah satu darinya adalah kotak rokok. Aku mencerlung tajam ke arahnya.

"Boleh tak jangan nak suka hati je selongkar barang orang!" Aku menjelingnya.

Kotak rokok dan beberapa barang lain dimasukkan ke dalam beg semula. Aku memusingkan badan ingin melangkah pergi namun Nik menarik tanganku dengan kuat sehingga aku terdorong berdiri betul-betul di hadapannya.

Aku berdecit dan menghentak tangannya. "Lepaslah! Tak payah sentuh!"

"Abang minta maaf sebab selongkar beg Dhia. Tadi beg Dhia terjatuh, jadi abang nak letak balik tapi abang ternampak..." suaranya terhenti.

"Habis tu kalau dah angkat tu tak payah la nak tengok balik," rengusku kasar.

"Dhia... Dhia tak nak jelaskan ke pasal rokok tu?" Soalnya lembut sambil memandang tepat anak mataku. Sengaja aku melarikan pandangan supaya tidak terpedaya dengan kata-kata lembutnya.

"Nak jelas apa lagi? Aku dah penatlah nak hidup berpura-pura macam ni. Kau nak penjelasan kan? Aku jelaskan dekat kau...Aku ni tak ikhlas kahwin dengan kau! Puas hati?" Jari-jemari aku mencucuk-cucuk dada Nik. Geram punya pasal.

"Apa maksud Dhia? Kita kan dah janji nak terima kekurangan masing-masing." Nik membalas tenang dan aku bencikan ketenangan dia.

"Masa bila aku janji? Aku tak janji apa-apa tapi yang janji tu kau! Kau yang janji nak terima kekurangan aku! So kau terimalah dapat isteri macam aku ni!" Kemudian aku tergelak sinis.

"Dhia... Memang abang akan terima kekurangan Dhia tapi bukan dengan berterusan buat macam ni. Abang nak Dhia berubah" tekan Nik lagi sambil cuba meraih lenganku tapi pantas aku menepis.

"Kau jangan sentuh akulah! Kau nak aku berubah?" Soalku dengan senyuman sinis.

Nik Fatah mengangguk sambil tersenyum.

Aku memandangnya dengan pandangan sinis. Kemudian aku mengeluarkan semula kotak rokok tersebut dan mengambil sebatang rokok dan menyalakan hujung rokok tersebut.

"Kau nak aku berubah? Tak merokok kan?" Sekali lagi aku bertanya sambil melayangkan rokok tersebut di hadapannya.

"Dhia..."

Aku pantas menyedut batang rokok tersebut di hadapan muka Nik kemudian menghembuskan asapnya tepat ke wajahnya. Nik diam terkedu dengan tindakanku. Dia terbatuk sedikit. Aku menghisap sekali lagi rokok tersebut dan melepaskan asapnya buat kali kedua ke wajah Nik.

"Kau nak aku berubah? Tapi sayangnya Dhiana susah untuk berubah." Bibirku dijongketkan dan melepaskan ketawa sinis.

Poket baju Nik Fatah ditarik dan dimasukkan batang rokok yang masih belum habis dihisap itu. Kemudian pipinya kuusap lembut dan aku lantas memberi satu kucupan pada bibirnya.

"Roses lips huh?" Aku mendekatkan bibirku pada telinganya dan berbisik.

Nik diam terkedu dengan segala tindakanku. Nafasnya berombak sambil melihat wajahku. Aku menggeleng sambil tersenyum.

"Kesian kan dekat kau terpaksa kahwin dengan aku? Mesti kau tak sangka aku ni tak suci lagi, merokok dan... Emm...lagi satu tu biar kau tahu sendirilah. Aku penat juga nak berpura-pura lembut dengan kau. Berhentilah berpura-pura baik, Nik. Ceraikan aku ataupun kau akan jadi suami dayus." Aku memandang tepat anak matanya.

"Abang tak akan ceraikan Dhia." Nik masih bernada biasa.

Aku langsung tidak nampak dia hendak memaki hamunku, memarahiku ataupun memukulku. Nik selalu bijak mengawal emosinya sendiri dan saat itu aku yang akan kalah dengannya.

"Kenapa kau ni bodoh sangat hah, nak simpan aku sampai bila?" Kolar baju Nik kucekak.

"Sebab abang sayangkan Dhia. Abang dah ambil tanggungjawab papa Dhia, jadi abang akan jaga dan bimbing Dhia. Itu janji abang," ucap Nik, kemudian dia melepaskan tanganku yang mencekak kolar bajunya dan berlalu keluar dari bilik.

