Nik menggerakkan tubuhku yang sedang terlena diulit mimpi indah. Aku menggeliat sedikit bila terasa tidurku terganggu.
"Emmmm..." Aku menolak tangannya.
"Dhia, bangun sayang."
"Tok sey! Tanpa sedar aku menggunakan dialek Kelantan.
Nik Fatah tersenyum mendengar ayat isterinya. Terus rambut Dhiana yang menutup matanya ditolak ke tepi. Wajah lembut itu direnung dengan penuh kasih.
"Sayang, bangun subuh."
Tidak bergerak.
"Sayang, bangunlah. Subuh." Dia menggerakkan lagi tubuhku.
"Periodlah," jawabku sedikit kasar.
"Bila period?"
"Suka hatilah bila nak period pun." Mataku masih terpejam tidak mahu memandang wajahnya.
"Abang tanya baik-baik ni." Nik mengusap rambutku.
"Malam tadi." Aku menjawab pendek.
"Ohh..." Dia mengangguk kecil kemudian bangun dari katil hendak melangkah masuk ke dalam bilik air.
"Hari ini jangan tak jadi pula balik rumah mama." Aku bersuara lagi.
Langkah Nik Fatah terhenti di situ. Dia menoleh memandang wajahku yang masih memejamkan mata, sengaja tidak mahu melihat wajahnya.
"Tapi kan Nisa ada. Kita pergi rumah mama lepas Nisa baliklah."
"Semalam kau juga yang kata balik hari ini kan? Jangan nak bagi alasan," kataku kasar.
Nik menghela nafas. Dia mematah balik ke arah isterinya. Punggungnya dilabuhkan di sebelah tubuh yang masih terbaring itu.
"Dhia, dia kan sepupu abang. Tak kan lah abang nak halau dia pula. Jauh dia datang nak tumpang rumah kita. Apa salahnya kalau layan dia dengan baik," kata Nik lembut.
Aku terus membuka mata dan memandang wajahnya. "Sepupu macam tu? Menggatal menggedik macam tu? Hah!"
"Mana ada Nisa menggedik. Dhia cuba berkawan dengan dia, abang yakin Dhia akan okey dengan dia. Mulut dia memang bising macam tu." Nik cuba membela Nisa.
"Ohh... patutlah semalam berbual dengan dia pun sampai tak sedar aku dekat sebelah?" Aku meraup wajahku sendiri.
"Habis Dhia nak abang buat apa? Dhia cubalah buang sedikit ego dan kebencian dalam hati tu. Nisa tu datang sini tak ada niat apa-apa. Kenapa Dhia nak marah-marah?" Riak wajah Nik sedikit berubah.
Aku merengus kasar. Aku terus membawa tanganku ke dada. "Dahlah, tak payah cakap apa-apa lagi. Kalau kau nak layan si Nisa tu, layanlah. Aku nak balik rumah mama kejap lagi."
Aku merebahkan tubuhku semula. Selimut ditarik menutup seluruh tubuhku. Pagi-pagi dah sakit hati dengan Nik. Aku dengar Nik menghela nafas perlahan.
"Kalau Dhia tak boleh hormat abang sebagai suami, at least jagalah maruah abang sebagai seorang suami di depan Nisa. Abang tak minta lebih, cuma jagalah maruah abang sekejap je," pintanya sedikit lirih. Nada suaranya sedikit bergetar.
Aku diam mengetap bibir.
"Abang dah tak tahu nak buat apa lagi. Semua kerenah Dhia, abang layan. Tapi Dhia tetap berkeras macam ni. Kenapa susah sangat? Kalau Dhia masih ada sedikit perasaan di hati, tunggulah sehari dua lagi sampai Nisa balik Kelantan semula." Suara Nik kedengaran sedikit merayu.
Kemudiannya, dia mengangkat punggung dan meninggalkan aku terbaring di katil dengan perasaan yang berperang sesama sendiri.
"Ingat Dhiana, tahap kesabaran manusia ada batasnya juga, abang ni hanya hamba Allah yang hina. Punya jiwa dan rasa sepertimana yang Dhia punya," pesan Nik lagi sebelum dia melangkah ke dalam bilik air.
Aku terpempan mendengar kata-kata Nik.
"EH DHIA! Selamat pagi, awal bangun?" Tegur satu suara perempuan dan aku yakin itu adalah Nisa.
"Hmm..." Aku langsung tidak menoleh memandang wajahnya.
Disebabkan dia, aku terpaksa menghadap wajah dia lagi di rumah ini. Disebabkan dia juga, Nik sudah pandai mengarahkan aku masuk dapur pagi-pagi buta ini hanya kerana nak masak untuk dia. Semua hanya kerana dia. Hanya kerana seorang NISA. Ergh! Stres!
