Ed yang baru keluar dari bilik air menerpa ke arahku. Dia mengucup bibirku dengan begitu rakus sekali. Keinginanku untuk bersama dengannya sedang bergelora di dalam hati. Bersorak-sorak agar aku meraikannya lagi.
"Emmm... Ed."
Perlahan-lahan, aku membawa tapak tanganku ke dada bidang Ed. Lalu diusap-usap cuba membangkitkan keinginan berahinya.
"Dhia, aku betul-betul cintakan kau," ucap Ed tiba-tiba dan pergerakan tanganku terhenti.
Nafsuku terus jatuh merudum apabila mendengar luahan cinta Ed. Aku dapat rasakan luahan Ed tadi benar-benar ikhlas kerana biasanya dia hanya menggunakan 'I LOVE YOU'. Itu aku faham dia hanya hendak merangsang nafsuku sahaja. Tapi ayat yang dikeluarkan tadi kedengaran serius.
"Why did you stop, Dhia?" Soalnya pelik.
"Kau kata apa tadi?"
"Say what?"
"Kau cinta aku?" Aku ulang semula ayat Ed.
Dia terus mengangguk laju dengan senyuman. "Ya lah, aku cintakan kau. Kenapa? Kau tak cintakan aku ke?" Pipiku dibelai lembut dan setiap isi kulitku direnung.
"Ed! Kita kan tak lebih dari kawan," sambungku lagi.
"Kawan? Habis selama ni kau cakap, I love youlah, apalah. Dara kau pun aku tebuk. What the hell, Dhia?" Mood Ed juga sudah berubah.
"Aku dah beritahu kau sebelum ni, yang aku bersama dengan kau sebab kepuasan peribadi kita bukan sebab perasaan cinta," balasku serius.
"Ouh, so selama ni aku hanya tukang layan nafsu kau je lah?"
"Ed, bukan macam tu maksud aku. Kau memang membantu melunaskan kehendak nafsu aku, aku pun turut sama puaskan kau dengan cara yang kau nak. Kita tak pernah declare apa-apa pun sebelum ni. Kau pun tahu aku tak ada masa lah nak fikir pasal cinta bagai ni. Hidup aku untuk enjoy je!" balasku perlahan.
Aku menaikkan semula tali bajuku ke bahu. Tubuhku bergerak sedikit dan aku terus mengambil sebatang rokok di atas meja kecil tepi katil dan dinyalakan puntung rokok tersebut. Aku menyedutnya dan melepaskan sekumpulan asap. Wajah Ed kupandang semula.
"Jadi memang selama ni kau tak ada hati langsung dengan aku?" Ed memandang tepat anak mataku.
"Entahlah Ed. Hurm...aku nak beritahu kau something ni." Nafas dihela perlahan. Kepulan asap rokok ikut terkeluar dari mulutku.
Aku tak pasti penerimaan Ed bagaimana dengan kenyataanku sebentar lagi. Masalahnya, suka ataupun tak, aku dan dia terpaksa menerima kenyataan ini. Sedangkan aku sendiri pun payah untuk menerima hakikat ini.
"Apa dia?"
"Aku dah nak kahwin bulan depan," beritahuku dengan suara mendatar.
"What?" Ed terus berdiri.
"Aku kena paksa dengan parents aku. Aku tak kenal pun siapa lelaki tu." Aku cuba menerangkan situasi yang sebenar.
"Jadi inilah sebab kau tak cintakan aku?"
"Bukan Ed. Aku tak cintakan siapa-siapa pun. Papa nak aku kahwin dengan dia sebab nak aku berubah. Aku tak rasa aku akan berubah. Ed, kau akan stay dengan aku kan? Aku selesa dengan kau je. Please jangan tinggalkan aku." Aku merayu sambil memegang tangannya dengan sebelah tanganku.
"But you don't love me."
"It's okay, as long as I need you, don't care about anything else. Bullshit for that love word."Aku terus merebahkan kepalaku di bahunya.
"Kalau kau kahwin nanti, kau masih keluar dengan aku ke?" Soal Ed. Ketegangan yang berlaku sebentar tadi mula beransur kendur.
"Ya lah, life aku tak kan berubah okey! Aku akan selalu bersama dengan kau." Keyakinan yang aku sendiri pun tak pasti.
"Janji dengan aku." Dia mengangkat jari kelingkingnya.
"Ed!!! Promise, baby!" Pipinya terus kukucup. Sisa rokok kusedut hingga habis dan puntungnya kutenyeh pada astray.
"APA benda ni, mama? I tak naklah nikah nanti pakai tudung. Rimas tahu tak!" Aku menolak majalah pengantin yang ditunjukkan mama.
