Part 15

42.7K 703 27
                                    

Apabila ternampak sahaja Nik Fatah keluar dari bilik, aku terus melangkah mendekatinya. Tangannya kupegang dan dengan senyuman lebar aku menariknya ke meja makan.

"Sayang duduklah sini, Dhia masak khas untuk tetamu kehormat kita ni." Aku cuba mengukir senyuman yang paling manis buat suamiku.

Nik menelan air liur terkejut dengan perubahan isterinya yang tiba-tiba manja dan mesra ini. Wajah Nisa dipandang dan senyuman diukir.

"Mari sini pinggan abang, Dhia isikan," kataku ramah kemudian mengambil pinggan Nik dan diletakkan bihun goreng di atasnya.

"Terima kasih sayang," ucap Nik kepadaku.

"Mana boleh terima kasih je, nak kiss juga." Aku bersuara manja sambil menghulurkan pipiku. Wajah Nisa kupandang dengan senyuman sinis.

Terkejut Nik Fatah dengan perbuatan isterinya. Dia menelan air liur. Wajah Nisa dipandang sekali lagi segan dengan tetamunya itu.

Aku tahu Nik serba salah untuk mengucup pipiku namun demi menjaga hatiku, dia tetap menghadiahkan aku sebuah kucupan di pipi.

"Nisa, mari aku isikan bihun dalam pinggan." Sebolehnya aku bersikap ramah dengannya.

"Eh, tak apa. Aku boleh buat sendiri." Dia menolak lembut.

"Eh, apa pula macam tu. Kau kan tetamu rumah ni. Aku kenalah layan bak puteri kayangan. Hulur pinggan tu Nisa," desakku lagi.

Dengan perlahan, Nisa menghulurkan pinggan tersebut kepadaku. Aku mengisi bihun di dalam pinggannya lalu dihulurkan kepadanya.

Dia mengukir senyuman palsu kepadaku.

"Nik, mu ingat tak dulu mak cik pernah nak tunangkan aku dengan kau lepas Zia meninggal hari tu." Nisa sengaja mengungkit cerita lama dan menggunakan Bahasa Melayu tulen bagi memastikan Dhiana faham kata-katanya.

"Eh, cito lamo key," kata Nik sambil tersenyum.

"Aduh, kawe ni memang tak boleh tengok lesung pipit mu lah. Comey sungguh," puji Nisa lagi sambil memandang wajah Nik dengan pandangan menggoda. Matanya sengaja dikelip-kelip. Aku cuba menahan sabar.

"Dop eh. Makan..makan. Sedap tak?" Dia mengerling ke arahku.

"Not badlah," jawab Nisa acuh tak acuh.

"Sayang tak makan?" Nik memandang wajahku pula.

Aku menarik senyuman. "Dhia nak abang suap Dhia. Boleh tak sayang?" Sengaja aku melenggokkan suaraku dengan harapan Nisa panas buntut.

"Manjanya Dhia ni." Pipiku dicuit kemudian dia menyuapkan aku sesuap bihun. Aku melebarkan senyumanku lagi. Nisa menarik wajahnya. Geram.

"Eh, abang nak air tak? Dhia nak isikan. Tapi maaflah, air teh O je." Aku bangun untuk menuangkan air yang ada di dalam teko ke dalam cawan milik suamiku.

"Boleh juga." Cawannya ditolak kepadaku.

Aku terus menuang air tersebut ke dalam cawannya dan diberikan kepadanya begitu juga dengan Nisa.

Nik menyuakan air tersebut ke dalam mulutnya. Sesaat kemudian dahinya berkerut dan wajahku dipandang. "Sayang lupa letak gula kut," katanya padaku.

"Emmm, tawarnya!!!" Suara Nisa kedengaran.

Aku memang sengaja hendak membuat air tersebut pahit. Rasakan kau Nisa. Tunggulah lepas ni apa yang aku nak buat.

"Eh, sayang. Sorry...Sorry. Dhia lupa nak letak gula. Kejap Dhia ambil gula ya." Aku bangun dan mengambil bekas yang berisi gula dan dibawa ke meja makan semula.

DHIANA ✔Where stories live. Discover now