Part 6

60.8K 734 16
                                    

"Abang... Dhia ada benda nak cakap sikit ni." Wajahnya kupandang.

"Apa dia?" Nik yang sedang berbaring itu bangun semula dan duduk di sebelahku.

"Pasal malam tadi tu... Em... pasal abang bersama dengan Dhia..."

"Hmm kenapa Dhia?" Soalnya lembut kemudian menolak rambutku ke belakang telinga.

Aku menghela nafas perlahan. "Abang tahu kan Dhia tak suci lagi masa abang bersama dengan Dhia?" Matanya kupandang. Aku ni memang jenis berterus-terang dalam satu-satu hal.

Dia terdiam. Nafas ditarik dan tanganku dipegang. Wajahku dipandang lama sebelum dia membuka mulut.

"Dhiana... abang tahu masa abang bersama dengan Dhia malam tadi, abang bukan lelaki pertama yang sentuh Dhia. Tapi siapa abang untuk menghukum Dhia atas kisah silam Dhia. Bagi abang aib Dhia adalah sesuatu yang Dhia kena simpan, tak perlu cerita pada abang. Tapi cukuplah Dhia tak lakukan lagi dan jaga maruah abang. Abang tak nak jadi dayus," katanya lembut.

Aku berdecit. "Abang boleh terima Dhia?"

Anggukannya membuat aku rasa marah. "Abang ni kenapa? Nak baik sangat pun beragaklah. Dhia ni bukan perawan lagi tahu tak! Kenapa abang masih lagi nak teruskan perkahwinan ni?"

"Dhia... abang pun bukan lelaki yang baik. Abang dah nikah dengan Dhia dan Dhia adalah tanggungjawab abang. Memang sakit nak terima kenyataan yang abang bukan lelaki pertama sentuh Dhia, tapi abang tak boleh benci Dhia hanya sebab kisah silam Dhia. Semua orang pernah buat salah." Kemudian Nik menarik senyuman cuba menyenangkan hatiku.

"Abang faham tak! Dhia ni pernah bersama dengan lelaki lain. Kenapa susah sangat nak lepaskan Dhia?" Aku membentak.

"Sebab tu hari pertama kita sah nikah, abang ada tanya Dhia ada kekasih tak? Tapi Dhia cakap tak ada. Sebab abang percaya, Dhia kan sekarang cuba berubah. Mungkin masa tu Dhia tersilap langkah. Dhia, apa yang penting sekarang Dhia tak ulangi lagi kesilapan tu." Dia masih bernada tenang.

Argh! Aku stres! Aku ingat dia akan tinggalkan aku! Akan ceraikan aku! Tapi kenapa dia masih boleh tenang begini?

"Dhia tak tersilap langkah. Itu pilihan Dhia sendiri!"

"Okey, jadi sekarang Dhia nak abang buat apa?" Pipiku diusap perlahan.

"Ceraikan Dhia!" Suaraku sedikit tinggi.

Ah! Kenapa dengan diri aku sendiri? Semalam aku hanyut dengan dunia Nik tetapi hari ini aku jadi naik angin.

"Ya Allah, Dhia kata apa ni? Bila abang terima lafaz sakinah Dhia, bermakna abang akan terima semua kekurangan Dhia sama macam abang harap Dhia terima kekurangan abang."

"Dhia bukan perempuan baik. Dhia tak nak abang bersama dengan perempuan macam Dhia." Nada suaraku sedikit kendur.

"Dhia, abe saye sunggoh ko Dhia.. Abe akey timo belako kekurenge Dhia. Cayo ko abe deh," pintanya dengan nada perlahan.

"Abang cakap apa ni? Dhia tak faham!" Dahiku berkerut sedikit. Tambah stres pula jika dia berbahasa lain selain Melayu atau Bahasa Inggeris.

"Abang sayang betul-betul pada Dhia. Abang akan terima semua kekurangan Dhia. Hati abang dah terpaut dekat Dhia masa kali pertama kita jumpa malam tu. Abang sayangkan Dhia. Percayalah kepada abang," katanya lembut.

Kata-kata... Nik, senyuman Nik... sering membuatkan aku tidak senang duduk.

"Abang layak untuk perempuan yang lagi baik. Tak pernah terlintas pun di hati Dhia untuk kahwin. Mama dengan papa yang paksa Dhia." Aku cuba menerangkan situasiku padanya.

"Abang tahu... Abang tahu Dhia tak ikhlas kahwin dengan abang. Abang juga tahu Dhia bukannya bertudung pun sebenarnya kan? Tapi Dhia tahu tak kenapa abang tetap terima Dhia? Sebab manusia diciptakan berpasangan dan pasangan kita adalah untuk melengkapi antara satu sama lain. Kita boleh slow-slow berubah," tambahnya, kemudian dia tersenyum lagi.