"Doh la comey, panda masok pulop," pujinya. Aku tidak tahu sama ada dia ikhlas ataupun tidak. Tidak menghiraukannya, aku meneruskan kerjaku di singki memotong daging ayam. Sementara itu, Nisa duduk di meja makan sambil memandangku.
"Macam mana Nik boleh suka kau eh, Dhia? Setahu aku, lepas tunang Nik meninggal, susah betul dia nak terima mana-mana perempuan lepas tu." Soal Nisa tiba-tiba.
Aku menghela nafas perlahan. "Manalah aku tahu, tanyalah dia sendiri," balasku acuh tak acuh.
"Kau mesti goda dia kan? Kalau tengok gaya Nik, aku tak rasa dia yang jatuh cinta dengan kau. Aku try dia dari dulu pun tak dapat, tak kan kau senang-senang dapat." Dia cuba lagi untuk mengorek rahsia daripadaku.
Sakit pula hati aku mendengarkan tuduhan Nisa. Saat itu nafasku meluap-meluap menahan api kemarahan. Wajahku membahang merah. Tapi aku cuba memujuk hati agar bersabar apabila mengenangkan dia adalah tetamu suamiku.
"Kenapa kau diam je?" Soalnya lagi.
"Kau nak aku cakap apa?" Aku mengetap gigi.
"Aku nak tahu lah macam mana Nik boleh kahwin dengan kau. Yalah, Nik tu ramai peminat kut sebab dia tu baik sangat dengan semua orang. Dalam ramai-ramai tu dia boleh pilih kau. Mestilah aku nak tahu," katanya sambil tersenyum sinis.
Aku menutup air dan mengelap tanganku pada kain yang ada di atas kabinet. Kemudian, aku mendekati gadis bermulut puaka ini.
"Tak. Aku tak pernah goda dia. Kami dijodohkan. Tapi kan aku pun nak juga tahu, apa masalah kau sebenarnya kalau Nik pilih aku pun? Kau sakit hati sebab dia tolak cinta kau ke macam mana?" Aku merenung tajam wajahnya. Dadaku berombak menahan perasaan.
Nisa tergelak kecil. "Yang kau panas sangat kenapa? Aku tanya je."
"Ada masalah ke dengan kau?"
"Memang! Memang masalah dengan aku. Nik tu sepatutnya jadi milik aku lepas tunang dia meninggal tapi kau pula yang dapat. Memang aku tak puas hati." Dengan berani dia mengakui perasaan hatinya kepada aku.
Kali ini aku sudah tidak dapat menahan perasaan lagi apabila dengan berani dia mengakui perasaan dia terhadap Nik Fatah, suamiku. Wajahnya kurenung tajam.
"Punya banyak jantan dekat dunia ni, yang kau nak laki aku kenapa?"
"Saja, sebab rugilah siapa lepaskan Nik. Kau tahu tak Dhia, bila aku tahu Nik dah kahwin, aku nak sangat tahu siapa perempuan tu. Hebat sangat ke sampai dapat kalahkan aku dan orang lain? Ternyata kau taklah hebat sangat," sinis kata-kata Nisa.
"Mulut kau memang puaka kan? Kau memang tak puas hati dengan aku apa hal?" Aku mencekak pinggang.
"Cakaplah apa kau nak cakap, yang penting aku nak kau tahu yang aku akan rampas Nik daripada kau semula." Kemudian Nisa melepaskan tawa.
"Betina murahan! Laki orang pun kau bernafsu!" Marahku kasar.
"Huk aloh! Nik tu boleh kahwin empat, Dhiana. Aku tak kisah jadi nombor dua pun, asalkan aku dapat rasa juga apa yang Nik bagi dekat kau." Dia separuh berbisik di telingaku.
"Baiklah Nisa, kita tengok siapa yang Nik pandang? Aku ataupun kau?" Kataku dengan nada mendatar kemudian melemparkan senyuman sinis kepada Nisa sebelum aku menyambung semula kerja di singki menyediakan sarapan pagi untuk makhluk asing ni.
Grrr, geram. Perang saraf bermula. Ni semua berpunca daripada kau yang bernama NIK FATAH.
Untuk mendapatkan buku DHIANA :
Harga RM22 ( free postage )
Fb : Ammara Ayyash / email : ammara.ayyash@gmail.comKombo DHIANA + HONEY BUNNY
Harga RM45 ( free postage )
YOU ARE READING
DHIANA ✔
RomanceStart : 9 sept 2016 End : 17 oct 2016 INI KISAH DHIANA & NIK FATAH Kehadiran dia mengusik naluri wanitaku Mengajar aku bernafas dengan baik Dan.. Memberi aku berjuta cinta agar aku tidak mampu mengemis cinta lelaki lain. Tetapi layakkah wanita seli...