"Cikgu Fatah!" Jerit Melati apabila dia ternampak Nik Fatah sedang menuruni tangga.
Langkah Nik Fatah terhenti. Dia menoleh memandang wajah Melati yang sedang berjalan laju ke arahnya. Senyuman diukir sementara menanti gadis itu tiba di hadapannya.
"Ya, kenapa cikgu?"
"Em, awak nak pergi mana?"
"Makan."
"Awak tak makan lagi ke?"
Nik Fatah menggeleng sambil menarik senyuman sehingga menampakkan lesung pipitnya.
"Tak sempat."
"Tak sempat ke isteri tak masak?" Sindir Melati.
Nik Fatah menghela nafas perlahan. "Taklah, isteri saya tak sihat. Jadi saya yang minta dia tak payah masak. Cikgu Melati ada apa ya panggil saya?"
"Oh, taklah saya nak ikut awak makan sekali." Kemudian dia menyengih.
"Boleh je, apa salahnya. Jom lah."
Melati mengiringi langkah Nik Fatah menuruni tangga menuju ke kantin. Sempat juga sesekali Melati mengerling ke arah wajah Nik Fatah yang nampak tenang sahaja.
"Cikgu..."
"Ya, saya?" Nik Fatah menoleh ke arah Melati yang sedang berjalan di sebelahnya.
"Erm, saya nak jemput awak datang sambutan hari jadi saya," beritahu Melati perlahan. Dia menantikan reaksi Nik Fatah.
"Birthday awak ke hari ini?"
"Erm, taklah. Esok."
"Oh. Buat kat mana?"
"Kat rumah saya je. Ada jemput cikgu-cikgu yang saya rapat je lah. Awak sudi datang tak?" Soal Melati semula. Wajah Nik Fatah direnung lama.
"Insya-Allah saya boleh datang kalau tak ada hal. Tapi saya tak janjilah, takut isteri saya tak nak ikut pula," ujar Nik Fatah, kemudian dia memulas tombol pintu untuk masuk ke dewan makan untuk guru-guru.
Nik mencari meja yang kosong kemudian dia melabuhkan punggung di situ. Melati juga turut duduk di situ, masih merenung wajah Nik Fatah, pujaan hatinya.
"Kenapa nak bawa isteri awak pula? Saya jemput cikgu-cikgu je, korang-korang je. Tak buat besar-besaran pun. Tak payahlah bawa dia." Riak wajah Melati terus berubah. Dia bengang.
"Laaa ya ke? Hurm kalau macam tu tak apa lah. Saya akan cuba datang," tutur Nik perlahan.
"Awak bahagia tak kahwin dengan isteri awak?" Soalan tiba-tiba Melati, membuatkan Nik Fatah yang sedang tunduk, mendongak. Terkejut.
Wajah Melati direnung lama sebelum dia membuka mulut.
"Sayo bahagio jah denge gapo hok sayo ado loni. Tok soh la duk pening-pening mikir," kata Nik Fatah dengan dialeknya namun masih cuba mengawal riak wajahnya.
"Saya tanya je, janganlah marah."
"Bukey nok maroh tapi nok oyak jah, jange sero hati pulop." Nik menarik senyumannya sehingga menampakkan lesung pipitnya.
Melati hanya pura-pura faham dengan apa yang diperkatakan oleh Nik meskipun hanya beberapa perkataan sahaja yang dia faham. Dia membalas senyuman Nik.
"Nik..." Melati meleretkan suaranya, masih memandang wajah Nik.
"Gapo?"
"Ada tak sesiapa cakap dengan awak yang awak nampak comel bila cakap Kelantan? Saya suka," kata Melati tiba-tiba dengan nada yang begitu ceria. Wajahnya mekar dengan senyuman.
Nik berdeham sedikit. Terkejut dengan pujian yang diberikan oleh Melati. Sehabis mungkin dia cuba untuk tidak menunjukkan riak senang hati bila dipuji.
"Semua orang boleh cakap Kelantan. Cikgu Melati pun boleh."
"Awak ajar saya boleh?" Pandang Melati dengan penuh harapan.
"Boleh je, apa salahnya. Tapi perut saya ni dah lapar sangat. Kita makan dululah ya. Esok lusa boleh belajar kecek Kelate deh." Nik mengakhiri kata-katanya dengan ketawa kecil sebelum dia mengangkat punggung menuju ke arah bekas-bekas makanan yang tersedia.