Ah! Nik memang murah dengan senyuman. Di saat aku menguji egonya sebagai seorang lelaki pun dia masih boleh berlembut denganku. Aku mengeluh kecil. Wajahnya kupandang.

"Terus-terang Dhia cakap yang Dhia tak bersedia untuk jadi seorang isteri apatah lagi mencintai abang. Abang tak kenal Dhia punya perangai lagi macam mana. Dhia panas baran, Dhia kasar, ganas dan...emmm..."

Terus bibirku dikucup dan kata-kataku terhenti. Bulat mataku memandang Nik Fatah yang sedang menikmati kucupannya.

Bibirnya ditarik. "Dan Dhia pandai buat abang tersenyum bila kita bersama. Renungan mata Dhia... Suara Dhia... Manja Dhia... Hanya itu yang abang nampak. Yang lain abang tak nampak. Abang tutup mata je, okey?" Dia mengakhiri ayatnya dengan ketawa kecil.

"Dhia harap satu hari nanti abang tak salahkan Dhia," kataku perlahan, kemudian mengangkat punggung meninggalkan dia di situ.




MELIHATKAN semua orang sibuk di dapur untuk masak, aku mengambil kesempatan untuk keluar ke belakang rumah Nik Fatah. Aku duduk di belakang pokok rambutan yang begitu besar. Surat khabar dialas di situ.

Tanganku terus mengeluarkan sebatang rokok dan pemetik api dari poket seluarku. Muncung rokok terus dibakar dan aku menghisap rokok dengan begitu senang hati. Ah! Susah betul nak lakukan tabiat aku ni sejak berkahwin dengan Nik Fatah. Semua benda kena pantau.

"Ahhh! Rasa macam coklat getah," kataku seronok.

Asap dilepaskan berkali-kali dari mulutku. Tiba-tiba aku terasa ada bunyi bising makin mendekatiku. Makin lama makin dekat. Aku cuba memasang telinga.

"Dhia!" Sergah satu suara.

Aku yang terkejut terus terbatuk dan mencucuk batang rokok pada tanah mematikan asapnya. Mulut terus ditutup rapat dan wajah yang ada di sebelahku dipandang.

"Mak!" Aku menelan air liur.

"Wat gapo ni? (Buat apa ni?)" Soal Mak Cik Sarimah.

"Er, Sa...Sa...Saya ambil angin jap," suaraku tergagap-gagap. Terkejut dengan kedatangan Mak Cik Sarimah dan Nik Nabilah, kakak Nik Fatah.

"Bbau asap key? Dhia bbau dok?" Mak Cik Sarimah cuba mencari punca bau tersebut.

Jantungku berdegup kencang. Batang rokok yang ada berdekatan dengan punggungku ditolak masuk di bawah kakiku.

"Tak ada lah mak. Saya tak bau apa-apa pun. Mak baru keluar dari dapur, tu yang bau asap kut," tipuku.

"Tu la, akak pon ada bbau jugok. Dhia memey tok bbau ko?" Soal Nik Nabilah pula.

"Er, entahlah. Mak dengan akak cari apa ni?"

"Nok ambik daun sera tu. Dhia gi masok gih, jange duk sini lah. Key ada ghapo-ghapo maghi dari dale semok tu. Gi masok bbual ngo Nik kat depe tu. Nik duk soghe jah tu," kata Mak Cik Sarimah kemudian berlalu ke pokok serai.

Aku mengurut dada lega. Mujur sahaja tak kantoi aku merokok di hadapan mereka. Kalau tak memang mama akan mengamuk habis.

"Pergilah masuk Dhia, buatkan Nik air Milo." Suara Nik Nabilah pula kedengaran. Eh, boleh pulak kau cakap Melayu.

"Erghhh!!!" Aku mengeluh kasar. Mulutku dicebikkan. Tak pasal-pasal aku kena jadi hamba si Nik Fatah tu pula. Menyampah betul!

Okey, aku faham yang kakak Nik cakap je. Yang mak Nik cakap banyak-banyak tu, abaikan je la! Kalau sepatah dua, bolehlah juga aku faham.


Untuk mendapatkan buku DHIANA :
Harga RM24 ( free postage )
Fb : Ammara Ayyash / email : ammara.ayyash@gmail.com

Kombo DHIANA + HONEY BUNNY
Harga RM49 ( free postage ) 

DHIANA ✔Where stories live. Discover now