Part 5

63.8K 734 29
                                    


Majlis persandingan sebelah Kelantan telah berjaya diraikan semalam. Petang tadi Nik telah membawaku jalan-jalan pusing kampungnya. Tiada yang menarik pada pengamatanku tapi layan aje lah.

Setelah tubuhku selesai mandi, aku ambil tuala meliliti dadaku dan aku melangkah keluar dari bilik air. Langkahku terus diatur ke beg yang menyimpan bajuku.

Tiba-tiba pintu dibuka. Aku terus tersentak dan berdiri tegak memegang bucu tualaku, bimbang terjatuh. Seminggu aku berkahwin dengan Nik Fatah, ini kali pertama dia masuk ketika aku berkemban.

Berubah riak wajah Nik Fatah saat melihat tubuhku hanya berbalut dengan tuala. Nafsunya tiba-tiba bangkit kala melihat tubuh seksiku dalam keadaan rambut masih basah. Biji halkumnya bergerak.

"Er, kenapa abang tak ketuk dulu?" Soalku tidak selesa. Aku cuba mengawal debaran di hati.

Ah! Nik bukan seperti Ed. Dia tidak pernah melihat aku dalam keadaan begini. Sudah pasti aku malu dengannya. Lagipun Nik terlalu bersopan denganku sehingga aku naik malu untuk bersikap selamba dengannya.

"Bakpo nok nak keno ketok pitu nyo? Ni key bilik abe jugok." jawab Nik kemudian melangkah merapatiku.

Kini Nik Fatah betul-betul berada di hadapan wajahku. Nafasnya nampak tidak teratur apabila jeritan nafsu sedang bergema memukul gendang di dalam hatinya. Namun sedaya upaya dia cuba mengawal riak wajahnya.

Soalnya, yang tak berlagak cool adalah aku. Jelas sangat dadaku berombak. Aduh!

"Bakpo muko Dhia pucat gituh?" Dia memandangku.

"Dhia nak pakai baju, abang keluarlah dulu." Soalannya tidak kujawab.

"Abe key suami Dhia. Bakpo nok malu nyo." Tangannya dibawa ke pipiku lalu diusap lembut.

Aku menelan air liur. Tangan Nik benar-benar membuatkan nafsuku tidak keruan. Kelembutan kata-katanya sering membuat aku serba salah dengan dirinya.

Perlahan-lahan dia merangkul pinggangku dari depan. Dadaku tertekan pada dada Nik dan dapat ku rasa tulang-tulangnya yang berlekuk. Kami terlalu hampir hanya dipisahkan ruang-ruang udara dan lapisan kain.

"Abang?" Dahiku berkerut memandangnya.

Nik membawa bibirnya ke bibirku lalu ditekan perlahan. Ah! Aku sudah tidak tahan dan aku inginkan sentuhan Nik lebih dari itu. Kucupannya kubalas dengan rakus dan mata Nik sedikit terbuka kerana terkejut. Namun aku membiarkan sahaja.

Kucupan dilepaskan. "Your lips are rosy." Kemudian dia mengukir senyuman.

Pipiku merona kemerahan apabila pujian itu menyapa gegendang telingaku. Suaranya terlalu mengasyikkan sehingga membuatkan aku terbuai.

Dengan perlahan, tualaku ditarik dan kesejukan yang mencengkam di setiap inci kulitku membuatkan aku memeluk tubuhku sendiri. Air liur diteguk berkali-kali. Tidak betah berada dalam keadaan tanpa sehelai fabrik di hadapan Nik.

"Like a vase. Perfect!" pujinya lagi.

Apabila segala perasaan sudah bercampur, aku rela menjadi milik mutlak lelaki yang bernama Nik Fatah. Sungguh aku tidak mencintainya namun keinginan yang menggelodak di dalam hati memaksa aku merelakan segalanya.

Bersaksikan rintikan hujan di luar rumah, kami menganyam asmara di luar kehendak warasku. Aku rela untuk bersama dengan lelaki asing yang baru muncul dalam hidupku. 

Untuk mendapatkan buku DHIANA :
Harga RM24 ( free postage )
Fb : Ammara Ayyash / email : ammara.ayyash@gmail.com

Kombo DHIANA + HONEY BUNNY
Harga RM49 ( free postage ) 

DHIANA ✔Where stories live. Discover now