Melati mengukir senyuman. Walaupun Nik Fatah sudah berkahwin tetapi itu tidak menghalang dia dari terus mendekati Nik Fatah, lelaki yang menjadi pujaan hatinya sudah sekian lama.
"DHIA, nak pergi mana?" Tegur Nik apabila dia nampak aku sedang menukar kepada pakaian lain.
Tanganku terhenti. Wajahnya kupandang dengan riak bosan. "Keluar!"
"Tak minta izin abang pun nak keluar." Dia bangun dari perbaringannya dan datang mendekatiku yang sedang berdiri di hadapan almari.
"Perlu ke beritahu?" Aku mencebik.
Tanganku diraih dan belakang tapak tanganku dikucup perlahan. Anak mataku masih direnung. Aku menelan air liur menahan debaran yang tiba-tiba singgah di hatiku.
"Dhia kan isteri abang. Isteri yang solehah tak akan keluar rumah tanpa minta izin suami. Dhiana sayang... Nak keluar pergi mana?" Kini pipiku pula diusap lembut.
"Er..." Aku mengetap bibir.
Ah, sering sahaja jantungku bagai direntap setiap kali tangan Nik menyentuh kulitku. Nafasku pasti terasa susah untuk dihela. Renungan Nik Fatah cuba kubalas, namun tak terdaya. Pandangan dialihkan pada katil.
"Kenapa Dhia pandang katil? Abang tak cukup menggoda ke untuk Dhia?" Dia mengukir sedikit senyuman.
"Dhia nak keluar dengan Mel." Aku cuba menahan perasaan yang tiba-tiba singgah di hatiku.
"Buat apa? Abang teman ya?" Lembut suara Nik menyapa telingaku.
"Tak payahlah!" Balasku sedikit dingin. Tangannya kutolak daripada terus mengusap pipiku. Kemudian aku menolak kasar bahunya lalu kaki diarah melangkah ke meja alat solek.
"Dhiana," panggilnya lembut.
"Tak payah sibuklah!" Kataku kasar.
Namun selepas aku berkata begitu, Nik terus mengangkat tubuhku dan aku terjerit kecil. Dia merenung anak mataku lama lalu langkahnya diatur perlahan ke katil.
Tubuhku diletakkan dengan perlahan. Wajahku dipandang dengan pandangan menggoda. Sekarang aku sudah faham dengan renungan yang penuh dengan makna. Dalam masa yang sama, naluri aku sedikit-sedikit menginginkan perkara yang sama.
"Abang nak Dhia malam ni," ucapnya separa berbisik. Nafasku berombak kencang saat keinginan fitrah manusia mula mencanak naik.
"Er, kenapa?"
"Because you are my sexy doll," ucapnya perlahan dan tubuhku terus dipeluk. Pipiku diusap perlahan cuba membangkitkan keinginanku. Ubun-ubunku dikucup bersama sebaris doa. Aku tak tahu doa apa.
"Nik..." Nafasku tidak teratur. "...me too."
"Tapi abang ada syarat."
"Syarat apa?" Dahiku berkerut.
"Esok ikut abang."
"Okay, fine." Aku mengalah kerana tiada apa yang dapat menolak keinginanku lagi ketika ini. Katakanlah Nik memintaku untuk meluahkan cinta pun, aku tetap akan melafazkan ungkapan itu meskipun hanya palsu.
"So, shall we start?" Senyuman ditarik. Dan aku mengangguk dengan senang hati kerana memang ini yang aku nantikan sejak dari tadi.
Untuk mendapatkan buku DHIANA :
Harga RM22 ( free postage )
Fb : Ammara Ayyash / email : ammara.ayyash@gmail.comKombo DHIANA + HONEY BUNNY
Harga RM45 ( free postage )
YOU ARE READING
DHIANA ✔
RomanceStart : 9 sept 2016 End : 17 oct 2016 INI KISAH DHIANA & NIK FATAH Kehadiran dia mengusik naluri wanitaku Mengajar aku bernafas dengan baik Dan.. Memberi aku berjuta cinta agar aku tidak mampu mengemis cinta lelaki lain. Tetapi layakkah wanita seli...