"Dhia, pasangan yang you nak nikah tu bukan jenis macam Ed tau. Solat lima waktu, mak ayah dia jaga aurat. Gila apa kalau Dhia nak nikah tak pakai tudung. Lagipun kita sama-sama nak belajar kan. Mula lah dengan hari pernikahan dulu," balas mama dengan perasaan geram.
"Panaslah, ma! Mama pun tahukan nikah nanti bajunya tebal-tebal. Tak payah la."
"Jangan nak mengada-ada. Mama nak you pakai juga. Hari bersanding pun sama." Mama membuat keputusan.
"I tak nak! Mama dah lah paksa I kahwin dengan Nik. Lepas tu paksa I pakai tudung. Eii! Tolong lah." Kaki aku mula menghentak-hentak lantai.
"Kenapa? You tak berkenan dengan Nik Fatah tu? Mama tengok elok je budaknya. You tak nak ke nanti dapat anak berlesung pipit macam Nik tu?" Mama tersenyum.
Eyurk! Anak? Aku belum terfikir nak ada anak dengan dia. Untuk melakukan hubungan kelamin pun belum tentu aku mahu. Dia tu kampung dan tak akan tahu bagaimana hendak membuat aku terbang ke syurga buatan sendiri.
"Ma, you tak payah nak berangan sampai anak lah. Dia belum tentu nak dekat I tau kalau tau I ni tak suci. What a nonsense!" Gumamku.
Datin Nilam tidak menghiraukan kata-kata anaknya. Dia terus menyelak majalah pengantin yang disediakan di butik pengantin itu. Biarlah Dhiana tak nak, dia sendiri yang akan tetapkan.
"Ma, lepas I kahwin dengan Nik, kitorang tinggal mana?" Aku cuba mengubah topik apabila merasakan mama seakan marah denganku.
"Duduk rumah dialah!" Jawab mama acuh tak acuh.
"Ru...Rumah dia? Maksud mama dekat Kelantan tu? Ma! Stop kidding me okay!"
"You ingat dia tu kerja dekat Kelantan ke? Dia asal sana, tapi dia kerja kat sini. Dia ada rumah tapi rumah sewalah."
"Ma, mana ada class kahwin dengan I, lepas tu duduk rumah sewa. I ni anak dato' kut. No way!" Muka kubuat tercemek-cemek seakan memperlekehkan menantu pilihan mama.
"Kenapa? Rumah sewa tu teruk sangat ke? Biasalah baru nak hidup tak kan terus nak kaya. Mama dengan papa dulu pun duduk rumah sewa juga. Kita belajar bersusahlah," tambah mama sambil terus membela menantu pilihannya.
Itu zaman dahulu. Zaman sekarang, aku dibesarkan dengan kemewahan. Macam mana boleh terfikir nak aku hidup susah macam tu?
"Okay fine. Tapi duit belanja I?"
"You kan bawah tanggungjawab Nik Fatah. Dialah akan beri perbelanjaan pada you."
"Ma, hari tu bukan main you cakap dengan Aunty Sarimah tu yang duit you ni memang untuk I. Sekarang apa pula?" Aku berdecit. Geram pula aku dengan mama ni.
"Ya, itu minggu lepas. Papa yang suruh mama potong elaun you. Selagi you mewah dan berduit, you akan pergi ke pub tu lagi. Macam mana you nak berubah?" Kata-kata mama buat aku rasa tercekik.
"Datin Nilam, how can we change our lifestyle if there's still many of wine bottles in our house? Abang Daniel pun keluar masuk rumah dengan ramai betina. Kenapa mama tak tegur? Don't you think about his perception to our family?" Aku mengetap gigi dan menahan kembang kempis hidungku.
"Dhia..."
"Ma! You gunakan I je sebenarnya untuk dapatkan menantu baik. Inilah mak bapak, dia nak anak jadi baik, solehah tapi diri sendiri tak berubah. You tak ikhlas pun kan sebenarnya nak berubah?" Dadaku berombak.
"Dah! Mama tak ada benda nak berbual lagi." Datin Nilam terus mengangkat punggung membawa majalah baju pengantin ke pemilik butik pengantin ini.
Hatiku diburu perasaan marah. Rasa macam nak menangis je. Aku tidak suka dengan perkahwinan paksa begini.
Untuk mendapatkan buku DHIANA :
Harga RM22 ( free postage )
Fb : Ammara Ayyash / email : ammara.ayyash@gmail.comKombo DHIANA + HONEY BUNNY
Harga RM45 ( free postage )
YOU ARE READING
DHIANA ✔
RomantizmStart : 9 sept 2016 End : 17 oct 2016 INI KISAH DHIANA & NIK FATAH Kehadiran dia mengusik naluri wanitaku Mengajar aku bernafas dengan baik Dan.. Memberi aku berjuta cinta agar aku tidak mampu mengemis cinta lelaki lain. Tetapi layakkah wanita seli...