Aku terpempan dengan tindakan Nik. Wajahku diraup kasar dan bengang dengan kata-kata Nik. Kenapa dia masih saja berdegil begitu? Ah!!! Stres memikirkannya.





SELEPAS menukar pakaian, aku terus melangkah ke katil dan merebahkan tubuhku di atas katil. Nafas dihela perlahan. Nik memandangku sekilas ketika dia keluar dari bilik air. Menyampah betul aku nak tengok muka dia.

Selimut ditarik menutupi seluruh tubuhku. Aku mengiring sedikit membelakangi Nik Fatah. Makin lama tinggal serumah dengan dia, makin sakit jiwa aku dibuatnya.

Tiba-tiba bahuku disentuh seseorang dan aku tahu itu adalah Nik Fatah. Manusia paling aku benci abad ini kerana ketenangannya.

"Dhia... awok tok semaye isyak lagi key?" Soalnya padaku.

Aku mendengus kasar. What the hell? Aku baru bergaduh dengannya sejam yang lalu dan sekarang dia masih boleh bercakap lembut lagi denganku? Dengan sengaja, kukeraskan tubuh agar dia mengalah.

"Maroh lagi ko? Abe mintok maahlah," pujuk Nik Fatah perlahan.

Aku memejamkan mata mengepal penumbuk. Silap hari bulan hitam biji mata si Nik aku tumbuk. Menguji kesabaran betul. Bahuku digoyangkan lagi.

"Abang tahu Dhia tak tidur lagi. Dhia tak baik tau tinggalkan solat. Bangun cepat..." Selimutku ditarik tapi aku pegang dengan kuat tidak membenarkan wajahku terdedah.

"Janganlah macam ni, Dhia nak marah abang, marahlah! Tapi janganlah sampai tak solat."

Dengan kasar, selimut ditolak. Wajahnya kupandang bersama perasaan marah. Bibirku dikemam kuat dan mataku mencerlung tajam ke arahnya

"Kau boleh tak jangan kacau aku nak tidur?"

"Abang bukan nak kacau tapi nanti kalau Malaikat Izrail datang, Dhia tak sempat nak solat macam mana? Tak kan Dhia nak jawab sebab marah kat abang." Kemudian dia tersenyum manis menampakkan lesung pipitnya.

"Biarlah malaikat apa pun nak datang dekat aku. Kau jangan nak sibuk! Kau pergilah! Semaklah tengok muka kau kat depan aku!" Tubuhnya kutolak.

"Tok sey! Dhia solat dulu lepas tu abang janji tak tidur dalam bilik ni. Dhia tak nak tengok muka abang pun tak apa, asalkan bangun solat," pintanya lagi.

"Aku tak nak! Aku tak nak lah! Kau tak faham bahasa ke?" Marahku kasar. Aku mengetap gigi menahan perasaan.

"Okeylah, abang peluk Dhialah macam tu, baru Dhia nak solat kan..." Nik kemudian mengangkat tangannya hendak memeluk tubuhku tapi dengan pantas aku menunjal kepalanya.

"Kau jangan sentuh aku! Aku bangun sembahyang sekarang! Tak guna betul." Aku menjeling dan menapak ke arah bilik air untuk mengambil wuduk.

Nik Fatah memandang tubuh Dhiana hilang di sebalik bilik air. Dia terduduk di birai katil. Nafas dihela perlahan. Jiwanya sedikit tercalar namun apa yang boleh dia lakukan lagi? Dhiana sudah sah menjadi isterinya dan tanggungjawabnya adalah membentuk isterinya itu, bukan meninggalkan dia.

Hati suami mana tak terluka dengan perlakuan kasar yang diterima begitu? Namun dia percaya dengan kesabaran dia mampu memenangi sebuah hati yang keras seperti Dhiana. Dia reda dengan perlakuan Dhiana tadi demi amanah yang telah Allah takdirkan untuknya. Pasti semuanya ini bersebab. Pasti semuanya Allah atur untuk sesuatu yang dia belum tahu lagi. Suatu hari dia akan tahu.

Untuk mendapatkan buku DHIANA : 
Harga RM22 ( free postage ) 
Fb : Ammara Ayyash / email : ammara.ayyash@gmail.com 

Kombo DHIANA + HONEY BUNNY 
Harga RM45 ( free postage ) 

DHIANA ✔Where stories live. Discover now